Selamat Membaca Sahabatku..

Saturday, July 31, 2010

~~AbM oh bBm~~


Aissh tak tau la kenapa dengan pika ni...selalunya banyak je idea. untuk ABM kali ni, tak de pulak idea yang timbul..ni dah projek yang ke-3, kalau 2 projek sebelum ni melimpah-limpah idea yang datang. Untuk BBm yang ke tiga ni, my turn yang kena mengajar, mengajar tu tak susah pun tapi keberkesanan ABM kepada kelas dan lecture tu yang menjadi keutamaannya..dok fikir-fikir ni apa la yang nak buat. muka pun dah macam kartun dah ni. runsing teman...

Tapi alhamdulillah, dalam runsing dan sibuk dokbuat kerja ni, ada kawan yang datang membantu. cakap pasal kawan ni, sy sangat sayangkan kawan saya yang 3 org ni fasha, wana dan azie. Saya selesa denagn mereka, walaupun kadang-kadang tu ade gaduhnye, tapi gaduh-gaduh manje...hihihi...

Pika sebelum ni, tinggal sorang je. tinggal dengan abah sebenarnya, tapi jarang jumpa. biase la kan..tapi saya gembira dan tetap sayangkan abah saya..::)) Then, mmg banyak survive la hidup ni. Dpt ofer study kat UIA, mmg best sbb tu cita-cita saya. Then, rezki Allah nak bg lagi, dapat belajar di maktab pulak.Alhamdulillah...terima kasih ya illahi..

Bila belajar kat maktab ni, macam-macam perangai yang kita jumpa. tapi sabar je, cuba utk adaptasi dengan diri kita. memang susah untk sesuaikan semua tu, dan perubahan memerlukan masa. tapi saya tahu saya boleh. dan sekarang, saya boleh. disebabkan saya boleh, saya pelik kenapa ada orang yang mengatakan dia tidak boleh untuk sesuaikan diri. Bila berada di tempat baru, kita kena faham yang semua rakan-rakan datang dari latar belakang yang berbeza, jadi kita kena cuba faham dan menerima mereka seadanya.

Dalam berkawan ni sebenarnya, kita kena berlapang dada. terima rakan-rakan kita sebaiknya. jangan sesekali menyimpan dendam. Iklas dalam persahabtan itulah yang akan menjamin perhubungan kita. bila kita iklas, orang akan rasa keikhlasan kita. tak perlu meminta balasan. Setia, kesetiaan juga penting. kalau kita tak setia, bila-bila masa je kita akan tinggalkan kita. kepercayaan juga salah satu simbol dalam persahabatan percaya bukan bermaksud percaya 100%, tetapi jangan melakukan perkara yang rakan-rakan kita tak suka... saya sayang kawan-kawan saya...

Ingat, dalam berkawan:

BERLAPANG DADA

IKHLAS

SETIA

PERCAYA


Friday, July 30, 2010

Berhemah Dalam Menegur

Setelah puas mencari-cari bahan untuk membaca, akhirnya sy terjumpa juga artikel yang menarik ni..Berhemah dalam menegur. bagus sangat...kalau "kawan" sy terbaca artikel ni, sedarlah ye..kita nak menegur orang ni, ada adabnye...sy copy. tazkirah ni dari ILUV ISLAM.. ikhlas lah dalam mebuat sesuatu perkara, bukan dengan niat nak menunjuk-nunjuk.

‘‘Hai orang-orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasul dan kepada pemangku kekuasaan di antaramu. Maka jika kamu berselisih dalam sesuatu (perkara), kembalilah ia kepada (kitab) Allah dan (sunah) Rasul, jika kamu benar-benar beriman terhadap Allah dan hari kemudian. Itulah yang lebih baik dan lebih bagus kesudahannya.”


Firman Allah dalam surah An-Nisa ayat 59 tersebut dengan jelas memperingatkan umat Islam supaya tidak membiarkan sesuatu pertelingkahan atau perbezaan pendapat itu mencetuskan perpecahan di antara mereka.

Sememangnya dalam kehidupan ini, perbezaan pendapat dan mempunyai pandangan yang berlainan adalah sesuatu perkara yang lumrah justeru apabila ia berlaku jangan sesekali ada di antara kita dengan mudah membuat kesimpulan yang menjurus kepada prasangka kononnya ia bertujuan memburukkan sesiapa.
Allah telah mengingatkan kita dalam surah Yunus ayat 36 dengan menegaskan, ‘‘Prasangka itu tidak mendatangkan kebenaran apa pun.” Oleh itu jika tercetus sesuatu isu antara kita dan terwujudnya perbezaan pendapat atau terbentuk sesuatu teguran ia seharusnya ditangani dengan sebijak-bijaknya.

Janganlah kita terlalu gopoh ke hadapan dengan membuat andaian yang bukan-bukan atau berhujah dengan penuh emosi sehingga terwujud cabar-mencabar.

Sebaliknya teguran atau sesuatu pandangan itu perlu diteliti dan dihalusi sertai dikaji kebenarannya. Ini kerana perbuatan menegur orang yang melakukan kesalahan merupakan tindakan yang amat diperintah oleh Allah.

Firman Allah dalam surah An-Nahl ayat 125 bermaksud;


“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik
dan bantahlah mereka dengan cara yang lebih baik.”

Namun begitu sejak kebelakangan ini kita melihat semakin banyak pihak yang tidak boleh ditegur biarpun apa yang dinyatakan oleh seseorang itu mempunyai kebenarannya.

Sesungguhnya Rasulullah s.a.w telah mengingatkan bahawa sesuatu kebenaran itu perlu dinyatakan biarpun pahit dan baginda juga menegaskan,


‘‘Siapa sahaja di antara kalian yang melihat kemungkaran, maka tegurlah dengan tangannya (kekuasaannya). Jika tidak mampu, maka tegurlah dengan lisannya. Jika tidak mampu juga, maka tegurlah dengan hati. Namun, ini adalah keimanan paling lemah.”

Islam telah menggariskan dalam membuat teguran, kita haruslah berhati-hati apatah lagi jika kita cuba bertindak sebagai ‘orang perantaraan’ bagi menjelaskan sesuatu perkara.

Panduan

Tiga faktor yang digariskan oleh Islam boleh menjayakan sesuatu teguran itu ialah, pertama, tidak merendahkan ego orang yang ditegur, kedua mencari waktu yang tepat dan ketiga memahami kedudukan orang yang ditegur.

Hakikatnya, Islam memberi panduan yang jelas dalam kita memberi teguran dan bagaimana sikap kita apabila ditegur. Kita tidak harus melatah apatah lagi terlalu emosional sehingga menyebabkan kita melafazkan kata-kata yang tidak sepatutnya.

Semua itu tidak akan menyelesaikan masalah sebaliknya hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, tidak kira sama ada kita pemimpin atau tidak tetapi apa yang kita perkatakan pasti akan dinilai oleh manusia dan diperhitungkan oleh Allah.
Kegagalan untuk mengawal perasaan kita berhujah akan menyebabkan berlaku tuduh-menuduh yang kesudahannya akan mencetus permusuhan antara kita.

Tindakan ini sudah tentulah bertentangan dengan firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 103 yang mengingatkan,


‘‘Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali (agama) Allah dan janganlah kamu bercerai-berai dan ingatkan nikmat Allah kepadamu ketika kamu dahulu bermusuh-musuhan, maka Allah menjinakkan hati kamu lalu jadikan kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang yang bersaudara, pada hal dahulunya kamu telah berada di jurang neraka, maka Dia menyelamatkan kamu daripadanya. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu ayat-ayat agar kamu mendapat petunjuk.”

Hakikatnya, Islam tidak hanya mengajar etika menegur umat seagama tetapi Islam juga mengajar kita bagaimana cara menegur yang betul kepada umat daripada agama lain, tidak kita seburuk apa pun kesalahannya.

Ia terkandung dalam al-Quran melalui perintah Allah kepada Nabi Musa dan Nabi Harun untuk berkata lembut kepada Firaun seperti mana firman-Nya dalam surah Thaha ayat 44 yang bermaksud;


‘‘Berbicaralah kalian berdua kepadanya (Firaun) dengan kata-kata yang lemah lembut,
mudah-mudahan ia ingat atau takut.”

Jika dengan Firaun pun Allah perintahkan para nabi bercakap dengan lemah lembut, apatah lagi kita sesama Islam. Ertinya Allah tidak suka jika kita bercakap atau berhujah mengikut perasaan semata-mata.

Rasulullah s.a.w bersabda,

‘‘Percakapan orang yang berakal muncul dari balik hati nuraninya. Maka ketika hendak berbicara, terlebih dahulu ia kembali pada nuraninya. Apabila ada manfaat baginya, dia harus bercakap dan apabila ia boleh mendatangkan keburukan,
maka dia hendaklah tidak melafazkannya. Sesungguhnya hati orang yang bodoh berada di mulut,
ia berbicara sesuai apa sahaja yang dia mahukan’'.


Seperkara lagi dalam kita berhujah atau mempertahankan sesuatu elakkan daripada memalsukan fakta apatah lagi membuat pujian yang bukan-bukan kepada seseorang ini.

Ia disebabkan pujian yang melampau itu adalah bencana lidah (min afat al lisan) yang sangat berbahaya.

Dalam buku Ihya 'Ulum al-Din, Imam Ghazali menyatakan enam bahaya (keburukan) yang mungkin timbul daripada budaya memuji tersebut iaitu empat keburukan kembali kepada orang yang memberikan pujian dan dua keburukan lainnya kembali kepada orang yang dipuji.

Bagi pihak yang memuji, keburukan yang akan diperoleh ialah melakukan pujian secara berlebihan sehingga menjerumus ke dalam dusta, dia memuji dengan berpura-pura menunjukkan rasa cinta dan simpati yang tinggi sedangkan dalam hatinya adalah sebaliknya, ia menyatakan sesuatu yang tidak disokong oleh fakta sebaliknya pembohongan semata-mata dan dia telah menggembirakan orang yang dipuji padahal orang itu melakukan
kesalahan.
Bangga

Dua keburukan yang menanti orang yang dipuji pula ialah dia akan merasa sombong (kibr) dan bangga diri (ujub) - kedua-dua adalah penyakit yang boleh ‘mematikan’ hati seseorang dan keburukan kedua, orang yang dipuji akan merasa hebat, tidak perlu bersusah payah dan bekerja kuat.

Kesimpulannya, dalam apa juga yang kita lakukan berkaitan dengan lidah yang melahirkan kata-kata kita harus berhati-hati, tidak kiralah sama ada ia teguran, pujian, kenyataan atau berhujah.

Ini kerana setiap apa yang diperkatakan akan diperhitungkan di akhirat kelak apatah lagi jika ia berkaitan dengan soal kebenaran dan kebatilan.

Justeru jadikanlah firman Allah dalam surah Ali-Imran ayat 104 dan 105 sebagai pegangan, maksudnya;

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang mengajak kepada kebajikan dan menyuruh kepada makruf dan mencegah dari kemungkaran dan mereka itulah orang-orang yang beruntung.

“Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang bercerai-berai dan berselisih sesudah datang keterangan yang jelas kepada mereka dan mereka itulah orang-orang yang akan mendapat azab yang berat.”




WANITA DAN LELAKI SALING MELENGKAPI

Dipetik dari::
www.iluvislam.com

mya_maisarah
editor: azzahra_solehah

Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Kasihmu Amanahku

Album : Damba Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com


Pernikahan menyingkap tabir rahsia
Suami isteri inginkan keluarga yang bahagia
Dan mengharapkan sebuah bahtera indah
Untuk bersama belayar ke muara

Pernikahan, menginsafkan kita
Perlunya iman dan takwa, meniti sabar dan redha
Bila masa senang syukuri nikmat Tuhan
Susah mendatang tempuhi dengan tabah

Isteri janji telah dipateri
Diijab kabulkan dan dirahmati
Detik pertemuan dan pernikahan
Yang dihujani air mata kasih
Demi syurga Ilahi


Suami jangan menagih setia
Umpama Hajar dan setianya Zulaikha
Terimalah seadanya yang terindah
Di lubuk hatimu
Isteri adalah amanah buatmu

Pernikahan mengajar tanggungjawab bersama suami dan isteri

Isteri hamparan dunia
Suami langit penaungnya
Isteri ladang tanaman
Suamilah pemagarnya
Isteri bagai kejora
Suami menjadi purnama
Tika isteri beri hempedu
Suami tabah menelannya

Tika suami terteguk racun
Isteri carilah penawarnya
Sungguh isteri rusuk yang rapuh
Berhati-hatilah meluruskannya


Thursday, July 29, 2010

RAMADHAN & SYAWAL


Pejam celik dah nak masuk bulan Ramadhan. sekejap je kan. tahun ni, puasa sempat di maktab 2 minggu dan 2 minggu di rumah. sebab seminggu di sekolah, and seminggu lagi cuti. sempat la nk buat persediaan raya. tahun ni nak raya kat mana eh? rasa mcm nak raya kat pahang. tapi abah nk balik raya kat kedah. tak tahu la mcm mane. tp harap taun ni 1 kluarga dpt berkumpul lagi. last kami semua berkumpul raya Puasa tahun 2006. 4 tahun yang lepas. dah lama kan...

baju raya dah beli, tak sbar nk pakai. sbnenaye xde niat pun nk bli, tap tengok cantik, terus beli. hehe..biase la perempuan. tp apepun, jgn telalu melebih sampai membazir. sebaiknya hayatilah maksud sebenar puasa dan hari raya aidilfitri tu... ok bye.. selamat meyambut bulan RAMADHAN AL-MUBARAK...

~~SAHABAT~`


Ada sejuta canda dan tawa disana, diselingi kisah sedih dan mencekam terbawa didalamnya. Namun semua itu menghimpun sebuah spirit persaudaraan dan persahabatan yang mampu menembus ruang dan waktu. Lalu cerita itupun akan terpatri dikedalaman buku harian yang tersampul indah memenuhi ruang kehidupan kita.

Sunday, July 18, 2010

~~DUGAAN~~

Sangat berat dugaan yang saya rasakan kini... memang tidak mampu untuk saya ungkapkan dengan kat-kata... Sememangya sya tidak pernah menyangka semua ini akan berlaku kepada diri saya. Orang yang saya sayang dan percaya sanggup melakukan perkara ini. Kadang-kadang hati ni sakit sangat, tapi mengnangkan pesan rakan ini semua ujian, saya kuatkan diri...
Saya tidak mengaharpkan dia untuk menyanjung saya. cukup sekadar dia boleh menerima dan menghargai saya sebagai seorang wanita. tidak perlu memaksa saya untuk membuat pilihan akan perkara yang mustahil untuk saya lakukan saat ini. saya masih ada tanggungjawab yang besar untuk saya lunaskan, dan saya tidak mampu untk menafikan tanggungjawab itu...
Apapun yang awak lakukan sekarang, saya doakan agar awak bahagia dengan pilihan awak walaupun pilihan awk tu orang yang sangat dekat dengan saya... saya doakan semoga awak bahagia..pergi..pergi..dan pergi.... jangan datang lagi dalam hidup saya....


video

hanya kata-kata....

....Sometimes CARING is better than LOVING,
TEA is better than COFFEE
and
SMILE is better than LAUGHTER....

~~~Rindu nak Bercerita~~~


Remove Formatting from selection
AJK, tetapi semua telah berjaya diatasi dan semuanya berakhir dengan cemerlang.Lama jugak tak menulis kat blog ni. Mungkin sibuk kot...hehehe... macam-macam yang jadi dalam tempoh ni. malas nak fikir perkara yang boleh kita rasa sedih dan skit hati. Tak pe, pengalaman mengajar kita erti kesabaran dan ketabahan.
Minggu lepas ada sambutan Hari Guru kat kampus saya. Sangat meriah sebab kami telah berjaya menyiapkan kad hari gur terbesar. sangat besar. panjang 16 kaki dan lebar 30.4 kaki. Hampir sebulan juga tempoh menyiapkan kad ni. macam-macam halangan yang dihadapi oleh AJK kad terbesar ni. Semoga JPP IPDA akan terus berjaya dan berjaya!!!!

Wednesday, July 14, 2010

Berkahwin semasa belajar???


Berkahwin semasa belajar kini sering menjadi isu yang ada pasang dan surutnya. Ibubapa, penuntut dan masyarakat dewasa mempunyai pelbagai pandangan dan pendekatan dalam menghadapi permasalahan ini. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran.
Saya sendiri sebagai pelajar merasakan sukar untuk berada di dalam situasi berkahwin semsa belajar. saya terfikir, adakah mampu untuk saya jalankan 4 tugas dalam satu masa?? sukar sekali untuk saya menjawabnya.... tugas yang saya maksudkan ini ialah:


ANAK

ISTERI

IBU

PELAJAR


memang susah, tambahan pula kita sentiasa sibuk dengan tugas seharian. baiklah, saya letakkan diri sebagai seorang pelajar. mana mungkin saya boleh mejalankan tugas sebagai isteri dengan sebaiknya, jika saya berjauhan dengan suami. kredit bagi saya jika mendapat suami yang memahami, tetapi jika suami tersebut sekadar "suami" bukan tulang belakang saya, boleh anda bayangkan bagaimana kesudahan perkahwinan kami??

Takut juga nak fikirkan kemungkinannya...apapun, semua ni, bergantung kepada kesediaan diri masing-masing untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri....

Kalau nak berkahwin, semua orang mahu berkahwin. tetapi, bagaimanakah dengan persediaan diri masing-masing? adakah sudar benar-benar sedia? semuanya bermula dari niat kita sendiri. saya pernah terbaca di dalam majalah solusi bahagian tulisan ust Pahrol Mohd Juoi.

"Apakah perbezaan home dan house?"
"home adalah rumah yang dibina dengan kasih sayang dan house adalah rumah yang dibina dengan konkrit semata-mata"

Kita sendiri sudah jelas akan perbezannya bukan? persoalannya, banyak manakah pasangan yang mampu membina home? dan seramai mana yang telah membina house? Tepuk dada tanyalah hati, dimana kita berada sekarang.. adakah kita berusaha membina home, atau house sudah roboh?? saya doakan yang terbaik untuk para pembaca...Di harap cetusan rasa saya ini, dapat diterima oleh pembaca....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...