pembuka bicara entry saya pada kali ini. lama juga tak menulis di blog ni. kekangan waktu yang menyebabkan saya jarang uploadkan entry di sini. dalam tempoh ni, banyak juga perkara yang saya lakukan. antaranya, pada 24 hingaa 26 april lalu, saya dan rakan lain telah menyertai satu ekspedisi berakit di Sungai Baling hingga ke Kupang. jom baca sedikit cerita tentang ekspedisi berakit ni..okeh!!
************************************************************
Program
Ekspedisi Berakit Skim Kenaikan Pangkat Leftenan Institut Pendidikan Guru
Program
disertai oleh 25 orang guru pelatih Skim Kenaikan Pangkat Letfenan (SKPL) IPG
Kampus Darulaman bersama 5 orang pensyarah penasihat Kadet Remaja Sekolah
(KRS) IPDA, serta 6 orang pegawai KRS Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta 2
orang pensyarah pemanatau daripada IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Islam.
Ekspedisi ini diadakan di Sungai Baling hingga Sungai Kuala Ketil. Ia merupakan
aktiviti yang perlu kami jalankan bagi memenuhi proforma kurus lanjutan Skim
Kenaikan Pangkat Leftenan dan dijalankan hasil kolaborasi bersama Jabatan
Pelajaran Negeri Kedah. Memandangkan kumpulan kami adalah kumpulan pertama @
pioneer, maka segala aktiviti yang kami jalankan akan dijadikan bukti kurusus
dan modul kursus ini pada waktu akan datang.
Program selama 3 hari 2 malam (24 mei
- 26 mei) ini di mulakan pada hari khamis 24 mei di
kampung Bawah Gunung Baling, Kedah. Oleh kerana, guru pelatih terlibat dengan
peperiksaan semseter, maka perjalanan dari IPDA dimulakan pada jam 6.30 petang
dan tiba di lokasi pertama pada jam 9.00 malam. Selepas berehat dan memeriksa
alatan berakit, tepat jam 11.00 malam kami memulakan proses menyediakan rakit
tersbut. Rakit di bina mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Terdapat 7
buah rakit yang dibina termasuklah 2 rakit pensayarah dan pegawai KRS JPN
Kedah. Setelah hampir 2 jam membina rakit, hujan telah turun di kawasan tersebut dan
kami terpaksa memberhentikan kerja-kerja membina rakit. Bagi kumpulan yang
tidak sempat menyiapkan rakit tersebut, kerja membina perlu di sambung
keesokan harinya.
Oleh kerana, tiada khemah khas untuk
tidur, maka kami terpaksa menumpang di rumah orang kampung bagi mendapatkan
tempat berteduh kerana cuaca hujan dan keadaan yang sejuk. Terima kasih kepada
penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama kepada kami.
Setelah berehat, keesokan paginya, pada
jam 8 pagi kami telah bersedia dengan rakit masing-masing untuk memulakan
ekspedisi tersebut. Pada awalnya, kami perlu turun ke dalam air, dan cuba
merasakan kelajuan air tersebut. Ternayata air memang laju dan arus yang deras
hampir menghanyutkan beberapa peserta. Mungkin kerana hujan pada malamnya, ia
telah mempengaruhi arus air pada hari tersebut. Tepat jam 9.00 pagi, rakit mula
bergerak dan meninggalkan ‘cekpoint’ pertama.
Setelah melalui perjalanan yang mencabar dengan batu yang
besar dan tajam serta arus yang deras, akhirnya pada jam 1.30 tgh hari, kami
behenti berehat di perhentian kedua iaitu gua kelambu berhampiran Pulai. Di
sini, kami perlu menyediakan makanan tengah hari dengan mempraktikkan masakan
survival yang telah kami pelajari. Menu yang sederhana hanya dengan nasi
bersama sardin, menjadi enak dek keletihan berakit. Pada waktu ini, pensyarah
dan pelajar sama-sama menikmati juadah yang disediakn mengikut kumpulan
berakit. Tiada diskrimasi pangkat lagi, semuanya sama sahaja. Menikmati dan dan
berada di tempat yang sama.
Setelah berehat dan menunaikan solat, pada jam
3.30 petang, kami memulakan semula ekspedisi berakit. Jika sebelumnya ialah
kawasan berbatu, tetapi kini kami menempuhi kawasan air tenang tetapi dalam
serta banyak pohon buluh yang menghalang perjalanan. Dua trek perjalanan yang
berbeza, tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada kami yang baru belajar
mendayung rakit. Di sini, kami dapat melihat kerjasama antara kumpulan yang
sangat tinggi, serta mendengar arahan yang diberikan oleh ketua atau kemudi
rakit. Perjalan kedua ini ditempuhi dalam tempoh yang lama iaitu hampir 5 jam
apabila, ekspedisi berakhir pada jam 8.30 malam di Kupang.
Mengikut perancangan awal, ekspedisi akan di
sambung sehingga ke Kuala Pegang pada keesokan harinya. Tetapi atas nasihat
pendudukan kampung dan mengambil kira faktor keselamatan, ekspedisi tersebut
telah dihentikan. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua peserta. Setelah
berehat, keeseoka paginya, kami telah
bekerjasama mengemaskan barang-barang untuk pulang ke IPG KDA.
Pengalaman ekfspedisi berakit pada kali ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana ia adalah pengalaman yang sangat bernilai dan sukar untuk di perlolehi di lain waktu. Melalui kursus ini, peserta dikehendaki mentadbir, mengurus dan mengelola aktiviti tertentu dengan berkesan dan sistematik. Semua peserta yang terlibat untuk memperolehi Skim Kenaikan Pangkat Leftenan hendaklah melaksanakan aktiviti – aktiviti yang berbeza
Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada peserta mendalami dan mempelajari bagaimana untuk mengelola sesuatu aktiviti dengan menggunakan ilmu yang telah mereka pelajari. Justeru, aktiviti berakit merupakan salah satu aktiviti yang harus dijalankan oleh para peserta yang terdiri dari Leftenan Muda KRS IPG Kampus Darulaman. Di harapkan program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan guru yang bukan sahaja dapat mengajar tetapi mempunyai jatidiri yang unggul serta sifat kepimpinan tinggi.
Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada peserta mendalami dan mempelajari bagaimana untuk mengelola sesuatu aktiviti dengan menggunakan ilmu yang telah mereka pelajari. Justeru, aktiviti berakit merupakan salah satu aktiviti yang harus dijalankan oleh para peserta yang terdiri dari Leftenan Muda KRS IPG Kampus Darulaman. Di harapkan program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan guru yang bukan sahaja dapat mengajar tetapi mempunyai jatidiri yang unggul serta sifat kepimpinan tinggi.
2 comments:
waa.. aktiviti yg sgt menarik.. da lama x join aktiviti cmni ha
ameerul: ajak la geng bt aktiviti ni..sangat best!
Post a Comment