Selamat Membaca Sahabatku..

Wednesday, February 1, 2012

" JODOH" renungkan sedalam-dalamnya...


Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..

Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.


Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.

Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.

Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "

Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "


"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."

Monday, January 23, 2012

Selamat Ulangtahun Ummi..








Assalamualaikum...

Tajuk entry saya harini, "Selamat Ulangtahun Ummi'.. sebenarnya birthday ummi ni 30 Dec haritu..tapi saya tak sempat nak post. Now bila tgk FB ummi baru teringat..so, saya nak post larh skg ni... Masa dapat taw birthday ummi, saya agak kaget sebab tak tahu, apa yang patut saya ucapkan. maybe it is my first time i want to wish happy bithday for my UMMI.. so, fikir-punya fikir saya post ini kat FB ummi..



You are the sunrise that shines in my life day after day after day. I wonder what I would have done without you. Happy birthday, dearest UMMI!


memang ucapan itu ikhlas dari hati saya.. selepas tu, memikir pulak pasal hadiah..hadiah apa la yang saya nak bagi kat ummi.. kak su cakap, saya ni orang yang klasik. namapak garang tapi sebenarnya jiwang... hehe..tq kak su sbb sedarkan fika realiti ni.. saya suka bagi hadiah kat orang, bila tengok, orang tu akan ingat kat saya.. memoland la kononye... so, saya decide nak bagi photo album, yang mana dalamnya, saya letakkan potrai ummi dengan famly, student dan semestinya dengan saya la kan.. so, saya ada sertakan sikit la gambar-gambar yang saya muatkan dalam photo album hadiah untuk ummi...





Semoga ummi sentiasa bahagia dan ceria...
selamat dapat menantu baru..and looking forward 9 month..
jadi opah!!! hehe... happy anniversary UMMI dan Abah...

Pergi Saat Indah _ Aiman

Dalam keheningan
Dan hadir bayangan
Kerana percintaan
Yang berangan sesalan

Ku rindu wajahmu
Sejak kau bertamu
Hanya satu dari dulunya
Selalu untukmu

Kembalilah tak ingin
Berulang kisah
Sedetik berpisah
Aku ikut bersalah
Tetap di waktu berubah
Pergi saat indah
Kekasih...

Masih lagi perlu
Mengapa membisu
Ku rayu kepadamu
Luangkanku hatiku

Kita harus menanti
Walau seribu kali
Kemaafan ini
Abadi ke sisi

Tinggal ku sendiri
Merenungi sepi
Fahami hingga nanti
Kau menjadi memori

Ceritera kita
Berakhir segala
Bahagia akan tiba
Suatu masa semula
Oh...oh...ouh...

Memandikan Jenazah

Assalamualaikum...

Mesti pelik kan kenapa saya buat entry macam ni.. saya pun tak tahu kenapa, tetapi sekadar ingin berkongsi saja. terdetik di hati saya untuk belajar pengurusan jenazah ni, semasa menonton Al-Kuliyyah di Tv3 awal januari lalu. kebetulan, pada masa yang sama ada video Ustaz Don yang bertajuk Anak aset ke syurga atau neraka? selepas menonton video tu, saya rasa bertanggungjawab pula untuk belajar semua tu.

Walaupun, saya sudah tiada ibu untuk dimandikan, tetapi saya masih punyai ramai ahli keluarga perempuan. Kakak, ibu saudara, anak saudara, sahabat dan akan datang insyaAllah ibu mertua saya. jadi, memang patutkan saya belajar pengurusan jenazah atau setepatnya memandikan jenazah. tapi, buat masa ni, belum ada kesempatan untuk saya menyertai mana-mana kelas. insyaAllah, jika diizinkan Allah, akan tercapai cita-cita saya yang satu ni... Terima Kasih Allah...

Assalamualaikum...

Sunday, January 22, 2012

Background Baru

Assalamualaikum...

Di pagi yang dingin ini, ingin saya umumkan, bahawa dengan ini, saya telah menukar background picture yang baaaaaarrruuuuuu...yuhuuu!!! cantik x???

WHITE ROSES

Saya memang addicted dengan white roses ni... bunga ni sangat cantik. walaupun putih..
And, saya juga da buat ujikaji, bungan mawarputih ni lagi lama tempoh segarnya berbanding rose lain... anda tau? saya tau...hehe...

mawar putih ni juga, ada banyak maksud yang tersirat di sebaliknya... so, pandai-pandai la, anda memikirkannya.... ok, sampai sini dulu, nanti, saya post lag..ukeh!!!

assalamualaikum....

Wednesday, January 18, 2012

KRS Interaksi pertama

Assalamualaikum...

Macam yang saya katakan semalam, harini saya ada interaksi pertama untuk KRS.. masa mula-mula sampai kat GERKO, memang berdebar-debar la tengok geng DPLI yang ramai tu... macam tak percaya yang saya akan latih mereka ini. takutkan? tapi, selepas dibahagikan kumpulan, dan dapat geng yang best, alhamdulillah..saya semakin yakin..

rasanya, kalau tak ada apa-apa halangan, saya akan cuba habiskan juga kursus Leftenan ni. insyaallah kalau ada rezeki kan? kalau tak ada rezeki, anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah.. dan yang paling penting dapat pengalaman..tu yang penting kan...

thanks to KRS members for giving me a chance, opportunity and cooperation to join this course again... love u all lah!

Assalamualikum...

p/s: ready untuk test PJ esok...:)

Tuesday, January 17, 2012

1st Entry 2012


Assalamualaikum...

emmm agak lama juga ya, saya menyepi dari blog kesayangan ni.. bukannya apa, masa cuti sekolah tu, saya ada di kampung. Bila di kampung, tak ada internet, dan sebenarnya malas juga nak buka laptop..hehehe.. apa yang saya nak cerita ni ya... emm masa cuti, tak ada apa sangat yang menarik, saya cuma jadi pengasuh seperti biasa. and of course, saya sangat sukakan pekerjaan ini.. alhamdulillah... tapi, faham-faham je la, bila dah lama sangat mengadap si kecil tu, bila sampai time nak berpisah tu, memang drama air mata la..sedih, rindu..semua ada..aduhh sayangg...

Cuti CNY dah dekat, and semsetinya saya akan pulang berjumpa si kecil tu..memang tak sabar.. oh yea! terlupa pula, 18 december 2011, saya dapat anak sedara lagi sorang..lelaki taw..sangat ciut or comel.. hehe..namanya:


Muhammad Zarif Naufal

he is a son of my sister : Noraini ahmad and my brother in-law zulkifli (abg zul).. alhamdulillah... rezeki lagi...besar lagi keluarga abah.. **bila pula time saya ye? wink wink**

menanti detik untuk di lamar? huhu..ummi pernah cakap, "saat seorang gadis minta untuk di sunting, maka terlaksana sudah tugas ibu membesar dan mendidik anak gadisnya...
once you are purpose by your mr right, it will complete my duty.. and of course u my daughter!
ok tak quotes ni? hehehe

emmm masa cuti ni, ramai juga senior yang telah menamatkan zaman bujang mereka.. syukur..ringan jodoh masing-masing.. :) suke kan dengar orang dah kahwin.. dan saya juga, ada lagi satu undangan sebagai pengapit!! oh no.... the date 20 may 2012.. im so sorry ida.. i cant fullfil your dreams.. huhu... exam time tu sayang... its, ok, i will become your clamps pihak lelaki nanti yer...

so, ape lagi yer, emmm pastinya, semester ke 5 ni, saya semakin sibuk.. dan tersangat sibuk.. however, i will pray and ask for forgiveness from Allah.. hope i manage to go trough this semseter with flying colours kan!!

so, till here...next time i update lagi ok...lets go to sleep.. ready for 1st KRS interaction. Finghting for Leftenan!!!

Assalamualaikum....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...