Selamat Membaca Sahabatku..

Wednesday, November 9, 2011

~~IBU~~

Sajak Buat Ibu

ibu...
dikeheningan malam sunyi
terkenang daku akan pemergianmu....

dibuai sejuta kenangan manis
disiram segar...subur kasih penuh rindu
mengiringi pemergianmu....

ibu...
sejuta keampunan kupinta darimu
buat penghapusan dosa insan kerdil ini....

buat menebus kekurangan
melayani hayatmu
buat melunas hutang jiwa...
seorang anak terhadap ibu...

oh ibu....
kutinggalkan jasadmu di kuburan ini
namun, izinkan aku bawa pulang
kasih sayangmu....

izinkan aku bawa
bersama semangat dan doamu
izinkan aku bawa pulang berbekal...
keampunan dan redha mu ibu...

doakanlah aku ibu...
agar bersemangat
menyambung amal ibadahmu...
berbekal akal, ilmu dan iman...
yang engkau ajarkan dulu....

ya Tuhan...
ku titip jasad ibu untuk dikau rahmati.
ku pinjam jiwa kental
dan kasih sayang ibu...

buat bekal hidup yang berbaki
ku rayu keampunan Mu
segala dosanyan ya Robbi...

hidayahkan aku apa saja
demi menebus dosa ibunda.....

biar nyawa, harta dan jiwa ini
jadi galang gantinya.
janganlah kau siksa dia wahai tuhan....
aku pohon, aku rayu pada Mu
setulus jiwa
Rahmatilah, Kasihanilah Dia.....
Sepertimana ia
mengasihi aku sejak kecil...

ya Allah ya tuhanku...
aku berpegang pada janji Mu,
janji rasul Mu...
Izinkan aku menyambung amal ibu..
izinkan aku memenuhi
tawaran janji mu....

demi ibu ku...
demi ibu ku...
demi ibu ku...








Wednesday, October 12, 2011

Kawad Formasi dan Kawalan Kehormat


assalamualaikum...

ermmm..saya nak cerita apa pula malam ni. ha!!! camni cerita dia. petang tadi, saya ada perjumpaan interaksi KRS macam biasa la kan. buat latihan kononya untuk persembahan minggu depan. MANTAP xx??? haha... persembahan hari koku.. kena buat kawalan kehormat ++ kawad formasi.. emmm mesti best gilew kan.. saya memang suka bab kawad-kawad bagi burn muka ni..haha..

untuk pengtahuan awak-awak semua, selepas cuti sekolah, no really selepas la.. mula je cuti sekolah 19-23 NOV ni, saya kena pergi program anak angkat di felda lubuk merbau pendang. pergi sebab kena buat kawad formasi dan kawalan kehormat. baut aktivit sehari je, tapi kena stay sampai 4 hari.. sabooo je la... tapi, program ni agak mantap la kan, sebab melibatkan seluruh malaysia. banyak press woo0o0... tangok la nanti kot-kot la ade muka ni dalam paper kan..hahaha.. **perahsantan betul**



so dat, start from next week kgeng KRS dah kena belatih kawad la... exspecially untuk next week punya event. tu macam nk test engine dulu la kan... i wishh u all good luck la keledek sekalian.. oppsss!!! soorrryyy sekarang ni semua dah jadi TUAN kan... good luck la tuan-tuan sekalian... bak kata taun MON, perform nanti, biar sama taraf dengan 'bip' a.k.a paku kat bahu tu... hehe..asaalam...

Tuesday, October 11, 2011

Leftenan Muda Norshafiqah


assalamualaikum...

sebenarnya minggu lepas dari 3-6 oktober, saya pergi berkhemah di... Kem Sri Banai IPG Kampus Drualaman. haha...bangga bgtaw baq hang...saye pergi perkhemahan unit beruniform KRS.. perkhemahan ini juga sebenarnya bersempena dengan pentauliahan Leftenan Muda kepada kami peserta unit KRS. sebelum ni hanya kadet biasa, tapi
sekarang i dah jadi pegawai dan perlu dipanggil 'TUAN'..








memang memenatkan bila berkhemah ni. nak pula macam KRS ni, program tak berhenti. malam-malam2 jam 2-3 pagi baru dapat tidur. unit lain dah lame tidur nenyak... tapi seronok taw, banyak pengalaman yang dapat di sini. 4 hari 3 malam yang memenatkan dan menyeronokkan. hari PERTAMA, seperti biasa la kan.. dirikan khemah, bersihkan kawasan kem bla...bla..bla.. banyak juga aktiviti dan agak penat. kami unit KRS guna khemah A, x macam unit lain guna khemah igloo.. tp best khemah ni sebab luas, kami satu khemah 6 orang..sangat selesa...tap ada cerita best la pasal khemah ni... untuk pengetahuan u all, khemah ni kami dirikan dengan tenaga kerja 4 orang sahaj, sebab geng PJ tak datang lagi. mereka ada amali..semuga berjayew la korang kan... lepas dah siap semua kerja-kerja memasang khemah, perasmian kem bermula.. secara rasminya, da masuk kem la...pastu bergerak ikut unit masing-masing.. buat aktiviti masing-masing la...pada waktu malamnya pula, kami unit KRS kena buat orienteering. waktu malam baq hang!! memang best.. and, group sy, group , dpt no 1...hebat x..hehe.. memang mantap r kan... alhamdulillah,..berkat kerjasama semua kan...thanks to all my frens.. seronok la...pengelaman buat orinteering, selain dari masa di PLKN dulu..pastu malam-malam dok memekak nyanyi lagu 'DARAH SATRIA'.. ksian geng BSMM sebeb tak dapat tidur..hehe




hari KEDUA, pastinya hari yang mendebarkan untuk semua kadet.. sebab harini, kami akan diuji untuk memenuhi syarat leftenan muda.. ada tiga komponen yang perlu kami penuhi, atau diuji..

1. MEMBERI HUKUMAN KAWAD KAKI BERSERTA PERGERAKAN
2. TALI TEMALI @ IKATAN
3. BANTU MULA

Alhamdulillah, saya berjaya menyelesaikan semua tugas ni.. besyukur sangat..hari kedua kurng sikit la penatnye..sebab banyk kena menunggu je dari bergerak... ujian-ujian ini sangat seronok.. semua ujian ni, habis selepas waktu asar. jadi pada waktu malam, kami telah merancang aktiviti lain pula.. buat BBQ denagn geng2 kadet.. bayar 2.00 sorang.. best la sangat malam tu..enjoy ramai-ramai... selam ni malu-malu antara kadet, tapi sekarang ni da bole sembang dan gelak sama-sama..baguskan macam tu.. elok-elok habis je BBQ, kami ada roll call pulak..faham je la kalau roll call tu lame mane... tak campur dengan 'CHANGE BREAK ' lagi... perkara yang paling saya tak suka..huhu... dah time tu semua dah laloq.. habis rool call jam 4.30. jam 5.50 kena berkumpul untuk solat subuh pula..ermmm sabar jela...


hari KETIGA, pagi-pagi lagi saya dah mengantuk sangat.. hujan yang lebat membuatkan khemah kami bocor, kotor dan penuh dengan air.. tapi, semuanya bekerjasaam membersihkan khemah...bocor-bocor tu dapat ditampung semula...hari ketiga ni, da pertandingan antara unit beruniform.. saya menyertai orintering yang telah diuruskan oleh PPIM.. gues what! kami juara...yuhuuu!!! permainan kecil menang, masakan survivol no 2 kot.. bantu mula no last... yang paling best!!! kawad kaki, dapat no 1...oleh itu, kamilah JUARA KSELURUHAN... malam tu pula, ada malam kebudayaan, memang geng kami x prepare ape2, smeua buat spontan je... buat sketsa, pasal jurulatih KRS... HAHA... ambik kau... sketsa ni pasal tuan nas, tuan wan, tuan yus, tuan shikin dan tuan man... anyway, tahniah tu semua keledek sebab berjaya mempersembahkan yang terbaik... rasenye malam kebudayaan tu, KRS menang juga kot... heheh



Hari KEEMPAT, seperti biasa hari terakhir, hari untuk mengemas... saya kena bertugas menyediakan sarapan pagi tu.. biasa la bekerja di dapur... hehehe... ade juga pentauliahan, memnag kalot la... tapi seronok sangat.. lepas di tauliah tu, memang seronok,.. bergambar ramai-ramai..macam konvo pula rasenye... sangat seronok..alhamdulillah.. terima kasih semua... program berakhir pada jam 3 petang..seronok beb....



Monday, September 26, 2011

kiamat menurut agam islam

Kiamat menurut agama islam…
-Kemunculan Imam Mahdi
-Kemunculan Dajjal
-Keturunan Hazrat Isa (AS)
-Kemunculan Yajooj n Majooj
-Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
-Pintu pengampunan akan ditutup,
-Dab’bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
-Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
-Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
-Pemusnahan Kabah
-Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
-Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
-Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi

Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
“Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak."

Sunday, September 25, 2011

tanpamu~~

Lirik Lagu Tanpamu – Sabhi Saddi ft Helena

Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang

Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya
Kasih yakinlah kepada dirimu Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu



CARI JODOh!!!


assalamualaikummmm....

apa khabar?? lame juga fika tak update entry kan.. maaf la, agak sibuk kebelakangan ni.. mesti ada yang leik dengan entry kali ni. memang agak pelik..hahaha.. kalau di fahamkan semula, tak pelik kot, sebab umur dah 20-an ni memang dah kena fikir masa depan.maksudnya, masa depan untuk berdua..betul tak????
Perkahwinan?? ape tu ea?? emm lepas fika scroll kat sana, scroll kat sini, fika dapat la satu erti perkahwinan ni, Perkahwinan dalam Islam bermaksud suatu ikatan yang termeterai di antara pasangan lelaki dan perempuan melalui lafaz aqad ijab dan qabul yang menghalalkan mereka melakukan persetubuhan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam. so, faham tak?? mesti la faham kan....

jadi, adalah seorang hamba Allah ni, minta saya carikan jodoh untuk beliau...takut juga kan, sebab bukan mudah nak bina masjid ni.. saya minta la kriteria perempuan yang dia ingin kan...( tengok bawah)

  • nak yg chinese skit


  • kulit putih


  • slalu senyum


  • yg rupa saja


  • perangai


    yg ada adab


  • pandai jaga hati


  • bole jadi penyejuk


  • last skali, paling penting,

    pandai

    amik hati mak


so, kepada sesiapa yang rasa ada ciri-ciri seperti ini, contact saya ok!!! hehe..calon lelaki akan diberitahu kemudian... (abg cik, jgn marah no!!!)

Saturday, September 10, 2011

musim assignment

assalamualaikum....

apa khabar semua??? maaf la, dah lama tak update entry. saya sangat sibuk sekarang ni. assignment, tutorial, OPEN HOUSE, kenduri.macam-macam la lagi... sebenarnya, sekarang ni saya tengah buat 'esaimen' Bahasa Melayu. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. alahamdulillah, dari 3 sub topik, saya dah siapkan 2. dah nak masuk yang ketiga. boring-boring dok menaip tadi, ni nak taip kat bolg pula. harini, saya ada 2 Open House. sebelah pagi di rumah Pn. Hjh Mahani dan sebelah petang pula di rumah Ummi. penat juga la kan... di rumah ummi, macam biasa la, ambil tugas bahagian dapur...hehe..


balik je dari rumah ummi, mandi and tidur sekejap. sebab sangat penat plus kaki pun lenguh. tapi saya seronok. ermmmm..malam tadi, kakak call. bagitahu, buah hati saya 'auni' diserang asma. sama macam abang dia Khairuddin. akak cakap dia dah ok, cuma merengek sikit la. tak sabar nak balik weekend ni.. oh!!! rindunya... next week plak, kalau tak ada aral melintang, nak buat majlis makan-makan sikit famly sebelah abah di Sungai Petani. harap-harap jadi la kan, sebab abah pun dah setuju nak blaik kedah, walaupun sekejap.. semoga Allah permudahkan segalanya..

Kemarin, 8/9/2011 saya dapat 2 berita gembira. although it was not officially dedicated for me, but im happy for them!! 1st TAHNIAH buat kak Mawar yang dah dapat kerja. Alhamdulillah lepas ni, kak mawar dah boleh sara famly. semoga kak mawar kuat menempuhi hidup dengan 2 orang puetri yang comel.. NADAA dan MARWA... Marwa ni, sama tarikh lahir dengan Auni. body shape pun lebih kurang sama.haha...comel sangat dengn budak-budak ni.. (this time, i cant imagine hows auni condition rite now. asyik nangis, sbb dia tak boleh cakap kalau dia sakit).. 2nd, im happy for my friends. sebab dia dapat offer untuk buat PhD sponsored by MARA. alhamdulillah, rezeki masing-masingkan. dia yang saya kenal, memang sangat kuat dan gigih. bersungguh-sungguh mencari sponsor untuk dia buat double master di USM dan UTAR. tp siapa tahu, Allah nak bagi rezeki yang lebih buat dia, fast track trus dapat buat PhD.. ALHAMDULILLAH...saya tak pernah berhenti mendoakan kejayaan awak...

dok seronok menaip ni, jangan lupa, due date esaimen 15.9.2011 ok..jangan ralit sangat... Chaiyokk!! fika..you can do it!! lets go further typing ur esaeimne..hehe... ok la, assalamualikum...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...