assalamualaikum...
dah seminggu saya di semester 6. Alhamdulillah, keputusan semester 5 pun dah dapat. rezeki Allah menyebelahi saya. pada awalnya, saya sendiri tak menyangka yang saya akan diberikan keputusan yang sebegitu, memandangkan persediaan saya tidaklah selengkap mana dan aktiviti yang bersusun, tetapi Allah masih memberikan ganjaran terhadap apa yang saya lakukan. janji Allah itu pasti. tetapi, sedikit mendukacitakan apabila keputusan yang saya dapat, saya tak dapat sampaikan kepada abah saya. walaupun sudah dua hari, dan berhari-hari juga saya cuba menghubungi abah, tetapi masih tak berjawab. dan agak sedih juga apabila, tiada siapa pun antara adik beradik saya yang mengucapkan kata tahniah kepada saya. tapi tak pe, POSITIF, deorang sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing. :)
benar kata pujangga:
mengharap pada yang sudi
meminta yang dapat memberi
memberi pada yang tahu menghargai
terima kasih Allah...
No comments:
Post a Comment