Assalamualikum…
Agak lama juga saya tak menjenguk blog saya ni..hampir 2 bulan.. sangat sibuk. Entry terakhir dari saya ialah esaigment. .lepas siap semua tugasan, saya pun bersedia untuk peperiksaan akhir. Untuk semester ni, saya mengambil lima kertas peperiksaan. Selalunya hany empat kertas. Semester ni juga, ada ‘paper killer’ iaitu anatomi dan fisiologi. Sangat susah pada saya sebab saya bukan dari pelajar aliran sains. Tapi, alhamdulillah, saya berjaya juga menjawab kertas AF..
Selepas selesai exam, terus balik ke rumah sebab banyak lagi kerja yang menanti. Sangat sibuk masa cuti tempoh hari sebab perlu layan dan ziarah banyak keluarga. tapi, saya minta maaf sebab tak boleh ziarah keluarga seseorang yang sangat saya sayang. Fika minta maaf. Alhamdulillah, cuti, abah pun balik ke Kedah, dan kami adik beradik dapat la enjoy dengan abah walaupun sekejap saja.. Abah!!
Diam tak diam, cuti dah habis. Saya pun balik semula ke rumah dan IPG tempat kesayangan tu. Tapi, kena tolong kakak buat esaimen beliau pula. Tapi tak pa lah..tolong mana yang patut kan.. ok!!
No comments:
Post a Comment