Selamat Membaca Sahabatku..

Monday, January 23, 2012

Memandikan Jenazah

Assalamualaikum...

Mesti pelik kan kenapa saya buat entry macam ni.. saya pun tak tahu kenapa, tetapi sekadar ingin berkongsi saja. terdetik di hati saya untuk belajar pengurusan jenazah ni, semasa menonton Al-Kuliyyah di Tv3 awal januari lalu. kebetulan, pada masa yang sama ada video Ustaz Don yang bertajuk Anak aset ke syurga atau neraka? selepas menonton video tu, saya rasa bertanggungjawab pula untuk belajar semua tu.

Walaupun, saya sudah tiada ibu untuk dimandikan, tetapi saya masih punyai ramai ahli keluarga perempuan. Kakak, ibu saudara, anak saudara, sahabat dan akan datang insyaAllah ibu mertua saya. jadi, memang patutkan saya belajar pengurusan jenazah atau setepatnya memandikan jenazah. tapi, buat masa ni, belum ada kesempatan untuk saya menyertai mana-mana kelas. insyaAllah, jika diizinkan Allah, akan tercapai cita-cita saya yang satu ni... Terima Kasih Allah...

Assalamualaikum...

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...