Selamat Membaca Sahabatku..

Saturday, August 27, 2011

salam PBS...

Assalamualaikum...

Salam Ramadhan semua.. semalam 26.8.2011 sy dah selepas PBS buat selam-lamany..tak ada lagi PBS selepas ni.. ada kenangan untuk PBS kali ni.. kalau boleh tak nak ingat la.. tp mst akan ingat juga nanti jan..haha

OK, PBS kali ni, saya buat di sekolah lama saya SK (LKTP) KOTA GELANNGI 02. Di Jetrantut Pahang. dah 9 tahun saya tinggalkan sekolah ni. saya melakukan PBS ni bersama seorang lahi rakan iaitu Nurliyana dan Nadhirah. seronok la, sebab dapat berjumpa guru-guru lama. guru yang telah mengajar saya semasa darjah satu pun masih ada. bayangkan, lamanya mereka berkhidmat di sekolah ini.

Semasa hari pertama x banyak aktiviti yang dibuat cuma, kena relief kelas. dari pagi, sampai la balik..sangat penat...tp tak apa la, itu pengalaman. hari ke2, tak ada relief kelas, cuma hari untuk menyelesaikan tugasa, mencari bahan-bahan. banak juga kerja rupanya. tp alhamdulillah berjaya selesaikan semuanya.

Semalam, hari terakhir, ada program di sekolah. Alamklumlah, saya kan dah jadi cikgu, jadi setiap buah tangan yang cikgu dapat, saya pun dapat juga. semalam saya daat kek lapis, serawak, bunga telur dan pulut kuning. best, pengalamna hari terakhir... walaupun ada yang kurang menyenangkan.. untuk insan yang berkenaan, saya harap lepas ni akan jadi lebih profesional. kami pergi sekolah, untuk menyelesaikan tugas, bukan pergi untuk mengganggu awak...saya mohon maaf sempena hari raya ni...

mUSLIMAH IDEAL

♫ Manis mukanya tetapi bukannya 'mengada-ngada',

♫ Lembut orangnya tetapi bukannya lembik,

♫ Tegas dirinya tetapi bukannya garang,berhujah dengan fikrah tetapi bukannya berkeras kepala,

♫ Tetap pendiriannya tetapi bukannya tidak menerima pandangan sekelilingnya,

♫ Berlapang dada jiwanya tetapi bukannya menerima maklumat lalu telan tanpa tanda tanya..

Wednesday, August 24, 2011

Mawar Putih untuk Mama...


Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi

Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku

Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu

Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku


Assalamualaikum...

Baru nak bagi salam kan. lirik di atas ni, adalah lirik lagu kegemaran saya. 'Mawar putih untuk mama'.. saya tak tahu kenapa, setiap kali mendnegarkan lagu ni, mesti saya sebak dan sedih. liriknya sangat mendalam kata-katanya. hanya yang hebat mampu menhayati lirik lagu ini. saya dah tak ada peluang untuk nyanyikan lagu ni buat ibu saya. tetapi, saya masih boleh kirimkan doan dan pahala amalan kepada arwah ibu saya.

lagu ni pada saya seolah-olah ada maksud yang sangat mendalam dalam diri saya. hanya saya saja yang tahu. tak perlu orang lain tahu. kadang-kadang kata hati membisik kata rindu pada ibu. tapi, takdir juga yang menentukan segalanya. ibu, mama, mak, umi.. semuanya panggilan keramat, hanya dimiliki oleh kaum wanita. dan hanya yang layak sahaja akan mendapat panggilan itu. sunggu suci kan...

berbalik pada cerita mawar putih. mawar puti ni adalah simbol atau lambang kepada kesucian dan ketulusan hati. sangat tulus hati seorang ibu... tiada ternilai kan...tapi, jangan lupa pada abah.. abah juga sanagt suci hatinya. mengerti akan tanggungjawab membesarkan anak, memberi pendidikan yang sempurna dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak... alangkah indah dunia jika semua lelaki di dunia ini adalah lelaki yang mengerti akan tanggungjawab mereka...

tika ini, saya menulis dengan linangan air mata. saya tak tahu mengapa malam ni, saya terasa sangat sayu.. sayu mengenangkan apa yang saya sendiri tidak pasti.. biarlah hati ini berkata-kata dan jari ini terus menari.....

Friday, August 19, 2011

entry sahur~~ cerita semalam..

assalamualaikum..

dah sahur semua??? harini dah hari ke 19 ramadhan kan..sekejap je dah nak sampai ke hujung. baju raya dah beli ke belum? saya dah..hehe... saya sebenarnya tak ada idea sangat nak tulis ni, tapi bila tengok blog rasa rindu juga nak menulis di sini.

petang semalam saya dah sampai di rumah di sunagi petani. seronok sangat. saya balik semalam selepas kuis, saya tumpang fasha dan wana. tq to both of you.. deorang drop sy kat tol. then tunggu dlm 5 mint ke 10 mnt ea, xingat la..akak dtg ambik. tengok je muka auni,trus peluk dia..tengok muka dia ada bintik-bintik, inatkan kena campak, rupanya kena gigit nyamuk.. kseian adik... manja sangta dia..geraammm!!!

pastu, pergi beli barang sebab akak cakap nak buat mee kari..sedap taw... then saya pula try buat masak lemak ketam..hehe..jadi taw!! sedap sangat..hehe..puji sendiri.. tapi, ada satu cerita lagi pasal abang... 'abang dan kuih tat nanas'..

saya beli kuih nak bawak balik pahang. almaklumlah, saya memang peminat kuih tat ni. lepas buka puasa, saja-saja la buka kuih nak rasa dengan akak. abang pula amsa tu baru banguntidur. die rasa la kuih tat sebiji. then die cakap, 'sedaaaaapp'!!! apa lagi, dia ambik sebekas kuih tu, makan sorang-sorang ja.. mengadap tv..adoiiii!! nak buat macam mana, dia nak makan xkan tak bagi pula kan..tak pa la, nanti ummu ganti kuih maksu nk bagi kat tok wan... huhuhu.. abang makan kuih maksu..huhu...

hehe..actually, hari sabtu 20.8 ni saya nak beryolak pulang ke pahang... seminggu lebih awal sebab pergi sekolah..SKKG2 ada PBS..Fasa 4..last PBS dah..taun depan praktikum...yehaa!!! takut pun ada... doakan semoga semua berjalan dengan lancar ye...

dalam dok seronok-seronok nak balik, ada juga sedihnya...sedih sebab ank tinggalkan ummi... rasa balik kali ni macam lama sangat...and rasa macam nak pergi jauh pun ada... yela..memang jauh pun.. KEDAH-PAHANG..jauh tu..hehe dlm 700 km gak..or lebih?? entah la...emm sampai sini dulu saya tulis, nt sy cerita lagi ok... salam...jom solat subuh!!

Thursday, August 18, 2011

2.38 am

assalamualaikum...

kenapa entry saya 2.38 am??? sebab, masa saya tulis enrty ni, jam menunjukkan pukul 2.38 pagi.. mulanya, awal juga saya nak tulis entry ni, tapi banyak sangat kerja yang perlu di selesaikan. antaranya esok, saya ada kuiz EDU3105. emmmm memang agak killer, tp buat rilek je... usaha tu yang penting.

semenjak dua tiga hari ni, saya selalu membaca entry yang di tulis oleh kak mawar. catatan hidup kak mawar selepas kehilangan suami, amat menyentuh hati saya. bagaimana kak mawar luahkan rasa hati dan cintanya terhadap suami amat mengagumkan saya. jauh di sudut hati saya, saya menyimpan niat untuk bertemu kak mawar. saya tak tahu kenapa itu yang terlintas di fikiran saya.. saya selalu doakan kak mawar...

tadi pergi makan KFC dengan housemate. masa nak balik, ada kereta bomba lalu.. saya teringat zaman sekolah dulu bila saya jadi ahli kadet bomba. sangat seronok..ermmmmm tu semua kenangan..sekarang ni, saya ahli Kadet Remaja Sekolah. cikgu KRS le kome... hehe... seronok kan zaman sekolah dulu, hidup dengan kawan-kawan je.. xyah pikir lagi pasal dunia luar.. dah!! janagn cakap lagi apasal tu...

esok!!! mau pulang, bertemu buah hatiku yang dirindui... sangat rindu... tunggu maksu balik sayanag.. rindu nak jumpa auni... auni, sama umur dengan kekwa anak kak mawar, tapi nasib mereka berbeza..apapun, saya tetap mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan mereka.. sayang semua!!!

Monday, July 18, 2011

.:: S.A.H.A.B.A.T::.


Saya teringat kata-kata pujangga.....

Seorang sahabat,
akan tahu apa yang ingin katakan,
meski kau tidak mengucapkannya....
Memahami perasaanmu,
meski kau sendiri tak bisa memahaminya....
Akan selalu memaafkanmu,
sebelum kau sendiri bisa m
emaafkan dirimu....
Seorang sahabat akan selalu percaya padamu,
saat orang-orang lain tidak mempercayaimu.....


Bila terbaca kata pujangga ni, hati berbisik, naluri bertanya.. Mampukah aku menjadi seorang sahabat seperti ini. Kadang-kadang ya, kada
ng-kadang tidak.. Eh, boleh ke macam tu??? Kenama mesti ada kadang-kadang?? sedangkan saya tahu kemampuan dan kebolehan diri kita..
Jadi, di sini saya menyedari bahawa tidak semua manusia itu sempurna dan boleh menjadi seperti mana yang kita inginkan.. setiap amnusia mempunyai kelemahan yang tak mampu kita ungkap dan dengan kata-kata...tetapi, kita perlu ingat bahawa, Islam itu menganjurkan kita kearah kesempurnaan... Jadi, bersama-samalah kita sempurnakan diri demi membahagiakan insan lain... Tidak ada ruginya jika kita berubah kearah kebaikan demi kepentingan bersama..
sebelum mengakhiri coretan saya pada kali ini, saya tinggalkan kata-kata yang menjadi penguat kepada diri saya...
anakandaku,
Semoga setiap langkahmu di hari ini
adalah langkah orang yang berjaya...

Semoga bicaramu,
adalah tuturkata insan cendekiawan....

dan seluruh kehidupanmu,
dilingkarai keberkatan dariNYA....


salam sayang untuk semua....

Sunday, July 17, 2011

....UMMI....



assalamualikum semua....

ape ye saya nak cerita harini...emmm ce bagi idea... tapikan, rasanya nak cerita tentang banyak perkara yang saya dah belajar dari seseorang... Sebenarnya, dah lama juga saya ada hubungan dengan individu ni. kehadirannya sangat bermakna dalam hidup saya... sebab individu ni sangat istimewa dalam hidup saya, jadi panggilannya juga turut berubah... UMMI!! itulah panggilan keramat yang saya panggil untuk individu ini...

Saya kehilangan ibu tersayang seawal usia 2 tahun. Jadi, saya tak banyak sangat penglaman dengan ibu. Banyak perkara yang saya perlu belajar untuk menjadi seorang anak yang solehah. Alahmadulillah, kehadiran ummi banyak membantu saya. ummi banyak sedarkan saya tentang erti kehidupan di dunia sebenar... setiap pagi, ummi akan berika kata-kata semangat untuk saya memulakan hari yang indah...

banyak kata-kata semangat yang telah di kongsikan. pertemuan kami, memang telah di tentukan Allah.. Ada hikmah kami di temukan. UMMi!! Memang seorang wanita yang tabah.. dalam tutur katanya, penuh nasihat... Mampukah fika jadi wanita yang tabah seperti Ummi??? Ummi adalah perantara Allah, untuk membantu saya mem
bina semula keyakinan diri saya.. ummi sangat berharga dalam hidup saya...

kata-kata istimewa untuk ummi...

as you are in my thought quite often,
you know how much I care,
however far you are away if needed- I'd be there
When I think of you,
my heart SMILE :-)
tapi ummi, fika minta maaf, sebab fika banyak kali telah kecewakan ummi.. Fika masih belum mampu menjadi seorang anak yang membanggakan ummi... kada
ng-kadang fika lupa akan tanggungjawab fika untuk bahagiakan
ummi... sedih sangat rasa hati yang lalai dan leka dalam menjalankan tugas harian... tapi, ummi masih tekun dan sabar mendoakan kejayaan anakmu ini...maafkan fika UMMi..

Semalam, dapat mesej dari ummi...mesej yang telah sedarkan fika... dan, ummi buat fika ceria kembali..terima kasih ummi...

bukan Fika tak nak kecewakan UMMI..
tapi paling penting,
Fika jangan kecewakan diri Fika...

Dalam hati, carilah jalan,
bagaimana ingin bahagiakan insan lain...
tak kiralah plan A, plan B atau lain-lain plan..

Kota Rome tidak dibina dalam masa
SEHARI!!

Alhamdulillah..terima kasih Tuhan!! Kau hadirkan Ummi dalam hidupku sebagai pohon rendang yang menjadi tempat untuk aku berteduh... menumpang kasih ummi walau seketika di dunia yang fana' ini... merasai nikmat menjadi seorang anak yang memegang tangan IBUnya..

Sejambak kasih,
Sekepal sayang,
Seulas rindu,
dan....
Segenggam kasih,
buat...
Seorang Ibu bernama,
UMMI!!!!

coretan ikhlas, dari anakmu...
Shafiqa Ahmad.. buatmu...HNS..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...