Assalamualaikum…
Emm lamenye xtulis entry dlm blog ni kan… sy sibuk la skg ni… xsempat nak touch up blog… ermmmmm… rindu sgt..hehe.. banyak cerita nak cerita ni. Tp tak taw la larat ke x nak taip ni..hehe… first sekali, pasal rumah ni. Memang best duduk sini. Lokasi xla jauh sangat dari maktab. 10 minit je dari rumah. Sekarang ni ada 2 kereta, so, xla susah sgt nk p maktab…
Duduk rumah ni, pada sy agak jimat la. Sbb masak sendiri, puas hati sebab dapat masak sndri. Then, basuh same2, lipat baju… buat kerja tak berkira..alhamdulillah. dapat housemate yang bagus. Besyukur sangat…… baru2 ni kami semua buat kenduru baca tahlil kat rumah. Xde gamba la nak upload sebab sibuk buat kerja. Tak sempat nak snap picture… tp kalau ikutkan kenduri tahlil tu tak perlu sangat nak buat pun tak pe…. Tp apa salahnya kan kalau kita nak berkenalan dengan jiran sekeliling… lets check it out ape tujuan buat kenduri tahlil ni….
Mengikut pendapat imam Syafie sendiri, kenduri arwah tidak digalakkan. Ini kerana ditakuti salah faham yang akan ditimbulkan oleh mereka yang kurang mantap akidah atau ilmunya. Tetapi di kalangan ashab (kawan dan ulama di kalangan pengikut beliau) ramai yang mengatakan ia sunat, dan sampai pahalanya kepada mayat. Ini kerana hadis yang mengatakan terputus amalan anak Adam setelah meninggal itu, melainkan melalui tiga perkara. Antaranya anak yang soleh yang berdoa untuknya. Jadi kalau tahlil itu dengan permintaan anaknya, bererti amalan dan usahanya sendiri, termasuk dalam firman-Nya yang bermaksud: Dan bahawasanya seorang manusia tiada memperoleh selain apa yang diusahakannya (an-Najmi-39).
hiBegitu juga amalan orang lain yang diniatkan dan dihadiahkan kepadanya kerana ini bererti amalannya sendiri, sama ada dengan permintaan anaknya sendiri atau pemberian orang lain. Ini semua dikira amalan yang berpunca daripada usaha atau amalan si mati tersebut juga, seperti sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud: Orang yang menunjuk kepada kebaikan itu adalah seperti orang yang mengerjakannya.
Begitu juga mereka yang meneroka satu perbuatan yang baik, maka baginya pahala amalannya sendiri dan pahala mereka yang mengikutinya hingga hari kiamat tidak berkurangan pahala mereka sedikit pun. (hadis Muslim).
"Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Sesiapa yang mengerjakan suatu kebaikan, Kami tambah pada kebaikan tersebut. "(Asyura-23).
Adapun pahala atau dosa yang berpunca daripadanya seperti anaknya sendiri dan amalan orang lain yang dihadiahkan kepadanya, atau disebabkan oleh anak atau keturunannya itu termasuk dalam amalan usahanya sendiri juga.
Kata ulama, segala pahala amalan anaknya akan sampai kepada bapanya tanpa perlukan niat, malah secara terus. Tetapi amalan keburukan orang lain tidak akan sampai melainkan ia berpunca daripadanya. Sabda Nabi, sesungguhnya bagi seseorang itu apa yang diniatkannya, sebab itu orang lain boleh berdoa atau bersembahyang untuk saudaranya yang sudah meninggal dunia kerana pahalanya akan sampai kepada si mati tersebut.
Firman Allah , dalam surah an-Najmi ayat 38- 39 itu telah diselaraskan oleh para ulama seperti huraian di atas, bukan seperti yang difahami oleh orang kita yang mengatakan tidak boleh sampai amalan orang lain kepada si mati.
Itu ialah amalan yang tidak ada kaitan atau sebarang sebab langsung daripadanya, tetapi kalau amalan itu ada juga usaha atau sebab daripadanya, pasti pahala amalan itu akan sampai dan dapat diterimanya di akhirat nanti. Jika tidak tentulah sia-sia amalan atau doa kita sebagai umat Islam kepada saudaranya umat Islam yang lain. Malah dalam solat kita diajar supaya memberi salam iaitu meminta keselamatan kepada semua kaum Muslimin hamba Allah yang soleh.
Dalam al-Quran juga Allah mengajar kita supaya berdoa dengan pelbagai doa seperti firman Allah yang bermaksud: Tuhan kami, ampunilah dosa kami dan bagi saudara kami yang telah mendahului kami dengan keimanan, dan janganlah jadikan dalam hati kami, rasa iri hati atau perasaan dendam kepada mereka yang beriman. (al-Hasyr: 10). Dan firman-Nya lagi yang bermaksud: Tuhan kami kurniakan kami dari kalangan isteri kami dan keturunan kami, mereka yang menjadi penyejuk pandangan, dan jadikanlah kami pemimpin bagi mereka yang bertakwa, (al-Furqan: 74).
Sebab itu para ashab Syafie memilih pendapat yang tidak dipilih oleh asy-Syafie sendiri, kerana dalil-dalilnya agak kuat dan jelas, iaitu pahala amalan orang lain boleh sampai dan dapat diterima oleh orang lain yang sudah meninggal sekalipun di akhirat kelak sampai seseorang itu ada yang akan menjadi muflis kerana pahala amalannya akan diberi kepada orang lain.
Adapun bilangan hari itu hanyalah semata-mata untuk memudahkan ingatan dan penjadualan sahaja, bukan kerana hari itu yang disuruh kita beramal untuk mengingati mayat keluarga tetapi disuruh setiap masa. Jangan pula ada orang kita yang sengaja tidak mahu faham, mereka mengatakan amalan baik itu bidaah, kerana ditentukan hari- harinya.
Di sini timbul punca perselisihan kita dengan mereka, malah mereka mengatakan sunat pada hari tersebut. Jika difahami betul-betul (sunat itu kerana hari tersebut) maka merekalah yang mengamalkan bidaah. Adapun bukan kerana hari tertentu sahaja kerana tidak ada sebarang nas atau dalilnya, malah suatu penjadualan amalan kebaikan itu sahaja, manakala amalan itu disunatkan kerana ada nas yang menyuruh melakukannya sama ada al-Quran atau hadis atau kias atau ijmak.
Sedangkan kalau ada jamuan pun, hendaklah diurus dan dibantu oleh orang lain sebagaimana yang disuruh oleh Rasulullah sendiri, bila kematian keluarganya Ja'afar. Bagi mereka yang selalu mempersendakan amalan kebaikan ini, kita kemukakan untuk mereka dua dalil di sini sudah cukup untuk mereka yang berfikir.
Satu, di dalam al-Quran di mana firman Allah yang bermaksud: "Berlumba-lumbalah mengerjakan kebaikan, (al-Baqarah: 148). Satu lagi, hadis yang bermaksud: Janganlah engkau menghinakan sebarang perkara makruf (adat kebiasaan tempatan yang baik) suatu apa pun. "(riwayat Muslim).
Hatta senyuman seseorang kepada saudaranya pun dikira amalan baik juga dan ada pahala tertentu di sisi Allah, kerana menggembirakan saudara Islam. Bagi mereka yang suka mencela kawannya yang beriman juga Allah berfirman bermaksud: "Mereka yang mencela orang-orang yang beriman yang bersuka ria memberi sedekah dan bersusah-payah memberi sedekah dengan menjamu makan fakir miskin atau membaca al-Quran dan sebagainya sekadar kemampuan mereka, lalu mereka sengaja mencela dan mengejek mereka semua, Allah akan membalas ejekan mereka dan azab seksa yang pedih." (at-Taubah: 79)
Wallahualam.
Ok….setakat ni dlu perkongsian sy utk entry kali ni… tggu next entry ok…