Kiamat menurut agama islam…
-Kemunculan Imam Mahdi
-Kemunculan Dajjal
-Keturunan Hazrat Isa (AS)
-Kemunculan Yajooj n Majooj
-Terbitnya matahari dari Barat ke Timur
-Pintu pengampunan akan ditutup,
-Dab’bat al-Ard akan keluar dari tanah & akan menandai muslim yang sebenar2nya
-Kabut selama 40 Hari akan mematikan semua orang beriman sejati shg mereka tidak perlu mengalami tanda2 kiamat lainnya
-Sebuah kebakaran besar akan menyebabkan kerusakan
-Pemusnahan Kabah
-Tulisan dalam Al-Quran akan lenyap
-Sangkakala akan ditiup pertama kalinya binatang2 & org2 kafir yang tersisa akan mati, semua gunung & bangunan akan runtuh
-Tiupan sangkakala yang kedua kalinya akan membangkitkan semua ciptaan Allah & bertemu di dataran Arafah menuju saat penghakiman mereka dan Matahari akan mendekatkan dirinya ke bumi
Nabi MUHAMMAD SAW telah bersabda:
“Barang siapa yg mengingatkan ini kepada orang lain, akan Ku buatkan tempat di syurga baginya pada hari penghakiman kelak."
bila hati rasa nak bercerita, pena menari, bait tertulis, segalanya kulahirkan di sini
Monday, September 26, 2011
Sunday, September 25, 2011
tanpamu~~
Lirik Lagu Tanpamu – Sabhi Saddi ft Helena
Tanpamu hidup jadi sunyi
Tanpamu ku seakan mati
Tanpamu bagai malam tanpa bintang
Tanpamu aku akan tersesat
Tanpamu tiada lagi hasrat
Tanpamu seakan jantungku berhenti
Kau yang terindah dalam hidup ini Dan tak akan pernah berubah selamanya
Aku terlahir hanyalah untuk kamu
Jadi pelindung dirimu
Tanpamu nafasku terhenti
Keranamu aku ada disini
Tetap bersamaku selalu disampingku
Untuk selamanya
Kasih yakinlah kepada dirimu Sayang dan cinta ku pun hanya untuk mu
Dan takkan berubah untuk selamanya
Cintaku padamu
CARI JODOh!!!
assalamualaikummmm....
apa khabar?? lame juga fika tak update entry kan.. maaf la, agak sibuk kebelakangan ni.. mesti ada yang leik dengan entry kali ni. memang agak pelik..hahaha.. kalau di fahamkan semula, tak pelik kot, sebab umur dah 20-an ni memang dah kena fikir masa depan.maksudnya, masa depan untuk berdua..betul tak????

Perkahwinan?? ape tu ea?? emm lepas fika scroll kat sana, scroll kat sini, fika dapat la satu erti perkahwinan ni, Perkahwinan dalam Islam bermaksud suatu ikatan yang termeterai di antara pasangan lelaki dan perempuan melalui lafaz aqad ijab dan qabul yang menghalalkan mereka melakukan persetubuhan berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Islam. so, faham tak?? mesti la faham kan....
jadi, adalah seorang hamba Allah ni, minta saya carikan jodoh untuk beliau...takut juga kan, sebab bukan mudah nak bina masjid ni.. saya minta la kriteria perempuan yang dia ingin kan...( tengok bawah)
nak yg chinese skit
kulit putih
slalu senyum
yg rupa saja
perangai
yg ada adab
pandai jaga hati
bole jadi penyejuk
last skali, paling penting,
pandai
amik hati mak
so, kepada sesiapa yang rasa ada ciri-ciri seperti ini, contact saya ok!!! hehe..calon lelaki akan diberitahu kemudian... (abg cik, jgn marah no!!!)
Saturday, September 10, 2011
musim assignment
assalamualaikum....
apa khabar semua??? maaf la, dah lama tak update entry. saya sangat sibuk sekarang ni. assignment, tutorial, OPEN HOUSE, kenduri.macam-macam la lagi... sebenarnya, sekarang ni saya tengah buat 'esaimen' Bahasa Melayu. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. alahamdulillah, dari 3 sub topik, saya dah siapkan 2. dah nak masuk yang ketiga. boring-boring dok menaip tadi, ni nak taip kat bolg pula. harini, saya ada 2 Open House. sebelah pagi di rumah Pn. Hjh Mahani dan sebelah petang pula di rumah Ummi. penat juga la kan... di rumah ummi, macam biasa la, ambil tugas bahagian dapur...hehe..
balik je dari rumah ummi, mandi and tidur sekejap. sebab sangat penat plus kaki pun lenguh. tapi saya seronok. ermmmm..malam tadi, kakak call. bagitahu, buah hati saya 'auni' diserang asma. sama macam abang dia Khairuddin. akak cakap dia dah ok, cuma merengek sikit la. tak sabar nak balik weekend ni.. oh!!! rindunya... next week plak, kalau tak ada aral melintang, nak buat majlis makan-makan sikit famly sebelah abah di Sungai Petani. harap-harap jadi la kan, sebab abah pun dah setuju nak blaik kedah, walaupun sekejap.. semoga Allah permudahkan segalanya..
Kemarin, 8/9/2011 saya dapat 2 berita gembira. although it was not officially dedicated for me, but im happy for them!! 1st TAHNIAH buat kak Mawar yang dah dapat kerja. Alhamdulillah lepas ni, kak mawar dah boleh sara famly. semoga kak mawar kuat menempuhi hidup dengan 2 orang puetri yang comel.. NADAA dan MARWA... Marwa ni, sama tarikh lahir dengan Auni. body shape pun lebih kurang sama.haha...comel sangat dengn budak-budak ni.. (this time, i cant imagine hows auni condition rite now. asyik nangis, sbb dia tak boleh cakap kalau dia sakit).. 2nd, im happy for my friends. sebab dia dapat offer untuk buat PhD sponsored by MARA. alhamdulillah, rezeki masing-masingkan. dia yang saya kenal, memang sangat kuat dan gigih. bersungguh-sungguh mencari sponsor untuk dia buat double master di USM dan UTAR. tp siapa tahu, Allah nak bagi rezeki yang lebih buat dia, fast track trus dapat buat PhD.. ALHAMDULILLAH...saya tak pernah berhenti mendoakan kejayaan awak...
dok seronok menaip ni, jangan lupa, due date esaimen 15.9.2011 ok..jangan ralit sangat... Chaiyokk!! fika..you can do it!! lets go further typing ur esaeimne..hehe... ok la, assalamualikum...
Saturday, August 27, 2011
salam PBS...
Assalamualaikum...
Salam Ramadhan semua.. semalam 26.8.2011 sy dah selepas PBS buat selam-lamany..tak ada lagi PBS selepas ni.. ada kenangan untuk PBS kali ni.. kalau boleh tak nak ingat la.. tp mst akan ingat juga nanti jan..haha
OK, PBS kali ni, saya buat di sekolah lama saya SK (LKTP) KOTA GELANNGI 02. Di Jetrantut Pahang. dah 9 tahun saya tinggalkan sekolah ni. saya melakukan PBS ni bersama seorang lahi rakan iaitu Nurliyana dan Nadhirah. seronok la, sebab dapat berjumpa guru-guru lama. guru yang telah mengajar saya semasa darjah satu pun masih ada. bayangkan, lamanya mereka berkhidmat di sekolah ini.
Semasa hari pertama x banyak aktiviti yang dibuat cuma, kena relief kelas. dari pagi, sampai la balik..sangat penat...tp tak apa la, itu pengalaman. hari ke2, tak ada relief kelas, cuma hari untuk menyelesaikan tugasa, mencari bahan-bahan. banak juga kerja rupanya. tp alhamdulillah berjaya selesaikan semuanya.
Semalam, hari terakhir, ada program di sekolah. Alamklumlah, saya kan dah jadi cikgu, jadi setiap buah tangan yang cikgu dapat, saya pun dapat juga. semalam saya daat kek lapis, serawak, bunga telur dan pulut kuning. best, pengalamna hari terakhir... walaupun ada yang kurang menyenangkan.. untuk insan yang berkenaan, saya harap lepas ni akan jadi lebih profesional. kami pergi sekolah, untuk menyelesaikan tugas, bukan pergi untuk mengganggu awak...saya mohon maaf sempena hari raya ni...
mUSLIMAH IDEAL
♫ Manis mukanya tetapi bukannya 'mengada-ngada',
♫ Lembut orangnya tetapi bukannya lembik,
♫ Tegas dirinya tetapi bukannya garang,berhujah dengan fikrah tetapi bukannya berkeras kepala,
♫ Tetap pendiriannya tetapi bukannya tidak menerima pandangan sekelilingnya,
♫ Berlapang dada jiwanya tetapi bukannya menerima maklumat lalu telan tanpa tanda tanya..
Wednesday, August 24, 2011
Mawar Putih untuk Mama...

Kau sinaran bulan
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
Menyerikan bitang-bintang
Kaulah fajar yang menerbitkan pagi
Kau sirami embun
Menyegarkan pepohonan
Kau bukakan tabir siang untukku
Kau berikan mama
Kasih sayang maha suci
Betapa agungnya
Tiada ternilaikan
Oh mama, oh mamaku
Tiada cinta yang suci
Setulus cintamu
Ku suntingkan mama
Sekuntum mawar putih
Sebagai lambang kesucian cintaku
Assalamualaikum...
Baru nak bagi salam kan. lirik di atas ni, adalah lirik lagu kegemaran saya. 'Mawar putih untuk mama'.. saya tak tahu kenapa, setiap kali mendnegarkan lagu ni, mesti saya sebak dan sedih. liriknya sangat mendalam kata-katanya. hanya yang hebat mampu menhayati lirik lagu ini. saya dah tak ada peluang untuk nyanyikan lagu ni buat ibu saya. tetapi, saya masih boleh kirimkan doan dan pahala amalan kepada arwah ibu saya.
lagu ni pada saya seolah-olah ada maksud yang sangat mendalam dalam diri saya. hanya saya saja yang tahu. tak perlu orang lain tahu. kadang-kadang kata hati membisik kata rindu pada ibu. tapi, takdir juga yang menentukan segalanya. ibu, mama, mak, umi.. semuanya panggilan keramat, hanya dimiliki oleh kaum wanita. dan hanya yang layak sahaja akan mendapat panggilan itu. sunggu suci kan...
berbalik pada cerita mawar putih. mawar puti ni adalah simbol atau lambang kepada kesucian dan ketulusan hati. sangat tulus hati seorang ibu... tiada ternilai kan...tapi, jangan lupa pada abah.. abah juga sanagt suci hatinya. mengerti akan tanggungjawab membesarkan anak, memberi pendidikan yang sempurna dan kasih sayang yang secukupnya kepada anak-anak... alangkah indah dunia jika semua lelaki di dunia ini adalah lelaki yang mengerti akan tanggungjawab mereka...
tika ini, saya menulis dengan linangan air mata. saya tak tahu mengapa malam ni, saya terasa sangat sayu.. sayu mengenangkan apa yang saya sendiri tidak pasti.. biarlah hati ini berkata-kata dan jari ini terus menari.....
Subscribe to:
Posts (Atom)