Selamat Membaca Sahabatku..

Sunday, September 25, 2011

CARI JODOh!!!


assalamualaikummmm....

apa khabar?? lame juga fika tak update entry kan.. maaf la, agak sibuk kebelakangan ni.. mesti ada yang leik dengan entry kali ni. memang agak pelik..hahaha.. kalau di fahamkan semula, tak pelik kot, sebab umur dah 20-an ni memang dah kena fikir masa depan.maksudnya, masa depan untuk berdua..betul tak????
Perkahwinan?? ape tu ea?? emm lepas fika scroll kat sana, scroll kat sini, fika dapat la satu erti perkahwinan ni, Perkahwinan dalam Islam bermaksud suatu ikatan yang termeterai di antara pasangan lelaki dan perempuan melalui lafaz aqad ijab dan qabul yang menghalalkan mereka melakukan persetubuhan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam. so, faham tak?? mesti la faham kan....

jadi, adalah seorang hamba Allah ni, minta saya carikan jodoh untuk beliau...takut juga kan, sebab bukan mudah nak bina masjid ni.. saya minta la kriteria perempuan yang dia ingin kan...( tengok bawah)

  • nak yg chinese skit


  • kulit putih


  • slalu senyum


  • yg rupa saja


  • perangai


    yg ada adab


  • pandai jaga hati


  • bole jadi penyejuk


  • last skali, paling penting,

    pandai

    amik hati mak


so, kepada sesiapa yang rasa ada ciri-ciri seperti ini, contact saya ok!!! hehe..calon lelaki akan diberitahu kemudian... (abg cik, jgn marah no!!!)

Saturday, September 10, 2011

musim assignment

assalamualaikum....

apa khabar semua??? maaf la, dah lama tak update entry. saya sangat sibuk sekarang ni. assignment, tutorial, OPEN HOUSE, kenduri.macam-macam la lagi... sebenarnya, sekarang ni saya tengah buat 'esaimen' Bahasa Melayu. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. alahamdulillah, dari 3 sub topik, saya dah siapkan 2. dah nak masuk yang ketiga. boring-boring dok menaip tadi, ni nak taip kat bolg pula. harini, saya ada 2 Open House. sebelah pagi di rumah Pn. Hjh Mahani dan sebelah petang pula di rumah Ummi. penat juga la kan... di rumah ummi, macam biasa la, ambil tugas bahagian dapur...hehe..


balik je dari rumah ummi, mandi and tidur sekejap. sebab sangat penat plus kaki pun lenguh. tapi saya seronok. ermmmm..malam tadi, kakak call. bagitahu, buah hati saya 'auni' diserang asma. sama macam abang dia Khairuddin. akak cakap dia dah ok, cuma merengek sikit la. tak sabar nak balik weekend ni.. oh!!! rindunya... next week plak, kalau tak ada aral melintang, nak buat majlis makan-makan sikit famly sebelah abah di Sungai Petani. harap-harap jadi la kan, sebab abah pun dah setuju nak blaik kedah, walaupun sekejap.. semoga Allah permudahkan segalanya..

Kemarin, 8/9/2011 saya dapat 2 berita gembira. although it was not officially dedicated for me, but im happy for them!! 1st TAHNIAH buat kak Mawar yang dah dapat kerja. Alhamdulillah lepas ni, kak mawar dah boleh sara famly. semoga kak mawar kuat menempuhi hidup dengan 2 orang puetri yang comel.. NADAA dan MARWA... Marwa ni, sama tarikh lahir dengan Auni. body shape pun lebih kurang sama.haha...comel sangat dengn budak-budak ni.. (this time, i cant imagine hows auni condition rite now. asyik nangis, sbb dia tak boleh cakap kalau dia sakit).. 2nd, im happy for my friends. sebab dia dapat offer untuk buat PhD sponsored by MARA. alhamdulillah, rezeki masing-masingkan. dia yang saya kenal, memang sangat kuat dan gigih. bersungguh-sungguh mencari sponsor untuk dia buat double master di USM dan UTAR. tp siapa tahu, Allah nak bagi rezeki yang lebih buat dia, fast track trus dapat buat PhD.. ALHAMDULILLAH...saya tak pernah berhenti mendoakan kejayaan awak...

dok seronok menaip ni, jangan lupa, due date esaimen 15.9.2011 ok..jangan ralit sangat... Chaiyokk!! fika..you can do it!! lets go further typing ur esaeimne..hehe... ok la, assalamualikum...


Saturday, August 27, 2011

salam PBS...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua.. semalam 26.8.2011 sy dah selepas PBS buat selam-lamany..tak ada lagi PBS selepas ni.. ada kenangan untuk PBS kali ni.. kalau boleh tak nak ingat la.. tp mst akan ingat juga nanti jan..haha

OK, PBS kali ni, saya buat di sekolah lama saya SK (LKTP) KOTA GELANNGI 02. Di Jetrantut Pahang. dah 9 tahun saya tinggalkan sekolah ni. saya melakukan PBS ni bersama seorang lahi rakan iaitu Nurliyana dan Nadhirah. seronok la, sebab dapat berjumpa guru-guru lama. guru yang telah mengajar saya semasa darjah satu pun masih ada. bayangkan, lamanya mereka berkhidmat di sekolah ini.

Semasa hari pertama x banyak aktiviti yang dibuat cuma, kena relief kelas. dari pagi, sampai la balik..sangat penat...tp tak apa la, itu pengalaman. hari ke2, tak ada relief kelas, cuma hari untuk menyelesaikan tugasa, mencari bahan-bahan. banak juga kerja rupanya. tp alhamdulillah berjaya selesaikan semuanya.

Semalam, hari terakhir, ada program di sekolah. Alamklumlah, saya kan dah jadi cikgu, jadi setiap buah tangan yang cikgu dapat, saya pun dapat juga. semalam saya daat kek lapis, serawak, bunga telur dan pulut kuning. best, pengalamna hari terakhir... walaupun ada yang kurang menyenangkan.. untuk insan yang berkenaan, saya harap lepas ni akan jadi lebih profesional. kami pergi sekolah, untuk menyelesaikan tugas, bukan pergi untuk mengganggu awak...saya mohon maaf sempena hari raya ni...

mUSLIMAH IDEAL

♫ Manis mukanya tetapi bukannya 'mengada-ngada',

♫ Lembut orangnya tetapi bukannya lembik,

♫ Tegas dirinya tetapi bukannya garang,berhujah dengan fikrah tetapi bukannya berkeras kepala,

♫ Tetap pendiriannya tetapi bukannya tidak menerima pandangan sekelilingnya,

♫ Berlapang dada jiwanya tetapi bukannya menerima maklumat lalu telan tanpa tanda tanya..

Wednesday, August 24, 2011

Mawar Putih untuk Mama...


Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


Assalamualaikum...

Baru nak bagi salam kan. lirik di atas ni, adalah lirik lagu kegemaran saya. 'Mawar putih untuk mama'.. saya tak tahu kenapa, setiap kali mendnegarkan lagu ni, mesti saya sebak dan sedih. liriknya sangat mendalam kata-katanya. hanya yang hebat mampu menhayati lirik lagu ini. saya dah tak ada peluang untuk nyanyikan lagu ni buat ibu saya. tetapi, saya masih boleh kirimkan doan dan pahala amalan kepada arwah ibu saya.

lagu ni pada saya seolah-olah ada maksud yang sangat mendalam dalam diri saya. hanya saya saja yang tahu. tak perlu orang lain tahu. kadang-kadang kata hati membisik kata rindu pada ibu. tapi, takdir juga yang menentukan segalanya. ibu, mama, mak, umi.. semuanya panggilan keramat, hanya dimiliki oleh kaum wanita. dan hanya yang layak sahaja akan mendapat panggilan itu. sunggu suci kan...

berbalik pada cerita mawar putih. mawar puti ni adalah simbol atau lambang kepada kesucian dan ketulusan hati. sangat tulus hati seorang ibu... tiada ternilai kan...tapi, jangan lupa pada abah.. abah juga sanagt suci hatinya. mengerti akan tanggungjawab membesarkan anak, memberi pendidikan yang sempurna dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak... alangkah indah dunia jika semua lelaki di dunia ini adalah lelaki yang mengerti akan tanggungjawab mereka...

tika ini, saya menulis dengan linangan air mata. saya tak tahu mengapa malam ni, saya terasa sangat sayu.. sayu mengenangkan apa yang saya sendiri tidak pasti.. biarlah hati ini berkata-kata dan jari ini terus menari.....

Friday, August 19, 2011

entry sahur~~ cerita semalam..

assalamualaikum..

dah sahur semua??? harini dah hari ke 19 ramadhan kan..sekejap je dah nak sampai ke hujung. baju raya dah beli ke belum? saya dah..hehe... saya sebenarnya tak ada idea sangat nak tulis ni, tapi bila tengok blog rasa rindu juga nak menulis di sini.

petang semalam saya dah sampai di rumah di sunagi petani. seronok sangat. saya balik semalam selepas kuis, saya tumpang fasha dan wana. tq to both of you.. deorang drop sy kat tol. then tunggu dlm 5 mint ke 10 mnt ea, xingat la..akak dtg ambik. tengok je muka auni,trus peluk dia..tengok muka dia ada bintik-bintik, inatkan kena campak, rupanya kena gigit nyamuk.. kseian adik... manja sangta dia..geraammm!!!

pastu, pergi beli barang sebab akak cakap nak buat mee kari..sedap taw... then saya pula try buat masak lemak ketam..hehe..jadi taw!! sedap sangat..hehe..puji sendiri.. tapi, ada satu cerita lagi pasal abang... 'abang dan kuih tat nanas'..

saya beli kuih nak bawak balik pahang. almaklumlah, saya memang peminat kuih tat ni. lepas buka puasa, saja-saja la buka kuih nak rasa dengan akak. abang pula amsa tu baru banguntidur. die rasa la kuih tat sebiji. then die cakap, 'sedaaaaapp'!!! apa lagi, dia ambik sebekas kuih tu, makan sorang-sorang ja.. mengadap tv..adoiiii!! nak buat macam mana, dia nak makan xkan tak bagi pula kan..tak pa la, nanti ummu ganti kuih maksu nk bagi kat tok wan... huhuhu.. abang makan kuih maksu..huhu...

hehe..actually, hari sabtu 20.8 ni saya nak beryolak pulang ke pahang... seminggu lebih awal sebab pergi sekolah..SKKG2 ada PBS..Fasa 4..last PBS dah..taun depan praktikum...yehaa!!! takut pun ada... doakan semoga semua berjalan dengan lancar ye...

dalam dok seronok-seronok nak balik, ada juga sedihnya...sedih sebab ank tinggalkan ummi... rasa balik kali ni macam lama sangat...and rasa macam nak pergi jauh pun ada... yela..memang jauh pun.. KEDAH-PAHANG..jauh tu..hehe dlm 700 km gak..or lebih?? entah la...emm sampai sini dulu saya tulis, nt sy cerita lagi ok... salam...jom solat subuh!!

Thursday, August 18, 2011

2.38 am

assalamualaikum...

kenapa entry saya 2.38 am??? sebab, masa saya tulis enrty ni, jam menunjukkan pukul 2.38 pagi.. mulanya, awal juga saya nak tulis entry ni, tapi banyak sangat kerja yang perlu di selesaikan. antaranya esok, saya ada kuiz EDU3105. emmmm memang agak killer, tp buat rilek je... usaha tu yang penting.

semenjak dua tiga hari ni, saya selalu membaca entry yang di tulis oleh kak mawar. catatan hidup kak mawar selepas kehilangan suami, amat menyentuh hati saya. bagaimana kak mawar luahkan rasa hati dan cintanya terhadap suami amat mengagumkan saya. jauh di sudut hati saya, saya menyimpan niat untuk bertemu kak mawar. saya tak tahu kenapa itu yang terlintas di fikiran saya.. saya selalu doakan kak mawar...

tadi pergi makan KFC dengan housemate. masa nak balik, ada kereta bomba lalu.. saya teringat zaman sekolah dulu bila saya jadi ahli kadet bomba. sangat seronok..ermmmmm tu semua kenangan..sekarang ni, saya ahli Kadet Remaja Sekolah. cikgu KRS le kome... hehe... seronok kan zaman sekolah dulu, hidup dengan kawan-kawan je.. xyah pikir lagi pasal dunia luar.. dah!! janagn cakap lagi apasal tu...

esok!!! mau pulang, bertemu buah hatiku yang dirindui... sangat rindu... tunggu maksu balik sayanag.. rindu nak jumpa auni... auni, sama umur dengan kekwa anak kak mawar, tapi nasib mereka berbeza..apapun, saya tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka.. sayang semua!!!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...