Selamat Membaca Sahabatku..

Thursday, April 19, 2012

...DIA..



Sekiranya
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..


~ dari buku ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’ – Fatimah Syarha

Assalamualikum pembuka bicara..
Malam ni, terasa begitu dingin dan sukar untuk mata saya lelapkan. tak tahu mengapa tetapi hati bagai terpanggil untuk saya coretkan sedikit bingkisan buat tatapan pembaca blog ini. Rindu! Ya, rasa rindu tiba-tiba menerjah sanubari, saat menerima mesej dari si dia di sana. Tetapi hanya mesej sapaan dan menyatakan kesihatannya di sana.
Kadangkala, saya terfikir, apakah saya untuknya, atau dia bukan untuk saya? Pelik kan soalan ni. Haha..tak tau juga soalan apa yang nak Tanya ni. Tapi itulah yang bermain di fikiran saya. Ye, memang kami hanya berhubung seminggu sekali, saya selesa begitu, tetapi kadangkala rasa rindu tu sangat sarat. Kenapa ye?
Mungkin dulu, saya terima mana saja rakan lelaki yang ingin berkawan dengan saya. Tapi sekarang tidak lagi, dan bila ada sapaan dari rakan lelaki, nama dan mukanya terus menerjah ingatan, dan sapaan mereka bagai di angin lalu sahaja. Kalau ingat kembali pesanan ummi, ia bukan cinta lagi, tapi saya tak tahu sebenarnya apa yang saya rasa kini. Mungkin kawan, lebih dari kawan or….
Biarlah masa yang menentukan segalanya, saya menerima dia seadanya. Dan doa saya kepada Allah, jika dia adalah jodoh saya, dekatkan lah hati kami, tetapi, jika dia bukan jodoh saya, redhakanlah hati saya dengan keputusan yang telah ditetapkan olehNya…

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...