Selamat Membaca Sahabatku..

Showing posts with label famliLY. Show all posts
Showing posts with label famliLY. Show all posts

Sunday, September 1, 2013

catatan buat Naurah Annisa'

assalamualaikum...

lama juga tak menjenguk blog ni..
banyak juga comment yang tak di balas.. maaf la pada semua ya, tapi alhamdulillah sy dah balas semua...

ok, dulu saya pernah buat catatan kelahiran buat Auni Syahmina, dan Zarif Naufal..
kali ni, saya buat catatan buat Naurah Annisa' pula..

who is Naurah????

naurah annisa'
5 kilo dah ni...

ok, naurah ni, anak ke 5 kepada kakak sy yang kedua.
insyAllah yang terakhir la kan..

baiklah, naurah dilahirkan pada 8 Jun 2013 di HSAH pada jam 9.55mlm..
kelahiran naurah memang tak di duga keranapada minggu tu naurah baru 35 minggu..
dan tak sangka kelahiran seawal tu... naurah dah tak sabar nak lihat dunia...
tapi, kelahiran naurah di sambut dengan gembira sekali oleh semua. exspecially kak cik..
jadi, naurah kena berbaik-baik dengan kak cik taw..
kak cik sayang naurah, tapi kak cik geram sikit ja...  :)

masa naurah lahir, tak banyak barang naurah yang ummi beli.. barang2 asas tu ada, takcukup..
jadi, maksu kena beli tambah lagi untk naurah.. masa naurah barulahir juga, kita tinggal di rumah tokcik di sungai lalang..sebab toknek nak tengok naurah.. u are so cute sayang.. maksu antara orang yang paling sibuk masa kelahiran naurah.. menyediakn kelengkapan naurah, ummi dan maksu juga kena uruskan kak cik, kakngah dan abang...

tapi, terimakasih pada kamu berempat sebab kehadiran kalian telah memberi pengalaman yang bermakna buat maksu...terima kasih sayang..

bulat sangat naurah ni....

teringat lagi macam mana maksu kena marah dengan doctor msa bawa naurah pg kilinik. because she thought u are my daughter..hehe.. naurah kena jaundis, tiap2 hari kita pg klinik... but finally you are fully recovered syg..

last, harapan maksu buat naurah, semoga naurah membesar dengan sihat dan terus menjadi anak yang solehah buat ummi dan abi... berbaiklah sesama kakak dan abang.. jangan gaduh-gaduh taw!!
maksu sayang semua anak2 saudara maksu...

love,

maksu....




Thursday, May 30, 2013

nama pilihan

assalamulaikum...
pagi ni nak buat entry tentang nama-nama pilihan.hehe..bukan untuk saya, tapi untuk kakak sy yang akan lahirkan anak yang ke 5..wohoo!! sebenarnya 29 Mei adalah ulangtahun perkahwinan akak saya..
jom tengok nama dan maksud yang saya dah cari ni...

Lelaki

1. Ajwad Husni              - baik dan indah.
2. Muhammad Fayyadh - nama Nabi Muhammad Saw, indah.
3. Amir Firas                 - putera, ketua pemerintah dan tajam fikiran.
4. Umar Harraz             - Yang memakmurkan, nama khalifah dan yang waraq
5. Umar Darius             - yang memakmurkan, yang bertuah

Perempuan

1. Nadiah Nabilah       - awal mula sesuatu, cerdik dan mahir
2. Nadiah Dianah        - Pembawa kesetiaan agama
3. Nadiah Hannah       - kesetiaan kasih sayang
4. Uzma Nadiah          - Terbaik, awal mula sesuatu.
5. Uzma Raihanah       - Terbaik, perempuan yang luhur.

sedap dan menarikkan maksud nam-nama ni.. saya memang sukakn H di belakang.. dengar macam kolot, tapi maksudnya sangat menarik. dan ingat, nama tu satu doakan... :)

bayi lelaki dan perempuan..comelkan??

Monday, May 27, 2013

cuti penggal..

assalamualaikum...

harini 27 May 2013.. dah lima hari exam saya berlalu..fuhhh very horrible exam... sepanjang 5 tahun belajar, paper Kajian Tindakan or PKU3113 sangat dahsyat...saya tak tahu apa yang telah saya jawab. tapi hanya mampu berdoa sebaik mungkin la kan....

ok, tinggalkan bab peperiksaan. yang lepas biarlah lepas... teruskan usaha selepas ini. untuk cuti kali ni, ada kerja yang perlu saya selesaikan. first and foremost, ummi dan abah serta cu dgn pakcu akan fly to Auckland.. wohoooo!!! bestnya... so kena teman si kecik kat rumah la kan...hihi.. semoga mereka selamat sampai.. and for kak cik, selamat menyambut dato dan datin yer....

walaupun gambar cik google, tapi tetap cantik.....
then, nanti ada kenduri kawen my cousin. umur die tua setahun je dari saya, tapi dah nak kahwin. jeles nih!! hih..aip! lupa ke..tu semua kan urusan Allah.. berdo, berdoa dan berdoa pika... jangan lupa.  emm kat FB pun banyak juga jemputan kahwin dan sbgainya.. tak larat nk tengok, dan rasanya tak mampu nak pg hehe.. lagi 1, my friend enggagemnt.. sorry yana!! tak dapat pergi ur tunang...tapi, xpe nanti saya balik pahang kita jumpa okeh!!! luve you all...
banyak lagi rsanya perjalanan cuti ni,.. tak pa, nt kita cerita lagi ok...

gambar hiasan yer....



Thursday, January 17, 2013

hADIAH untuk Kak Cik!!

Taraaaa!!!!!!!!!!!!!!


0h0h0h0..ni lah hadiah yang kami cakap kat kak cik tu... nak bagiadiah betul2 betul tunggu november nanti ya.... much much much sorry sebab tak dapat join gathering tadi..melepas lagi nak along belanja..hehe...
anyway, kami doakan kak cik selamat sampai di Auckland ya...

Doa kami untuk kak cik::

I
I
I
I

> selamat sampai Aucklad dengan selamat <
> pindah rumah elok-elok <
> having ur clinical cos with flying colours <
> jaga diri, jaga jaga dan jaga <
> balik nt makin chantek! tett <
> ingat misi hujung tahun ni!! <


MOst Importantttttt



I Love U!


our Momento!!!
Farah Nazri Via Shafiqa Ahmad

Friday, January 4, 2013

Konvo at PWTC

ok..from the entry, bukan sy yang konvo..but my sister la.. anyway, congratulations kak ija.. :)

putra world trade centre

my sister..graduate with hons pre-school teaching

with her family, husband and chidren..also baby yg akan lahir..


langkawi Island

assalamualaikum...








post yang ni xde apa sangat..cuma saya ke langkawi bersama keluarga mertua kakak saya... penat juga la...tapi penat..biasa la kan...ok, ini sikit gambar2 masa di sana,...


pulang ke FELDA

assalamualaikum..

baca tak entry kat atas tu??? hehe..bukan pulang ke desa. tapi pulang ke felda.. balik dengan anak2 buah.. seperti biasa saya balik dengan awang din la.. balaik dulu sbb tiket bas tak cukup. dari kedah sampai le ke pahang dia dok cakap nak makan kat kedai cik ghani saja.. atlast, sampai je ke pahang, terus tokwan (abah saya) bawa dia pergi breakfaast di kedai cik ghani.. bukan main seronok lagi dia tu..


haha..lawak betoi la budak ni....tapi kesian pulak kat muhammad, tak dapat balik pahang sekali..tak pa, nt muhammad da besar, maksu bawak balik juga ya.. ok, hari yang sama juga, kakak saya dengan neices yang laik bertolak balik ke pahang.. so esoknya jumpa la kan... tapi, haritu juga, abah saya belanja kasut sukan... hehe..ye la, kan nak jadi cikgu PJ... thanks abah..kasut ni, buy 1 free i..so, ade 2 la... tp picture ade 1 kasut jer....




ini la kasut tu..then kakak sy sampai bwk anak2 sedara pergi jalan2..xpergi mana sangat pun la..hehe...pergi kolam mandi2 je.. tapi yang penting dapat bahagiakan abah dan emak..ok, nanti kami balik lagi ye abah... love u abah...




Tuesday, May 1, 2012

takziah

28 April 2012, 12.10 a.m tok wan saya meninggal..di rumah, di kampung pida tiga Tunjang...
saat mengetahui berita itu, saya terkedu dan terkelu seribu bahasa. semua kenangn saya bersama arwah, bermain di fikiran seperti wayang gambar yang sangat indah.

tetapi, saya sedikit terkesan dnegan kematian ini. sebelum ni, saya banyak kali bertangguh untuk menjenguk arwah. dengan alasan kerja yang banyak la... so, lepas ni, ambik pengajaran, walau sesibuk manapun kita, jangan lupa orang tersayang. FAMILY FIRST. bila ingat terus pergi jumpa. kalau nak tunggu kerja, sampai bila un kerja tu takkan habis...

so to the readers, ingat pesan saya ni. bila dah kehilangan baru kita terasa akan kesilapan kita..semua tu dah terlambat... selagi masih ada, sayangi dan hargailah mereka..


semoga rawah tenang dan bahagia di sana.. doa dari cucunda yangs entiasa memohon kemaafan dan mendoakan kesejahteraanmu..

Thursday, April 19, 2012

Naqib Irfan


assalamualikum...

selamat pagi, jam sekarang menujukkan pukul 4.24 pagi. apa la mimpi saya bangun pagi-pagi ni kan.. ermm nk taw kenapa, sebab Naqib Irfan.. huhu..tak lah, saya sedang dalam usaha menyiapkan buku program dan buku kejohanan Olahraga Tahunan IPG KDA. memang sibuk la kan, kalau dah nama buat buku tu. tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat lagi 'bermuka buku'.hehe.. biasalakan.. di sebabkan facebook ni, atau orang kampung saya panggil muka buku, saya kenal dengan sorang baby ni. nama dia Naqib Irfan or momonie. orangnye comel sangat, macam anak Jepun. memang comel. sape cakap tak comel kena cubit nanti! haha..





sejujurnya, saya katakan saya tak mengenali parents Naqib ni secara dekat. tapi, selalu juga berhubung dengan mama naqib kat FB.. alhamdulillah, kak Shu selalu kongsikan cerita naqib setiap hari. kadang-kadang rasa naqib ni macam anak sedara sendiri pulak. ye la, kakak-kakak saya akan update progress anak-anak deorang selalu. so, macam naqib juga la kan..






saya pun tak tahu sejak bila saya mula minat pada kanak-kanak ni. and kak shu pernah cakap saya peminta no1 naqib! hehe..xde hadiah kee??..hihi..lawak je kak shu.. and exspecially Naqib, masa praktikum haritu di tempat saya tak ada jaringan internet, so sanggup drive pergi Bintong semata-mata nk on FB.. 1sty buka page naqib dulu..haha..memang addicted dengan dia.. haha



so, harapan auntie fika untuk Naqib, semoga Naqib jadi anak yang soleh, membesar dengan sihat dan kuat..hope, 1 day kita dpt jumpa Face to face.. Doakan auntie dpt posting putrajaya n sambung master.. so, dpt la jupa naqib!! next time auntie post entry pasal naqib lagi okeh!!


sikit-sikit gambar naqib!!

-
-
-
-
-
-

-
-
-
-
-
-



-
-
-
-
-



Sunday, February 5, 2012

Takziah

assalamualaikum...

Pertama sekali, ingin saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga abang ipar saya a.k.a abang hadi dia atas kematian tok wan a.k.a pak lang mat zain. Arwah meninggal pada usia 89 tahun di kampung seberang pekan Baling.

saya berada di sana, walaupun selepas mendapat berita kematian beliau. saya berada di sungai petani, bergegas pulang ke Baling. semasa tiba, sanak saudara telah berada di sana, kecuali teh yang berada di seremban dan Pak Nyan @ Danial yang bertugas di Putrajaya. tetapi dengan izin Allah, semua ahli keluarga selamat tiba di kampung.

walaupun, saya bukanlah cucu arwah, tetapi saya sering pulang ke kampung bersama kakak dan abg ipar saya. apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah rasa kagum saya melihat kaum keluarga arwah menguruskan jenazah ayahanda @ nenda mereka.

keluarga mereka memang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik. ia kemudain diteruskan oleh cucu dan cicit. arwah meninggal pada jam 4.4.5 petang (kalau tak silap). pada malam tersenut, jenazah telah bermalam di rumah sebelum di kebumikan pada keesokan harinya.

apa yang menarik perhatian saya ialah, cucu-cucu arwah, lelaki dan perempuan, kecil dan besar telah membuat bulatan di ruang tamu dan sama-sama membacakan al-quran dan Yaasin untuk arwah. sama-sama tidur di ruang tamu. selain itu, bergilir-gilir membacakan al-quran. sangat teruja kerana ia kali pertama saya melihat suasana sebegini.

keesokan harinya, ramai sanak saudara yang datang ke rumah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. di sini, sekali lagi menarik minat saya apabila, urusan memandikan jenzah, dilakukan oleh anak-anak dan cucu arwah, bersama-sama menyelesaikannya. seterusnya, urusan di perkuburan pula, masih lagi anak dan cucu yang menguruskan jenazah di kuburan. begitu juga dnegan bacaan talqin yang di dengar begitu syahdu.

itulah pengalaman yang tak mungkin saya lupakan, kebetulan pada waktu itu saya baru saja menonton video ustaz Don, anak aset ke syurga atau neraka.


Contengan Pertama Auni..


assalamualaikum...

Malam yang hening ni, saya nak berecrita tentang anak buah saya yang sorang ni... sebenarnya,sekarang ni rindu sangat kat dia. petang tadi saya tinggalkan dia sebab pulang ke tempat pengajian. semalam, (jumaat) saya bersama dia di rumah di sungai petani, bermain, melayan etc.. umminya tak ada.. tapi, asyik batuk-batuk saja. geram juga dengar auni batuk tu. bila malam, tidur golek-golek atas lantai sampai jadi pusingan lengkap 360 darjah..haha auni ni la...


ok, berbalik pada entry di atas, contengan pertama auni yang saya snap di buku IP EDU 3106 yang telah menjadi tempat contengan auni. contengan ni, auni buat masa cuti CNY tempoh hari. sejujurnya, saya seronok tengok perkembangan auni yang dah boleh pegang pensel. auni, memang tak boleh tengok buku. kalau tengok orang baca buku mesti dia nak baca juga. normal la bagi budak-budakkan? tapi, perubahan yang sedikit tu membawa seribu makna kepada sesiapa yang bersama si kecil tersayang...

ralat: petang tadi, auni lemah sangat. semoga cepat sembuh sayang...

Monday, January 23, 2012

Selamat Ulangtahun Ummi..








Assalamualaikum...

Tajuk entry saya harini, "Selamat Ulangtahun Ummi'.. sebenarnya birthday ummi ni 30 Dec haritu..tapi saya tak sempat nak post. Now bila tgk FB ummi baru teringat..so, saya nak post larh skg ni... Masa dapat taw birthday ummi, saya agak kaget sebab tak tahu, apa yang patut saya ucapkan. maybe it is my first time i want to wish happy bithday for my UMMI.. so, fikir-punya fikir saya post ini kat FB ummi..



You are the sunrise that shines in my life day after day after day. I wonder what I would have done without you. Happy birthday, dearest UMMI!


memang ucapan itu ikhlas dari hati saya.. selepas tu, memikir pulak pasal hadiah..hadiah apa la yang saya nak bagi kat ummi.. kak su cakap, saya ni orang yang klasik. namapak garang tapi sebenarnya jiwang... hehe..tq kak su sbb sedarkan fika realiti ni.. saya suka bagi hadiah kat orang, bila tengok, orang tu akan ingat kat saya.. memoland la kononye... so, saya decide nak bagi photo album, yang mana dalamnya, saya letakkan potrai ummi dengan famly, student dan semestinya dengan saya la kan.. so, saya ada sertakan sikit la gambar-gambar yang saya muatkan dalam photo album hadiah untuk ummi...





Semoga ummi sentiasa bahagia dan ceria...
selamat dapat menantu baru..and looking forward 9 month..
jadi opah!!! hehe... happy anniversary UMMI dan Abah...

Tuesday, January 17, 2012

1st Entry 2012


Assalamualaikum...

emmm agak lama juga ya, saya menyepi dari blog kesayangan ni.. bukannya apa, masa cuti sekolah tu, saya ada di kampung. Bila di kampung, tak ada internet, dan sebenarnya malas juga nak buka laptop..hehehe.. apa yang saya nak cerita ni ya... emm masa cuti, tak ada apa sangat yang menarik, saya cuma jadi pengasuh seperti biasa. and of course, saya sangat sukakan pekerjaan ini.. alhamdulillah... tapi, faham-faham je la, bila dah lama sangat mengadap si kecil tu, bila sampai time nak berpisah tu, memang drama air mata la..sedih, rindu..semua ada..aduhh sayangg...

Cuti CNY dah dekat, and semsetinya saya akan pulang berjumpa si kecil tu..memang tak sabar.. oh yea! terlupa pula, 18 december 2011, saya dapat anak sedara lagi sorang..lelaki taw..sangat ciut or comel.. hehe..namanya:


Muhammad Zarif Naufal

he is a son of my sister : Noraini ahmad and my brother in-law zulkifli (abg zul).. alhamdulillah... rezeki lagi...besar lagi keluarga abah.. **bila pula time saya ye? wink wink**

menanti detik untuk di lamar? huhu..ummi pernah cakap, "saat seorang gadis minta untuk di sunting, maka terlaksana sudah tugas ibu membesar dan mendidik anak gadisnya...
once you are purpose by your mr right, it will complete my duty.. and of course u my daughter!
ok tak quotes ni? hehehe

emmm masa cuti ni, ramai juga senior yang telah menamatkan zaman bujang mereka.. syukur..ringan jodoh masing-masing.. :) suke kan dengar orang dah kahwin.. dan saya juga, ada lagi satu undangan sebagai pengapit!! oh no.... the date 20 may 2012.. im so sorry ida.. i cant fullfil your dreams.. huhu... exam time tu sayang... its, ok, i will become your clamps pihak lelaki nanti yer...

so, ape lagi yer, emmm pastinya, semester ke 5 ni, saya semakin sibuk.. dan tersangat sibuk.. however, i will pray and ask for forgiveness from Allah.. hope i manage to go trough this semseter with flying colours kan!!

so, till here...next time i update lagi ok...lets go to sleep.. ready for 1st KRS interaction. Finghting for Leftenan!!!

Assalamualaikum....

Wednesday, November 9, 2011

~~IBU~~

Sajak Buat Ibu

ibu...
dikeheningan malam sunyi
terkenang daku akan pemergianmu....

dibuai sejuta kenangan manis
disiram segar...subur kasih penuh rindu
mengiringi pemergianmu....

ibu...
sejuta keampunan kupinta darimu
buat penghapusan dosa insan kerdil ini....

buat menebus kekurangan
melayani hayatmu
buat melunas hutang jiwa...
seorang anak terhadap ibu...

oh ibu....
kutinggalkan jasadmu di kuburan ini
namun, izinkan aku bawa pulang
kasih sayangmu....

izinkan aku bawa
bersama semangat dan doamu
izinkan aku bawa pulang berbekal...
keampunan dan redha mu ibu...

doakanlah aku ibu...
agar bersemangat
menyambung amal ibadahmu...
berbekal akal, ilmu dan iman...
yang engkau ajarkan dulu....

ya Tuhan...
ku titip jasad ibu untuk dikau rahmati.
ku pinjam jiwa kental
dan kasih sayang ibu...

buat bekal hidup yang berbaki
ku rayu keampunan Mu
segala dosanyan ya Robbi...

hidayahkan aku apa saja
demi menebus dosa ibunda.....

biar nyawa, harta dan jiwa ini
jadi galang gantinya.
janganlah kau siksa dia wahai tuhan....
aku pohon, aku rayu pada Mu
setulus jiwa
Rahmatilah, Kasihanilah Dia.....
Sepertimana ia
mengasihi aku sejak kecil...

ya Allah ya tuhanku...
aku berpegang pada janji Mu,
janji rasul Mu...
Izinkan aku menyambung amal ibu..
izinkan aku memenuhi
tawaran janji mu....

demi ibu ku...
demi ibu ku...
demi ibu ku...








Thursday, March 31, 2011

entry ape??

assalamualaikum...

semalam, sy xbuat ape2 entry pun kat blog ni..sibuk la..siapkan laporan SBE aritu... esok kne antar..alhamdulillah dah siap semua...walaupun masa nak print kat first copy td ade msalah skit tp smua dah settle.. thanks to my clasmate merangkap my housemate fasha, wana and azie.. and very important to iza mokciktulip.blogspot.com and malin cikafiqah.blogspot.com sbb sudi anta laptop sy...

semalam and harini, sangat rindukan auni and din.. so, smlm call la kakak nk ckp dg din. pastu kakak cakap sy ni macam taw2 ja addin rindu kat saya. sbb dia baru je tanya, umi, mak su tak balik ka. abang rindu kat maksu... abang, maksu pun rindu abang jugak..huhuhu..tunggu next week maksu balik taw...

then kakak cerita lagi.. auni sekarang dah pandai and makin chubby.. adoiiii tak sabarnye nak tengok auni... kakak cakap, pagi-pagi time anta pg rumah mama (pengasuh), mengepak nak paergi..sikit pun tak nangis. pastu bila kol 3, dia dah taw umi nak datang jemput.. dok tunggu je... suke sangat kat auni ni.. almaklumlah, budak-budak..sape yang tak suka kan...hehe..biase la tu kan...

p/s: tak sabar nk tunggu famly gathering bln 5 ni...

Sunday, March 27, 2011

rindu sangat!!!

assalamualaikum...

saya sangat bersyukur kerana masih diberi keizinan olehNya untuk bernafas lagi pada pagi ini.. sebenarnya, sejak malam tadi, saya sangat rindukan 2 orang buah hati saya. rindu yang tak tertanggung saya rasakan kepada anak buah, auni dan khairuddin... tersangat rindu... kadang-kadang hati berbisik juga, anak sedara sudah rindu mcm ni, nanti kalau ank sendiri mcm mana agaknya... rindu rasa nak peluk cium, dukung, bersembang dan melayan keletah auni dan addin.. rindu seorang ibu saudara..kalau ikutkan hati, nak balik jumpa sekarang jugak tapi, masa tak mengizinkan dan bebanan tugas telah membataskan semuanya. sabar la hati....



.::AUNI SYAHMINA::.

Auni syahmina, nama yang saya dan kakak pilih semasa di hospital. boleh dikatakan nama pada pandangan pertama la..hehe... kelahiran auni memang tak disangka sebab kakak sy masih lg blaja dan nk abis dah tahun ni.. so, masa sarat tu, saya tggu kakak la...and masa saat2 akhir nk melahirkan auni, saya ada bersama kakak, cuma tak ikot masuk dalam labour room je... masa tu, kesian sangat kat abng auni, khairuddin, sebab rasa macam tak bersedia lagi utk dia jadi abang... tapi, tu semua telah di tentukan Allah, kita sebagai manusia kena redha... bila auni dilahirkan, saya agak sibuk masa tu sebab kena uruskan addin dan keperluan kakak. kebetulan kakak berpantang di rumah ibu mertua, jadi saya tak lah kekok sangat. saya belajar semua tentang penjagaan bayi, nak pula, saya tak ade mak, dan pengalaman ini sangat berguna untuk saya... bersyukur sangat.. saya belajar semua cara, dari menukar pakaian, mandi, pakai pakaian dan memberi makanan... kini, auni dah 3 bulan lebih, seronok melihat dia membesar, walaupun tak sepenuhnya di hadapan saya, tapi saya melihat setiap perkembangan auni.. sekarang dah mkn nestum, dah boleh meniarap... ahhhh!!! lega maksu rasa tengok auni semakin comel... maksu sangat sayangkan auni, dan juga yang lain... bezanya, auni membesar di depan mata maksu... maksu doakan auni cepat membesar dan sihat, menjadi anak yang solehah dan pintar.....



.::KHAIRUDDIN::.
dengan costume yang tak sabar nak ke sekolah

ermmmm....khairuddin ni lain pulak cerita. masa dia lahir, saya tak tengok, tapi mula dari usia 7 bulan saya dah bersama khairuddin.. dia pun mcm auni jugak..hehe..sangat rindu, masa sy kat PLKN dulu, rindu dia mcm ni jugak...addin juga membesar depan mata saya. and sekarang ni dah 4 taun, dah pg sekolah pun.. perkembangan addin sangat membanggakan..dalam usia 4 taun, dah boleh hafal ayat2 lazim.. alhamdulillah.. semoga addin menjadi anak yang soleh taw... hehe.. tak banyak sangat cerita pasal addin ni..kalau cerita, x muat page ni..hahahaha....
ok, next time kite tulis lagi ea. xlarat dah nak taip..ok...bye....rindu semua!!!!


p/s: maksu sayang semua anak2 saudara maksu.


Saturday, January 1, 2011

maksu dan auni syahmina



Assalamualaikum…

Lama juga tak bertandang ke blog ni…almaklumlah, sibuk sangat jaga baby.. Saya dapat anak sedara baru 5 DEC 2010 haritu…memang teruja sangat sebab dapat jaga kakak dalam pantang.. and paling teruja sebab nama baby tu saya yang bagi… AUNI SYAHMINA….lembut dan pintar… sepanjang kakak dalam pantang, saya yang jaga kakak tapi ade mak mertua kakak la… and now, saya dah boleh mandikan baby and setelkan urusan dia..da bole handle baby…memang suka sangat… 1st experience… buat kenduri berendoi, ade orang berdah..memang best… kadang-kadang terfikir juga, masa zaman anak saya lahir nanti ade lagi tak budaya yang macamni… best sangat… apepun, thanks to all sebab bagi saya rasa pengalaman ni….

Saturday, December 4, 2010

siapa saya???



Siapa saya?? Saya yang selalu merepek kat blog ni…nama saya norshafiqah ahmad.. muda lagi.. still single..hehe.. saya anak ke lima dari 5 orang adik beradik perempuan. Semua perempuan, tak ade lelaki. Tapi sekarang ni ade la abah+abang ipar 2 orang ang 2 orang anak sedara lelaki. Best kan ade orang lelaki dalam famly..hmmmmmr …. saya sebenarnya lahir di Jerantut Pahang. Tapi membesar di Negeri Kedah Darul Aman lagi kaya ini..haha..kaya ke?? Mak saya dah meninggal masa saya umur 2 tahun. After that, saya and kakak2 di jaga oleh nenek di Kedah. Tapi, masa darjah 3 saya balik sekolah di Pahang sampai la abis SPM…

Memang susah rasanye hidup tak de mak ni. Semuakena buat sendiri. Jeles pun ade bila tengok kawan2 ade mak, bole masak macam2 kalau nak makan. Tapi saya tak pernah rasa semua tu.(mula rasa nak nangis dah ni). Masa awal2 dduk di Pahang dengan abah, stil ade kakak, tapi semua kena buat sendiri. Sy still ingat masa darjah 3 terkial2 iron baju, basuh baju sendiri…tapi tu semua kenangankan… sangat rumit, saya memang tak taw langsung tentang hal-hal orang perempuan. Duduk pula di Felda, memang minda tak berapa berkembang (pada masa tu) sebab abah jarang di rumah dan semua buat sendiri. Masa darjah 6, saya mengalami fenomena yang sama seperti gadis2 lain. Saya tak tahu apa2, jadi ada seorang cikgu yang tolong saya. Sampai sekarang saya masih ingat cikgu tu. Walaupun terpisah, tapi sekarang dah bertemu semula. Sangat seronok..

Tapi kan, walaupun xde mak, adik beradik saya semua Berjaya ke menara gading..alhamdulillah…kakak yang 1st skg ni jadi surirumah tangga yang setia untuk keluarga dia…ermmm akak yang kedua dulu belajar di MPI sekarang ni jd cikgu and graduate From OUM.. yang 3rd graduate dari KUITTHO bachelor (hons) in civil engineering and sekarang ni jadi engineer di kedah. Akak yang keempat graduate dari UUM bachelor in interpeneurship. Skg ni keje kat KL.. and saya, insyaallah lagi 4 tahun Ijazah Sarjana Muda Perguruan (kepujian) sekolah rendah PK/BM/PJ/BI… insyaallah..mudah mudahan Berjaya semua anak abah….

Kemudian saya melangkah ke tingkatan 1, di sekolah di kampung saya. Bila masuk sekolah menengah, saya rasa sangat bersemangat sebab saya mengalami masalah dalam bahasa inggeris semasa sekolah rendah. Result UPSR saya biasa saja…masa tu saya 1st batch PPSMI, so mmg saya grab the opportunity belajar BI dgn bersungguh2. Start from that, BI and BM always is at the first ranking in my mind. Saya membesar sebagai seorang remaja tanpa seorang ibu. Hanya guru2 yang menjadi penunjuk ajar kepada saya. Bila di sekolah menengah, seorang usatazah yang menjadi ibu saya. Saya sangat sayangkan dia dan seorang guru biasa yang sekarang ni menjadi ibu angkat saya ‘umi’. I love them so mucchhh!!! Ada satu peristiwa hitam yang membuatkan saya hilang arah. Masa tu, kakak2 semua jauh dan hanya ustazah dan umi yang menjadi pendorong saya, penguat semangat saya. Seriously, memang ia mencabar saya, kekuatan, keimanan dan kesabaran. Alhamdulillah, sekarang saya dah bebas dari sejarah hitam itu. Masa PMR saya tak juga mendapat keputusan yang baik. Sebab masa tu saya tak suka subjek mathematics, jadi result saya ckup2 makan je… sy still ingat pesan abah, adik kena ingat, adik beradik kamu semua perempuan, tak ada sape2 yang boleh bela hampa adik beradik kalau abah tak dak nanti. Cuma ilmu je yang boleh jadi bekalan untuk hampa nanti. Itu kat2 semangat yang menjadi bahan bakar dalam diri saya… [abah cakap ni masa form 5] hihihi…

Result m3 sy tak ok. Then, saya pilih untuk belajar di kelas ekonomi dan bukan kelas sains. Tp, saya percaya ini semua ada hikmah yang tersembunyi. Mmg saya fight for the best and start dari form 4 until SPM, saya always top 2 with my bestfren…masa tu saya rasa tercabar sangat sebab cikgu suka memandang rendah pelajar alran kemanusiaan dan hanya banggakan pelajar sains. Pada saya, semua yang kita belajar ada tahap kesukarannya, terserah pada kita samaada nak berusaha atau tidak. And now I’ve proved to all my teachers saya dah Berjaya. Walaupun saya bukan best student SPM, tapi result saya yang terbaik antara semua dan ia melayakkan saya untuk memohon apa saja institusi yang saya nak. Everything goes like what I’ve planned before.

Lepas je SPM, saya terus balik ke kedah,, say kat sini..saya ambik kelas spoken English…after that, saya pergi PLKN di Kulim. Abis je PLKN saya pergi CFS IIUM di Nilai.. dok kat situ sebulan je…and now saya study di IPDA Jitra Kedah…cos PK BM/PJ/BI. Macam tak percaya saya boleh ambik cos BI. Dulu, cousin saya pernah cakap saya tak boleh tengok cerita orang putih sebab saya tak faham BI. And now, dari kata2 dia saya dah berada di tahap ni… macam2dugaan yang saya hadapi and ada juga orang yang mungkin tak faham dengan diri saya. Karakter saya, dipengaruhi oleh kehidupan saya dahulu. Adak kawan yang dating dari keluarga yang penuh dengan kasih saying, ada yang datang dari keluarga yang berpecah belah dan ada juga yang datang dari keluarga seperti saya. Kami semua mempunyai karakter yang berebeza.

Di maktab, saya masih spt dahulu. Suka berkawan dengan orang yang lebih berusia. Pensyarah, ada juga yang rapat dengan saya yang boleh saya buat bergurau and ‘bermanja’ NGEEEE…. Itu lah diri saya dan kadangkala, perangai saya sukar diduga. Memang senang orang cakap cuba adapatasi dengan kehidupan baru. Tapi tak semudah tu, orang tak pernah rasa kesusahan yang kita alami dan tak melihat semua tu. Tp macam manapun saya cuba adapatasikan dengan kehidupan baru saya. Sekarang saya tinggal di Kedah bersama kakak dan menjadikan Pahang sebagai destinasi percutian hjung tahun…hehe… sesungguhnya, kesusahan yang saya alami dahulu menjadikan saya lebih dewasa dan lebih tabah. Saya tak nak anak2 saya merasa kesusahan tanpa kehadiran seorang ibu di sisi. Tapi kta hanya mampu merancang tapi tuhan juga yang menetukan segalanya….

Akhir sekali saya nak cakap, yang saya sangat sayangkan abah saya, walaupun jauh abah tetap dalam hati adik… adik sayang abah.. terima kasih abah atas segala pengorbanan dan sokongan yang abah berikan selama ini… I love u sooo much abah!!!



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...