Selamat Membaca Sahabatku..

Wednesday, September 19, 2012

Leftenan Krs Norshafiqah Ahmad

assalamualikum...

dah lama rasanya tak menulis di sini.. sibuk mungkin.. sekarang saya sedang menghadapi hari-hari akhir di  Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama Aloe Setar Kedah.  hari-hari terakhir praktikum fasa II di sini. sangat seronok dan banyak pengalaman yang dapat saya timba di sini.

baiklah, bukan itu yang sebenarnya ingin saya ceritakan, sebenarnya saya nak cerita yang sekarang saya sudah mendapat pangkat Leftenan KRS. tahun lepas, saya dah dapat pangkat leftenan muda, tahun ini naik satu pangkat lagi. emm bukan mudah, macam2 halangan yang dah saya tempuhi. tapi alhamdulillah, semuanya berjaya dan rakan-rakan saya juga dah berjaya!!!!!!!!!!!!

Sunday, July 8, 2012

renungan jam 1.55 pagi..

" Allah maha mengtahui akan sesuatu itu dan Allah juga mengetahui apa yang terbaik untuk kita. tidak perlu mengharap, mudah-mudahan hati lebih tenang dan banyakkan ibadah.. biarlah hati terluka kini, dari terluka di kemudian hari setelah menanti dan mneganyam mimpi..kembalilah kepada pertemuan dan ketentuan Illah. dan percayalah kepada Qada' dan Qadar Allah..."



jangan lupa baca surah Al-Mulk.. :P

Thursday, July 5, 2012

khamis yang cuti~~

assalamualaikum...
baca tak tajuk entry? khamis yang cuti..yes! harini hari khamis, dan saya cuti. sebab harini tak ada kelas. waa!!! bestnya..tapi tak buat apa sangat harini, just basuh baju. dan paling penting, harini saya PUASA! semalam nisfu sya'ban. alhamdulillah, sekali lagi saya dapat bertemu dengan nisfu Sya'ban. terima kasih Allah..
so, semua housemate saya cuti. an saya rasakan harini macam bulan Ramadhan pulak kan? yela, dah nak masuk bulan ramadhan..dah tak lama dah. and paling penting sekali, harini saya akan ke rumah Ummi.. seperti yang saya janji. minggu lepas tak dapat pergi, si minggu ni saya akan spent time dengan ummi. layan ummi bersembang. masak-masak dengan ummi, pergi pasar..macam-macam boleh buat dengan ummi.. hai la ummi sorang ni..hurm... :) tapi saya bahagia bersama ummi...

dalam masa seminggu, macam-macam perkara yang terjadi pada saya. dan perkara tersebut bukan lah sebesar mana pun. tetapi tetap akan menjadi kenangan dan pastinya telah tertulis di dalam SKRIP drama hidup saya. berbagai-bagai nasihat yang saya terima dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. terima kasih kalian kerana sudi melayan karenah saya!! sayang u olls...


Sunday, July 1, 2012

aku tersenyum

assalamualaikum...

update lagi entry malam ni. alhamdulillah, masih diberikan waktu dan ruang untuk update entry malam ni. walaupun bukan entry yang ilmiah, tapi seronok juga nak update..hehe.. baca tak entry sebelum ni? agak sedih kan? padahal bukan ape sangat pun. biala 'orang tu' nak cakap ape pun kan. and, saya tak berhubung dengan dia untuk seketika. bukan marah or what, just malas.haha..

u guys guess what? td dia text i, and just a single mesej bole buat saya senyum sepanjang hari. haha.. lawak la pulak rasenye. maknanya, dia masih ingat lagi kat saya. cuma sibuk. ya!! sibuk. macam saya jugakla, kalau sibuk memang tak ingat orang lain dah. target nak siapkan kerja saja. begitulah diriku.

ok,sebelum ni, muka macam ni:



lepas dapat mesej ni:


sekarang macam ni:



tq..sebab menjadi pelakon dalam drama hidup saya..:
:)

Thursday, June 28, 2012

Myfeeling~~


just be normal!
act like before!
u never know him!
he never know you!
you never talk with him!
same goes with him!
huhuhuhuhu

malu-malu-malu...ini ke perasaan aku sekarang? mungkin! baca quotes kat atas pun dah boleh taw perasaan saya sekarang kan? nak malu pada siapa? biar saya saja yang tahu.. itu la, dulu tak kenal, nak kenal. bila dah kenal kan masalah. plus post kat fb macam2. so, dah misunderstod! boleh ke dia cakap sy nak kahwin. im just surveying a few thing for wedding ceremony. not mine..JUSTSURVEY... is it wrong??just forget about it...huarghhhh!!!!




Tuesday, June 26, 2012

diriku dan pendidikan khas...

assalamualaikum sekali lagi...

entry ke 2 untuk malam ni. bagi semester ni, saya dan ahli kelas 21 souls kena tubuhkan satu kelab pendidikan khas. ok kelab ni tertutup kepada ahli kelas kami sahaja. so, kena la buat lagu, logo moto bagai... macam-macam la..memang seronok dan mencabar la kan. tapi itulah penglaman. tak ada ape sangat yang saya boleh ceritakan tentang persatuan ni. 

baiklah yang sebenarnya, saya nak ceritakan pengalaman saya semasa membuat lawatan di Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultanah Bahiyah. huyoooo!! memang best, dan tak semua orang dapat merasai pengalaman yang saya dan rakan terima. pada semeseter lepas, saya telah ke jabatan ini tetapi ke Unit Fisioterapi. ok, sebelum tu, Jabatan Rehabilitasi ni mempunyai dua unit iaitu unit Fisioterapi dan unit Carakerja. semeseter lepas dah ke unit fisioterapi dan saya dah tak ingat apa yang saya nak ceritakan sebab dah lama. so, all the readers kalau nk taw, boleh la tengok gambar kat FB saya ni.... silakan tengok ye...


kemudian, pada awal semester ni, saya sekali lagi ke jabatan ini. tetapi pada kali ini saya ke Unit cara kerja atau Occupational Therapy (OT). sangat seronok di sini. unit ini dibahagikan kepada bahagian kanak-kanak dan dewasa. tetapi bagi kumpulan saya, kami banyak tertumpu kepada bahagian kanak-kanak. di sini saya dapat melihat kemudahan yang disediakan bagi menjalankan terapi. sangat banyak kemudahan dan saya juga berpeluang melihat ahli terapi menjalankan sesi terapi kepada 3 orang pesakit. bermula dari teknik swing, brush dan blanket di bilik snoozeland. bertuah sangat saya rasakan pada diri saya.

bila melihat kekurangan murid ini timbul keinsafan dalam diri dan berazam untuk menjadi guru pendidikan khas yang terbaik dan bersedia memberikan khdimat yang cemerlang untuk mereka. guru pendidikan khas juga perlu menegakkan hak murid-murid pendidikan khas ini kepada masayarakat umu. maklumlah, bukan semua orang tahu cara melayan murid ini. dan penerimaan serta persepsi setiap individu tidak sama... som saya berbangga menjadi guru PENDIDIKAN KHAS. ...



praktikum fasa 2 di SK. Sungai Korok Jalan Pegawai... nantikan kedatangan ku....

keputusan peperiksaan semeseter 5

assalamualaikum...

dah seminggu saya di semester 6. Alhamdulillah, keputusan semester 5 pun dah dapat. rezeki Allah menyebelahi saya. pada awalnya, saya sendiri tak menyangka yang saya akan diberikan keputusan yang sebegitu, memandangkan persediaan saya tidaklah selengkap mana dan aktiviti yang bersusun, tetapi Allah masih memberikan ganjaran terhadap apa yang saya lakukan. janji Allah itu pasti. tetapi, sedikit mendukacitakan apabila keputusan yang saya dapat, saya tak dapat sampaikan kepada abah saya. walaupun sudah dua hari, dan berhari-hari juga saya cuba menghubungi abah, tetapi masih tak berjawab. dan agak sedih juga apabila, tiada siapa pun antara adik beradik saya yang mengucapkan kata tahniah kepada saya. tapi tak pe, POSITIF, deorang sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing.  :)

benar kata pujangga:

 mengharap pada yang sudi
meminta yang dapat memberi
memberi pada yang tahu menghargai


terima kasih Allah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...