Selamat Membaca Sahabatku..

Showing posts with label KRS. Show all posts
Showing posts with label KRS. Show all posts

Friday, January 4, 2013

Dinner KRS

assalamuallaikum....

aish lama sungguh saya tak menjenguk blog ni..anyway, bukan ramai sangat org yang tengok blog ni.. tapi, tak apalah, sekadar perkongsian hidup saya. siapa tahu, satu hari nanti anak-anak saya akan baca apa yang telah saya coretkan. mungkin tak semuanya saya boleh ceritakan kepada mereka. jadi, dengan blog ni mereka dapat tahu siapa saya..

baiklah, untuk entry ni, walaupun dah hari keempat di tahun 2013, saya masih ingin mengimbau kenangan apa yang berlaku pada tahun 2012 bersama KRS. sebelum ni, dah saya post saya dapat leftenan. sekarang ni pula adalah cerita semasa dinner KRS di hotel Holiday Villa Alor Setar.. for the dinner ceremony, my fren lily, and was entrusted to handle the program. so that, kami berdua ke sana sini la mencari hotel and sesuai dengan bajet yang diberikan. memang mencabar sangat la. tp alhamdulillah semuanya berjaya..

for that night, i become the emcee with amer kazuma and we have a good cooperation to handle the program.. here da picture:


ok, then majlis mula..bla..bla..bla..makan ..makan..dan makan... alhamdulillah the was very delicious!! nyummy..hehe...mai sini tengok gambaq ja noh...


pencuci mulut kot??


ni pembuka selera..hehe

ok....rasanya xde apa dah nk cerita ttg Diiner KRS..so tengok1 la gambar kenangan kami di sini... 
darah satria!!

hadiah yg ala kadar jee

king of the nite!
SKPL 2012


kawan semeja..

queen of the nite!! ila...




tq sbb sudi baca... :)



Wednesday, September 19, 2012

Leftenan Krs Norshafiqah Ahmad

assalamualikum...

dah lama rasanya tak menulis di sini.. sibuk mungkin.. sekarang saya sedang menghadapi hari-hari akhir di  Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama Aloe Setar Kedah.  hari-hari terakhir praktikum fasa II di sini. sangat seronok dan banyak pengalaman yang dapat saya timba di sini.

baiklah, bukan itu yang sebenarnya ingin saya ceritakan, sebenarnya saya nak cerita yang sekarang saya sudah mendapat pangkat Leftenan KRS. tahun lepas, saya dah dapat pangkat leftenan muda, tahun ini naik satu pangkat lagi. emm bukan mudah, macam2 halangan yang dah saya tempuhi. tapi alhamdulillah, semuanya berjaya dan rakan-rakan saya juga dah berjaya!!!!!!!!!!!!

Tuesday, June 5, 2012

ekspedisi Berakit SKPL 2012

assalamualaikum....

pembuka bicara entry saya pada kali ini. lama juga tak menulis di blog ni. kekangan waktu yang menyebabkan saya jarang uploadkan entry di sini. dalam tempoh ni, banyak juga perkara yang saya lakukan. antaranya, pada 24 hingaa 26 april lalu, saya dan rakan lain telah menyertai satu ekspedisi berakit di Sungai Baling hingga ke Kupang. jom baca sedikit cerita tentang  ekspedisi berakit ni..okeh!!

************************************************************

       Program Ekspedisi Berakit Skim Kenaikan Pangkat Leftenan Institut Pendidikan Guru

Program disertai oleh 25 orang guru pelatih Skim Kenaikan Pangkat Letfenan (SKPL) IPG Kampus Darulaman bersama 5 orang pensyarah penasihat Kadet Remaja Sekolah (KRS) IPDA, serta 6 orang pegawai KRS Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta 2 orang pensyarah pemanatau daripada IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Islam. Ekspedisi ini diadakan di Sungai Baling hingga Sungai Kuala Ketil. Ia merupakan aktiviti yang perlu kami jalankan bagi memenuhi proforma kurus lanjutan Skim Kenaikan Pangkat Leftenan dan dijalankan hasil kolaborasi bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Memandangkan kumpulan kami adalah kumpulan pertama @ pioneer, maka segala aktiviti yang kami jalankan akan dijadikan bukti kurusus dan modul kursus ini pada waktu akan datang.

         Program selama 3 hari 2 malam (24 mei -  26 mei)  ini di mulakan pada hari khamis 24 mei di kampung Bawah Gunung Baling, Kedah. Oleh kerana, guru pelatih terlibat dengan peperiksaan semseter, maka perjalanan dari IPDA dimulakan pada jam 6.30 petang dan tiba di lokasi pertama pada jam 9.00 malam. Selepas berehat dan memeriksa alatan berakit, tepat jam 11.00 malam kami memulakan proses menyediakan rakit tersbut. Rakit di bina mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Terdapat 7 buah rakit yang dibina termasuklah 2 rakit pensayarah dan pegawai KRS JPN Kedah. Setelah hampir 2 jam membina rakit, hujan telah turun di kawasan tersebut dan kami terpaksa memberhentikan kerja-kerja membina rakit. Bagi kumpulan yang tidak sempat menyiapkan rakit tersebut, kerja membina perlu di sambung keesokan harinya.

         Oleh kerana, tiada khemah khas untuk tidur, maka kami terpaksa menumpang di rumah orang kampung bagi mendapatkan tempat berteduh kerana cuaca hujan dan keadaan yang sejuk. Terima kasih kepada penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama kepada kami.
         Setelah berehat, keesokan paginya, pada jam 8 pagi kami telah bersedia dengan rakit masing-masing untuk memulakan ekspedisi tersebut. Pada awalnya, kami perlu turun ke dalam air, dan cuba merasakan kelajuan air tersebut. Ternayata air memang laju dan arus yang deras hampir menghanyutkan beberapa peserta. Mungkin kerana hujan pada malamnya, ia telah mempengaruhi arus air pada hari tersebut. Tepat jam 9.00 pagi, rakit mula bergerak dan meninggalkan ‘cekpoint’ pertama.

         Setelah melalui  perjalanan yang mencabar dengan batu yang besar dan tajam serta arus yang deras, akhirnya pada jam 1.30 tgh hari, kami behenti berehat di perhentian kedua iaitu gua kelambu berhampiran Pulai. Di sini, kami perlu menyediakan makanan tengah hari dengan mempraktikkan masakan survival yang telah kami pelajari. Menu yang sederhana hanya dengan nasi bersama sardin, menjadi enak dek keletihan berakit. Pada waktu ini, pensyarah dan pelajar sama-sama menikmati juadah yang disediakn mengikut kumpulan berakit. Tiada diskrimasi pangkat lagi, semuanya sama sahaja. Menikmati dan dan berada di tempat yang sama.

     Setelah berehat dan menunaikan solat, pada jam 3.30 petang, kami memulakan semula ekspedisi berakit. Jika sebelumnya ialah kawasan berbatu, tetapi kini kami menempuhi kawasan air tenang tetapi dalam serta banyak pohon buluh yang menghalang perjalanan. Dua trek perjalanan yang berbeza, tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada kami yang baru belajar mendayung rakit. Di sini, kami dapat melihat kerjasama antara kumpulan yang sangat tinggi, serta mendengar arahan yang diberikan oleh ketua atau kemudi rakit. Perjalan kedua ini ditempuhi dalam tempoh yang lama iaitu hampir 5 jam apabila, ekspedisi berakhir pada jam 8.30 malam di Kupang.

    Mengikut perancangan awal, ekspedisi akan di sambung sehingga ke Kuala Pegang pada keesokan harinya. Tetapi atas nasihat pendudukan kampung dan mengambil kira faktor keselamatan, ekspedisi tersebut telah dihentikan. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua peserta. Setelah berehat, keeseoka paginya,  kami telah bekerjasama mengemaskan barang-barang untuk pulang ke IPG KDA.
   Pengalaman ekfspedisi berakit pada kali ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana ia adalah pengalaman yang sangat bernilai dan sukar untuk di perlolehi di lain waktu. Melalui kursus ini, peserta dikehendaki mentadbir, mengurus dan mengelola aktiviti tertentu dengan berkesan dan sistematik. Semua peserta yang terlibat untuk memperolehi Skim Kenaikan Pangkat Leftenan hendaklah melaksanakan aktiviti – aktiviti yang berbeza  


      Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada peserta mendalami dan mempelajari bagaimana untuk mengelola sesuatu aktiviti dengan menggunakan ilmu yang telah mereka pelajari. Justeru, aktiviti berakit merupakan salah satu aktiviti yang harus dijalankan oleh para peserta yang terdiri dari Leftenan Muda KRS IPG Kampus Darulaman. Di harapkan program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan guru yang bukan sahaja dapat mengajar tetapi mempunyai jatidiri yang unggul serta sifat kepimpinan tinggi. 



























   











- Skim Kenaikan Pangkat Leftenan IPG 2012-



Thursday, May 10, 2012

Saat-saat genting

assalamulaikum...

tak ada apa sangat yang saya nak update.. cuma apa yang boleh saya kayakan buat masa ni, keadaan saya sangat genting dan jiwa saya tak keruan memikirkan tugasan tanggunjawab dan tugasan yang diberikan.  minggu depan, saya akan menduduki peperiksaan bagi semester 5..


tapi, dalam tempoh itu saya perlu bersama-sama rakan lain untuk Aktiviti Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kota Setar & Kubang Pasu 2012.. memang sibuk,tapi ni semua pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan.. insyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami..



ok, untuk makluman juga, esok saya akan bergerak ke AIMST University untuk Lawatan WAJIB kursus PJM 3112. tiada apa yang dapat saya ucapkan, hanya berdoa kepada Allah, semoga saya diberi kekeuatan kepada saya dan juga teman seperjuangan...

Thursday, February 9, 2012

Task kedua Kenaikan pangkat-->Leftenan


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

tadi, jam 1.30 pagi, saya baru pulang dari Perkhemahan BIG dan KRS KPLI PPC Ambilan Ogos 2011..(di update semula ssebab penat sangat malam tadi). ia telah berlangsung dnegan jayanya di Kem Sri Banai IPG KDA. Perkhemahan ni menjadi perkara wajib untuk saya sertai bagi Skim Kenaikan Pangkat Leftenan KRS. bagi skim ini, saya perlu menyertai 4 aktiviti penting KRS. Pertamanya, setiap minggu saya akan melatih kumpulan DPLI-GSTT yang akan ditauliahkan menjadi Leftenan Muda. Saya berada di dalam kumpulan Alpha. tapi itu cuma untuk 3 minggu yang lepas. bagi minggu selepas ini, saya dan Tuan KRS akan bergilir turun padang mengikut minggu kumpulan masing-masing.

Seperti yang saya katakan, saya perlu menyertai kursus wajib iaitu sekurang-kurangnya 7 hari perkhemahan atau 2 kali perkhemahan. jadi, saya telah menyertai 1 perkhemahan. masih ada satu lagi perkhemahan iaitu perkhemahan PISM dan DPLI-GSTT. tapi, sebelum itu saya perlu menyertai satu program survival di sebuah pulau di negeri PERAK. Bila dengar tu agak takut juga la kan. tapi, percayalah, mesti boleh buat...

berbalik kepada perkhemahan PPC ni, sanagt banyak pengalaman yang saya dapat. kenangan yang ada, tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Pada hari pertama perkhemahan, saya telah melapor diri di kem pada jam 5.00 petang. Kemudian, pengagihan tugas telah di lakukan oleh pengerusi iaitu Kopezzz.. Saya telah ditugaskan untuk menguruskan 'Blind Trail'. memang sangat pemncabar kerana semua ahli kumpulan saya tidak mempunyai pengalaman membuat laluan blind trail. tp, alhamdulillah hasil dari usaha semua, kami berjaya membina satu laluan blind trail yg sangat adeventure..h0h0.. memang terbaekkk la kan... ade pengalaman menguruskan peserta ni, tapi tak perlu la saya ceritakan kerana ia akan mengaibkan sesetengah pihak.. semua kerja-kerja selesai pada jam 2.30 pagi. pulang kerumah sewa.. sangat mengantuk okeh. esok pergi kelas macam biasa. dan menjadi rutin, mengambil secawan NesCafe Classic..chill okeh!

Malam kedua, ada pula aktiviti orienteering. tapi, bukan saya'TOKE' aktiviti ni. bagi aktiviti ini, ia telah diuruskan oleh Hafizah bersama Tok a.k.a IZwan Rospi. saya cuma tolong pasang 'Blazer' je..hehehe.. pengalaman yang saya dapat bagi aktiviti ini ialah, kesabaran dan ketelitian dalam membuat bearing dan langkah. silap sikit je tersasar jauh. susah kan.. tp masih lagi boleh buat.. apa yang penting? kerjasama... oleh kerana fasilitator lagi ramai dari perserta iaitu seramai 18 orang dan fasi seramai 25 orang jadi oerienteering dijalankan secara individu dan diiukuti oleh fasilitator. ikut je, tak boleh tolong...hehe.. alhamdulillah, semuanya berjaya selesai dengan jayanya..

aktiviti seterusnya iaitu 'Night Walk'. aktiviti ini sebenarnya last minute planning oleh Tuan Man. Dan laluan bagi aktiviti ini telah di setup oleh dua individu ini iaitu Daneng a.k.a Danish dan Ismat. Good job Bro! lalun untuk night walk ni kat tepi pagar maktab je. or lebih tepat, kat tepi highway ni je ha..Dengan kerjasama dari pak cik guard, lampu di kawasan asrama di tutup. Kawasan agak gelap di situ.. jadi, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. iaitu yang pertama akan bertugas sebagai tenaga pengajar di Kem Sri Banai dan kumpulan kedua sebagai 'Hantu' yang akan mengganggu peserta.haha..**gelak jahat di situ**. Jadi, sapa yang jadi hantu akan bergerak pulang *konon-konon* je la.. untuk ke tempat night walk, kami berlari-lari sambil menyorok di dalam longkang merentasi padang untuk ke hujung pagar. sangat penat w00... kemudian mengambil posisi masing-masing. saya pada mulanya, bersembunyi di sebalik pokok bersama senior, atlast pergi meniarap di atas tanah. haha..memang tak nampak la.. gelap.. macam-macam aksi yang dapat tengok masa jadi hantu. ada yang bernasyid, jalan laju tak tengok kiri kanan, menjerit cari tali, jalan buat slamber. macam-macam la.. takk kurang juga yang terkejut then tanya plak, sape tu? hahaha..lawak o... selesai semua, jam 3.30 pagi.. seperti biasa, pulang ke rumah sewa dan bersedia untuk kelas keesokan harinya.

hari ketiga, tiada apa aktiviti berat. cuma selepas malam kebudayaan, kami perlu memantau permainan 'Road Relay' yang di lakukan oleh peserta. di sini dapat dilihat perbezaan antara kami PISMP dengan KPLI. kurang sikit semangat kesukanan or tak support satu sama lain. tapi, tak pela kan.. dah selesai pun. tapi, sebelum terlupa, masa malam kedua, sebenarnya kami para Lt Muda telah dinilai oleh penilai dari Pensyarah IPTI iaitu TN. Saniq dan lagi sorang. *Maaf tak kenal, tak sempat nak berkenalan*. mereka ialah orang kuar KRS IPGM. terima kasih tuan kerana sudi bersama kami di Kem Sri Banai IPG KDA.

Malam ketiga telah berakhir, bermakna tugas kami juga telah berakhir.. masih ada 3 lagi task untuk diselesaikan.. terima kasih semua geng-geng KRS kerana telah bekerjasama dengan baik.. semoga kita berjumpa lagi di lain sesi... assalamualaikum..

Wednesday, January 18, 2012

KRS Interaksi pertama

Assalamualaikum...

Macam yang saya katakan semalam, harini saya ada interaksi pertama untuk KRS.. masa mula-mula sampai kat GERKO, memang berdebar-debar la tengok geng DPLI yang ramai tu... macam tak percaya yang saya akan latih mereka ini. takutkan? tapi, selepas dibahagikan kumpulan, dan dapat geng yang best, alhamdulillah..saya semakin yakin..

rasanya, kalau tak ada apa-apa halangan, saya akan cuba habiskan juga kursus Leftenan ni. insyaallah kalau ada rezeki kan? kalau tak ada rezeki, anggaplah ia sebagai ujian daripada Allah.. dan yang paling penting dapat pengalaman..tu yang penting kan...

thanks to KRS members for giving me a chance, opportunity and cooperation to join this course again... love u all lah!

Assalamualikum...

p/s: ready untuk test PJ esok...:)

Friday, November 25, 2011

Jom Ke FELDA

Assalamualaikum…

Apa khabar ? harini saya nak buat entry tentang program ‘JOM KE FELDA’ yang saya baru join 2 hari lepas. Program ni adalah program anjuran Majlis Rukun Negara. Program ni juga kesinambungan dari program ‘JOM KE DESA’ tahun lepas. Tapi saya tak join program tu. Bagi program kali ni, saya telah terlibat kerana berada di bawah pasukan KRS IPG KDA. Jadi saya dan ahli KRS yang lain perlu lakukan kawalan kehormat dan kawad formasi. Itu untuk MUKADIMAH je taw… hahaha..




Mengikut KERTAS KERJA ynag telah dibentangkan *cewah* IPG KDA adalah tuan rumah. Jadi kami diberi hak untuk membawa 80 orang peserta. 40 orang peserta KRS, 40 orang lagi adalah penari, pembawa bunga manggar dan pengacara. Tapi, untuk kumpulan pertama bergerak adalah kumpulan saya iaitu seramai 56 orang menaiki sebuah bas. *bayangkan*… Perjalanan selama 1jam stengah bagai tak terasa, sebab tidur sepanjang perjalanan.hehe..Bila sampai je, makan, kawad, then buat kerja.. angkat-angkat barang… angkat semua kerusi, susun kerusi, macam-macam la.. latihan kawada tengah panas, muka burn sangat..memang ketara..haha..bersihkan kawasan bila petang. Pastu siap-semua kerja, btolak balik ke PENDANG lake Resort jam 6.30 petang. Sangat penat kan. Bila sampai kat sana, makan, masuk dorm. Rasa tak sabar nk baring. Tp mlm tu ada roll call. Huh..penat dowh… pagi esoknye, ade taklimat pulak. Tp xpe, pergi je la.. lepastu, siap-siap bertolak ke Felda. Kami kena sampai dulu, sebab nak buat last rehearsel..










HARI PERTAMA….





Bermulalah kisah kami disini… setelah selesai persembahan dan segala mak bagai tu, saya telah diisyitiharkan untuk menjadi anak angkat keluarga no 58 Che Miah bt Daud. Sy, dua orang je dengan seorang lagi pelajar IPG KRM, umageswary… selepas selesai upacara, kami pulang ke rumah dan berehat… kerana, sebelah malamnya, ada ceramah dengan ustazah Nazrah di Masjid..




HARI KEDUA….

Acara pagi dimulakan dengan Senam Seni yang telah diketuai oleh group PJ PARAGON. Pagi tu, ada VIP, Datin Salbiah. Memang best r.. ade game futsal, bolla tampar dan bola jaring. Guru IPG vs Belia Felda. Memang sah-sah la deorang yang menang..hihihi… petang tu ada program di dewan, tapi saya tak pergi sebab penat sangat. So tertidurla…. Malam tu pula, ada tayangan ape entah. Tapi program tak jadi, sebab xde sape yg pergi sebab tengok bola, MALAYSIA lwn INDONESIA. Ala, yang MAS menang malam tu…


HARI KETIGA…..

Waktu pagi Cuma bersantai-santai dengan keluarga angkat je. Tak buat ape pun. Then, waktu petanga ade la gotong royong sikit..hehe..malam ada program.. dinner dengan orang kampung..memang meriah la kan…




HARI KEEMPAT…..

Hari pulang… sekali lagi buat kawad kaki..Cuma kawalan kehormat saje.. bye-bye FELDA LUBUK MERBAU… kami geng KRS, seperti biasa la..kerahan tenaga.. load barang, unload barang..time huja pulak tu.. naik bas balik IPDA, dengan baju yang basah dan sejuk..huhuhu.. tapi, semua dah selesai… thanks to all… luv u all mmmuaha!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...