Selamat Membaca Sahabatku..

Sunday, February 27, 2011

new entry....


Assalamualaikum…

Emm lamenye xtulis entry dlm blog ni kan… sy sibuk la skg ni… xsempat nak touch up blog… ermmmmm… rindu sgt..hehe.. banyak cerita nak cerita ni. Tp tak taw la larat ke x nak taip ni..hehe… first sekali, pasal rumah ni. Memang best duduk sini. Lokasi xla jauh sangat dari maktab. 10 minit je dari rumah. Sekarang ni ada 2 kereta, so, xla susah sgt nk p maktab…

Duduk rumah ni, pada sy agak jimat la. Sbb masak sendiri, puas hati sebab dapat masak sndri. Then, basuh same2, lipat baju… buat kerja tak berkira..alhamdulillah. dapat housemate yang bagus. Besyukur sangat…… baru2 ni kami semua buat kenduru baca tahlil kat rumah. Xde gamba la nak upload sebab sibuk buat kerja. Tak sempat nak snap picture… tp kalau ikutkan kenduri tahlil tu tak perlu sangat nak buat pun tak pe…. Tp apa salahnya kan kalau kita nak berkenalan dengan jiran sekeliling… lets check it out ape tujuan buat kenduri tahlil ni….

Mengikut pendapat imam Syafie sendiri, kenduri arwah tidak digalakkan. Ini kerana ditakuti salah faham yang akan ditimbulkan oleh mereka yang kurang mantap akidah atau ilmunya. Tetapi di kalangan ashab (kawan dan ulama di kalangan pengikut beliau) ramai yang mengatakan ia sunat, dan sampai pahalanya kepada mayat. Ini kerana hadis yang mengatakan terputus amalan anak Adam setelah meninggal itu, melainkan melalui tiga perkara. Antaranya anak yang soleh yang berdoa untuknya. Jadi kalau tahlil itu dengan permintaan anaknya, bererti amalan dan usahanya sendiri, termasuk dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang diusahakannya (an-Najmi-39).

hiBegitu juga amalan orang lain yang diniatkan dan dihadiahkan kepadanya kerana ini bererti amalannya sendiri, sama ada dengan permintaan anaknya sendiri atau pemberian orang lain. Ini semua dikira amalan yang berpunca daripada usaha atau amalan si mati tersebut juga, seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Orang yang menunjuk kepada kebaikan itu adalah seperti orang yang mengerjakannya.

Begitu juga mereka yang meneroka satu perbuatan yang baik, maka baginya pahala amalannya sendiri dan pahala mereka yang mengikutinya hingga hari kiamat tidak berkurangan pahala mereka sedikit pun. (hadis Muslim).

"Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan suatu kebaikan, Kami tambah pada kebaikan tersebut. "(Asyura-23).

Adapun pahala atau dosa yang berpunca daripadanya seperti anaknya sendiri dan amalan orang lain yang dihadiahkan kepadanya, atau disebabkan oleh anak atau keturunannya itu termasuk dalam amalan usahanya sendiri juga.

Kata ulama, segala pahala amalan anaknya akan sampai kepada bapanya tanpa perlukan niat, malah secara terus. Tetapi amalan keburukan orang lain tidak akan sampai melainkan ia berpunca daripadanya. Sabda Nabi, sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya, sebab itu orang lain boleh berdoa atau bersembahyang untuk saudaranya yang sudah meninggal dunia kerana pahalanya akan sampai kepada si mati tersebut.

Firman Allah , dalam surah an-Najmi ayat 38- 39 itu telah diselaraskan oleh para ulama seperti huraian di atas, bukan seperti yang difahami oleh orang kita yang mengatakan tidak boleh sampai amalan orang lain kepada si mati.

Itu ialah amalan yang tidak ada kaitan atau sebarang sebab langsung daripadanya, tetapi kalau amalan itu ada juga usaha atau sebab daripadanya, pasti pahala amalan itu akan sampai dan dapat diterimanya di akhirat nanti. Jika tidak tentulah sia-sia amalan atau doa kita sebagai umat Islam kepada saudaranya umat Islam yang lain. Malah dalam solat kita diajar supaya memberi salam iaitu meminta keselamatan kepada semua kaum Muslimin hamba Allah yang soleh.

Dalam al-Quran juga Allah mengajar kita supaya berdoa dengan pelbagai doa seperti firman Allah yang bermaksud: Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan bagi saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan, dan janganlah jadikan dalam hati kami, rasa iri hati atau perasaan dendam kepada mereka yang beriman. (al-Hasyr: 10). Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tuhan kami kurniakan kami dari kalangan isteri kami dan keturunan kami, mereka yang menjadi penyejuk pandangan, dan jadikanlah kami pemimpin bagi mereka yang bertakwa, (al-Furqan: 74).

Sebab itu para ashab Syafie memilih pendapat yang tidak dipilih oleh asy-Syafie sendiri, kerana dalil-dalilnya agak kuat dan jelas, iaitu pahala amalan orang lain boleh sampai dan dapat diterima oleh orang lain yang sudah meninggal sekalipun di akhirat kelak sampai seseorang itu ada yang akan menjadi muflis kerana pahala amalannya akan diberi kepada orang lain.

Adapun bilangan hari itu hanyalah semata-mata untuk memudahkan ingatan dan penjadualan sahaja, bukan kerana hari itu yang disuruh kita beramal untuk mengingati mayat keluarga tetapi disuruh setiap masa. Jangan pula ada orang kita yang sengaja tidak mahu faham, mereka mengatakan amalan baik itu bidaah, kerana ditentukan hari- harinya.

Di sini timbul punca perselisihan kita dengan mereka, malah mereka mengatakan sunat pada hari tersebut. Jika difahami betul-betul (sunat itu kerana hari tersebut) maka merekalah yang mengamalkan bidaah. Adapun bukan kerana hari tertentu sahaja kerana tidak ada sebarang nas atau dalilnya, malah suatu penjadualan amalan kebaikan itu sahaja, manakala amalan itu disunatkan kerana ada nas yang menyuruh melakukannya sama ada al-Quran atau hadis atau kias atau ijmak.

Sedangkan kalau ada jamuan pun, hendaklah diurus dan dibantu oleh orang lain sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah sendiri, bila kematian keluarganya Ja'afar. Bagi mereka yang selalu mempersendakan amalan kebaikan ini, kita kemukakan untuk mereka dua dalil di sini sudah cukup untuk mereka yang berfikir.

Satu, di dalam al-Quran di mana firman Allah yang bermaksud: "Berlumba-lumbalah mengerjakan kebaikan, (al-Baqarah: 148). Satu lagi, hadis yang bermaksud: Janganlah engkau menghinakan sebarang perkara makruf (adat kebiasaan tempatan yang baik) suatu apa pun. "(riwayat Muslim).

Hatta senyuman seseorang kepada saudaranya pun dikira amalan baik juga dan ada pahala tertentu di sisi Allah, kerana menggembirakan saudara Islam. Bagi mereka yang suka mencela kawannya yang beriman juga Allah berfirman bermaksud: "Mereka yang mencela orang-orang yang beriman yang bersuka ria memberi sedekah dan bersusah-payah memberi sedekah dengan menjamu makan fakir miskin atau membaca al-Quran dan sebagainya sekadar kemampuan mereka, lalu mereka sengaja mencela dan mengejek mereka semua, Allah akan membalas ejekan mereka dan azab seksa yang pedih." (at-Taubah: 79)

Wallahualam.

Ok….setakat ni dlu perkongsian sy utk entry kali ni… tggu next entry ok…

Saturday, January 1, 2011

new house

New entry lagi…..

30.12.2010 saya dah balik ke rumah sewa di KUNA (Tengku Sarina). Sedih juga nak balik sebab nak tinggal anak sedara. Tapi xpe la..balik nak belajar kan…hehehe…memang excited nak masuk rumah sewa.. nak tinggalkan kenangan yang dulu masa di hostel..atleast ada jugak pengalaman dok hostel kan…hihi…

Masa samapai sini, iza dah sampai dengan famly die…and saya dengan sya, independen dating sendiri..haha…banyak keje kene buat. Pg beli almari (walaupun duit xde) hihi.. then famly azi plak datang…penat jga angkat barang dari hostel,…sampai berat kreta kancil AFE tu… tp masih mampu membawa kami..haha…

So dah masuk rumah ni, beli la barang2…Alhamdulillah housem3 ok.. and I hope I will be ahhpy here.. td 1st time pnalaman masak di rumah sewa… dok baik2 ye…

maksu dan auni syahmina



Assalamualaikum…

Lama juga tak bertandang ke blog ni…almaklumlah, sibuk sangat jaga baby.. Saya dapat anak sedara baru 5 DEC 2010 haritu…memang teruja sangat sebab dapat jaga kakak dalam pantang.. and paling teruja sebab nama baby tu saya yang bagi… AUNI SYAHMINA….lembut dan pintar… sepanjang kakak dalam pantang, saya yang jaga kakak tapi ade mak mertua kakak la… and now, saya dah boleh mandikan baby and setelkan urusan dia..da bole handle baby…memang suka sangat… 1st experience… buat kenduri berendoi, ade orang berdah..memang best… kadang-kadang terfikir juga, masa zaman anak saya lahir nanti ade lagi tak budaya yang macamni… best sangat… apepun, thanks to all sebab bagi saya rasa pengalaman ni….

Saturday, December 4, 2010

ape ea??


malam ni, pika rajin sikit..hehe..x bole tido..jadi edit2 sikit la blog ni...latest entry pasal diri pika tu pun agak panjang kan...rase rindu nak bercerita la pulak....ermmmm


sejujurnya, apa yang pika tulis di blog ni xnak kaitkan dengan sape pun. jus fika harap, apa yang baik jadi kan tauladan yang tak elok tu jangan la ambik pula contoh nye,,...nt jadi lain plak... sbb ape yang fika tulis ni semua dari pengalaman yang fika rasa nak kongsi dengan semua orang... once again, im sorry and thank you sooo much every body.....

siapa saya???



Siapa saya?? Saya yang selalu merepek kat blog ni…nama saya norshafiqah ahmad.. muda lagi.. still single..hehe.. saya anak ke lima dari 5 orang adik beradik perempuan. Semua perempuan, tak ade lelaki. Tapi sekarang ni ade la abah+abang ipar 2 orang ang 2 orang anak sedara lelaki. Best kan ade orang lelaki dalam famly..hmmmmmr …. saya sebenarnya lahir di Jerantut Pahang. Tapi membesar di Negeri Kedah Darul Aman lagi kaya ini..haha..kaya ke?? Mak saya dah meninggal masa saya umur 2 tahun. After that, saya and kakak2 di jaga oleh nenek di Kedah. Tapi, masa darjah 3 saya balik sekolah di Pahang sampai la abis SPM…

Memang susah rasanye hidup tak de mak ni. Semuakena buat sendiri. Jeles pun ade bila tengok kawan2 ade mak, bole masak macam2 kalau nak makan. Tapi saya tak pernah rasa semua tu.(mula rasa nak nangis dah ni). Masa awal2 dduk di Pahang dengan abah, stil ade kakak, tapi semua kena buat sendiri. Sy still ingat masa darjah 3 terkial2 iron baju, basuh baju sendiri…tapi tu semua kenangankan… sangat rumit, saya memang tak taw langsung tentang hal-hal orang perempuan. Duduk pula di Felda, memang minda tak berapa berkembang (pada masa tu) sebab abah jarang di rumah dan semua buat sendiri. Masa darjah 6, saya mengalami fenomena yang sama seperti gadis2 lain. Saya tak tahu apa2, jadi ada seorang cikgu yang tolong saya. Sampai sekarang saya masih ingat cikgu tu. Walaupun terpisah, tapi sekarang dah bertemu semula. Sangat seronok..

Tapi kan, walaupun xde mak, adik beradik saya semua Berjaya ke menara gading..alhamdulillah…kakak yang 1st skg ni jadi surirumah tangga yang setia untuk keluarga dia…ermmm akak yang kedua dulu belajar di MPI sekarang ni jd cikgu and graduate From OUM.. yang 3rd graduate dari KUITTHO bachelor (hons) in civil engineering and sekarang ni jadi engineer di kedah. Akak yang keempat graduate dari UUM bachelor in interpeneurship. Skg ni keje kat KL.. and saya, insyaallah lagi 4 tahun Ijazah Sarjana Muda Perguruan (kepujian) sekolah rendah PK/BM/PJ/BI… insyaallah..mudah mudahan Berjaya semua anak abah….

Kemudian saya melangkah ke tingkatan 1, di sekolah di kampung saya. Bila masuk sekolah menengah, saya rasa sangat bersemangat sebab saya mengalami masalah dalam bahasa inggeris semasa sekolah rendah. Result UPSR saya biasa saja…masa tu saya 1st batch PPSMI, so mmg saya grab the opportunity belajar BI dgn bersungguh2. Start from that, BI and BM always is at the first ranking in my mind. Saya membesar sebagai seorang remaja tanpa seorang ibu. Hanya guru2 yang menjadi penunjuk ajar kepada saya. Bila di sekolah menengah, seorang usatazah yang menjadi ibu saya. Saya sangat sayangkan dia dan seorang guru biasa yang sekarang ni menjadi ibu angkat saya ‘umi’. I love them so mucchhh!!! Ada satu peristiwa hitam yang membuatkan saya hilang arah. Masa tu, kakak2 semua jauh dan hanya ustazah dan umi yang menjadi pendorong saya, penguat semangat saya. Seriously, memang ia mencabar saya, kekuatan, keimanan dan kesabaran. Alhamdulillah, sekarang saya dah bebas dari sejarah hitam itu. Masa PMR saya tak juga mendapat keputusan yang baik. Sebab masa tu saya tak suka subjek mathematics, jadi result saya ckup2 makan je… sy still ingat pesan abah, adik kena ingat, adik beradik kamu semua perempuan, tak ada sape2 yang boleh bela hampa adik beradik kalau abah tak dak nanti. Cuma ilmu je yang boleh jadi bekalan untuk hampa nanti. Itu kat2 semangat yang menjadi bahan bakar dalam diri saya… [abah cakap ni masa form 5] hihihi…

Result m3 sy tak ok. Then, saya pilih untuk belajar di kelas ekonomi dan bukan kelas sains. Tp, saya percaya ini semua ada hikmah yang tersembunyi. Mmg saya fight for the best and start dari form 4 until SPM, saya always top 2 with my bestfren…masa tu saya rasa tercabar sangat sebab cikgu suka memandang rendah pelajar alran kemanusiaan dan hanya banggakan pelajar sains. Pada saya, semua yang kita belajar ada tahap kesukarannya, terserah pada kita samaada nak berusaha atau tidak. And now I’ve proved to all my teachers saya dah Berjaya. Walaupun saya bukan best student SPM, tapi result saya yang terbaik antara semua dan ia melayakkan saya untuk memohon apa saja institusi yang saya nak. Everything goes like what I’ve planned before.

Lepas je SPM, saya terus balik ke kedah,, say kat sini..saya ambik kelas spoken English…after that, saya pergi PLKN di Kulim. Abis je PLKN saya pergi CFS IIUM di Nilai.. dok kat situ sebulan je…and now saya study di IPDA Jitra Kedah…cos PK BM/PJ/BI. Macam tak percaya saya boleh ambik cos BI. Dulu, cousin saya pernah cakap saya tak boleh tengok cerita orang putih sebab saya tak faham BI. And now, dari kata2 dia saya dah berada di tahap ni… macam2dugaan yang saya hadapi and ada juga orang yang mungkin tak faham dengan diri saya. Karakter saya, dipengaruhi oleh kehidupan saya dahulu. Adak kawan yang dating dari keluarga yang penuh dengan kasih saying, ada yang datang dari keluarga yang berpecah belah dan ada juga yang datang dari keluarga seperti saya. Kami semua mempunyai karakter yang berebeza.

Di maktab, saya masih spt dahulu. Suka berkawan dengan orang yang lebih berusia. Pensyarah, ada juga yang rapat dengan saya yang boleh saya buat bergurau and ‘bermanja’ NGEEEE…. Itu lah diri saya dan kadangkala, perangai saya sukar diduga. Memang senang orang cakap cuba adapatasi dengan kehidupan baru. Tapi tak semudah tu, orang tak pernah rasa kesusahan yang kita alami dan tak melihat semua tu. Tp macam manapun saya cuba adapatasikan dengan kehidupan baru saya. Sekarang saya tinggal di Kedah bersama kakak dan menjadikan Pahang sebagai destinasi percutian hjung tahun…hehe… sesungguhnya, kesusahan yang saya alami dahulu menjadikan saya lebih dewasa dan lebih tabah. Saya tak nak anak2 saya merasa kesusahan tanpa kehadiran seorang ibu di sisi. Tapi kta hanya mampu merancang tapi tuhan juga yang menetukan segalanya….

Akhir sekali saya nak cakap, yang saya sangat sayangkan abah saya, walaupun jauh abah tetap dalam hati adik… adik sayang abah.. terima kasih abah atas segala pengorbanan dan sokongan yang abah berikan selama ini… I love u sooo much abah!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...