Selamat Membaca Sahabatku..

Showing posts with label ExaM. Show all posts
Showing posts with label ExaM. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

pembentangan kajian tindakan...

assalamualaikum...

harini dalam sejarah..
22 september 2013, tepat jam 4.00 petang saya telah mula membentangkan kajian tindakan..
saya adalah peserta keempat dari 4 orang peserta..
pembentangan di jalankan di bilik K106 JSP IPG KDA..

alhamdulillah...
dinilai oleh dua orang panel yang sangat baik hati..
tidak kedekut memberi ilmu dan perkongsian iaitu
Dr. Azizah Sakhawi dan Encik Zulkifli...

alhamdulillah..
allah telah permudahkan segalanya...

Thursday, May 10, 2012

Saat-saat genting

assalamulaikum...

tak ada apa sangat yang saya nak update.. cuma apa yang boleh saya kayakan buat masa ni, keadaan saya sangat genting dan jiwa saya tak keruan memikirkan tugasan tanggunjawab dan tugasan yang diberikan.  minggu depan, saya akan menduduki peperiksaan bagi semester 5..


tapi, dalam tempoh itu saya perlu bersama-sama rakan lain untuk Aktiviti Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kota Setar & Kubang Pasu 2012.. memang sibuk,tapi ni semua pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan.. insyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami..



ok, untuk makluman juga, esok saya akan bergerak ke AIMST University untuk Lawatan WAJIB kursus PJM 3112. tiada apa yang dapat saya ucapkan, hanya berdoa kepada Allah, semoga saya diberi kekeuatan kepada saya dan juga teman seperjuangan...

Thursday, November 24, 2011

peperiksaan yang pergi...


Assalamualaikum…

Agak lama saya menyepikan diri dari blog ni… sepi menggamit hati, terkenangkan orang jauh… emmm dah mula merepek la tu kan… sebenarnya saya baru habis exam 18.11.2011 hari tu. Exam saya mula 10.11.2011. memang mendebarkan, sebab boleh dikatakan semua subjek susah. Tapi alhamdulillah saya boleh jawab.


Semester ni, saya ada cara study baru. Emm nak taw ape? Caranya, sy study sambil dengar music. Bukan lagu, tapi music saja.. piano music played by Hazman Halid. Sangat mengasyikkan. 60 buah lagu saya dengar, bagaikan tak terasa lagu-lagu tu bermain di telinga saya. Sangat mendamaikan perasaan saya…


Saya mula tahu tentang HazLid ni masa saya mencari-cari lagu ‘Sedetik Lebih’. So, saya dapat lagu tu, then ada lagi1, piano version. So saya dengar, memang jatuh hati terus. Sy search la player piano tu.. and finally… I got IT!! Hazman Halid…. Alhamdulillah…

This song brought me to you… :)




haha..tah ap-ape je..saya suka lagu ni.. and sekarang ni, kalau korang nak taw, tabiat saya sebelum tidur mesti dengar music hazman ni sebelum tidur, and pagi-pagi saya mesti dengar piano music ni walaupun sekejap..macm yang saya cakap la, sangat mendamaikan jiwa saya... alhamdulillah..Allah memberikan saya kesempatan untuk menikmati smeua ini.... terima kasih Allah..

Monday, November 1, 2010

.::exam datang menjengah::.

tak sampai 24 jam je lagi dah nak exam EDU 3103... ermmm takut jgk ni...debar bukan main lagi.... tp study tak abis lg... apepu, doakan yang terbaik utk suma kwn2 yang nak exam.... sy doakan semua berjaya!!

Sunday, October 24, 2010

~~StUdY WeeK~~

hurmmmm..sedar tak sedar dah sampai hujung semester pengajian. Peperiksaan tak sampai seminggu je lagi... 1st paper EDU 3103, memeng mencabar dengan teori yang banyak tu...jadi pika kena study smart bukan study hard. Lagipun, faham-faham jela, bila dah nak exam ni, macam-macam pulak perkara yang jadi, tp fahamilah bahawa itu semua adalah dugaan yang menjara kita erti kesabaran. dan penglaman yang akan mendewasakan kita... jadi kat sini nak bgla skit tips yang mungkin berguna untuk sape yang nak exam..nak pulak dah last minit macam ni kan....

Nota ni saya copy dari http://bijakstudy.com/blog/?p=42
Ini adalah tips pembelajaran yang sempat saya catatkan semasa didalam kuliah yang disampaikan oleh lecturer saya iaitu Dr.Sulaiman ( thankx doc! )

Ini adalah apa yang beliau terangkan mengenai teknik pembelajaran.

1. Katanya tidak ada jalan singkat atau jalan shortcut untuk menjadi pelajar yang cemerlang didalam peperiksaan atau pelajar yang sekadar lulus didalam peperiksaan. Katanya lagi ada perbezaan antara pelajar yang lulus cemerlang dengan pelajar yang cukup-cukup makan sahaja.Tetapi walaupun hasil peperiksaan yang membezakan pelajar-pelajar ini namun mereka tetap ada persamaan yang harus mereka lakukan sebelum peperiksaan. Iaitu ulangkaji.Jadi ulangkaji adalah satu perkara yang mesti dilakukan oleh semua pelajar.

2.Kenapa mesti mengulangkaji?
Untuk mengingati kita terpaksa mengulangkaji sekurang-kurangnya sebanyak 6 kali…tetapi menurut Dr.Sulaiman adalah lebih baik jika kita mengulangkaji mengikut kiraan ganjil iaitu samada 7 kali atau lebih. Beliau menekankan tentang pentingnya mengulangkaji. Ingat betapa pentingnya mengulangkaji.

3. Apa yang perlu dilakukan lagi?
Menuru Dr.Sulaiman lagi semasa mengulangkaji perkara yang paling penting yang mesti dilakukan ialah dengan membuat NOTA PEMBELAJARAN yang paling cantik dan kemas serta mudah difahami. Paling cantik maksudnya bukanlah dengan menambah bunga-bunga atau meletak aksesori tetapi cantik baginya adalah yang paling kreatif yang paling mudah untuk kita mengingatinya. Katanya lagi seelok-eloknya buatkan nota seperti gambarajah atau peta minda untuk memudahkan minda kita mengingatinya. Sebenarnya otak kita akan mudah untuk mengingati dalam masa 24 jam selepas kita mempelajarinya dan dalam masa tersebut kita mestilah membuat ulangkaji kerana selepas masa 24 jam proses dan daya ingatan kita terhadap pelajaran tersebut akan mula menurun, menurun dan terus menurun jika tidak membuat ulangkaji atau ulang imbas.

semoaga berjaya untuk semua.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...