Selamat Membaca Sahabatku..

Showing posts with label Assignment. Show all posts
Showing posts with label Assignment. Show all posts

Thursday, January 17, 2013

busy!! but work smart...

assalamualaikum....

sibuk--sibuk...sibukk..

wohaa!! entry ape la plak ni kan..since u all taw yang minggu ni last saya kat IPG KDA, so, minggu ni adalah minggu yang agak sibuk buat saya. untuk minggu ni, banyak masa di habiskan dengan kak cik yang dah nak fly balik Auckland. thanks kak cik sbb dok layan kami...hekhekhek.. ermm actually, dah ada planning untuk minggu ni. tapi we must be flexible. boleh je nak ubah plan tu kan... sbb tu la kena work smart.. cewaaahhh mentang2 la dok belajar kaunseling sekarang ni kan..

tapi, pada pandangan saya, kadang-kadang kita kena tegas dengan diri kita sendiri. ada kerja, selesaikan dulu kerja tu. walaupun ia menggangu esmosi juga, tapi cuba untuk kuat dan fikirkan sebab dan akibat dari perbuatan kita tu. saya dah cuba banyak kali cara ni, dan saya rasa saya yakin dengan diri saya. dan semsetinya orang sekeliling akan faham dengan apa yang kita buat! yeah..

untuk minggu ni, saya ada presentation esaimen carry 20% maaa... banyak tu... then, kena kemas barang nak ke perlis..lapor diri kat sana..basuh baju kurung nak pi mengajaq!! haha..tapi, itu la..work smart and be strict with ur planning..

ok la..sampai di sini saja..tq for readers..


work smart----->success

Thursday, May 10, 2012

Saat-saat genting

assalamulaikum...

tak ada apa sangat yang saya nak update.. cuma apa yang boleh saya kayakan buat masa ni, keadaan saya sangat genting dan jiwa saya tak keruan memikirkan tugasan tanggunjawab dan tugasan yang diberikan.  minggu depan, saya akan menduduki peperiksaan bagi semester 5..


tapi, dalam tempoh itu saya perlu bersama-sama rakan lain untuk Aktiviti Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kota Setar & Kubang Pasu 2012.. memang sibuk,tapi ni semua pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan.. insyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami..



ok, untuk makluman juga, esok saya akan bergerak ke AIMST University untuk Lawatan WAJIB kursus PJM 3112. tiada apa yang dapat saya ucapkan, hanya berdoa kepada Allah, semoga saya diberi kekeuatan kepada saya dan juga teman seperjuangan...

Thursday, April 19, 2012

Karnival & Naib Pengerusi

Assalamualikum…

Apa khabar ye semua readers.. sy Alhamdulillah sihat dan masih boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Dlm entry yang lepas sy dah jani untuk menceritakan aktiviti sy sepanjang 2 bulan yang sibuk ni. Untuk semester ni, sy ditugaskan untuk menjadi coordinator bagi matapelajaran pendidikan Jasmani iaitu PJM 3112. Memang mencabar kerana saya perlu sentiasa bersedia dengan sebarang request dari lecture.

Ok, bagi tugasan amali PJM 3112, saya perlu menubuhkan jawatankuasa bagi menganjurkan satu carnival. Kerana ia adalah paper pengurusan dan pengelolaan pendidikan jasmani. Jadi, semesetinya perlu mengelola carnival tersebut. Saya telah di lantik untuk menjadi naib pengerusi dan bersama saya di jawatankuasa induk ialah, asran sebagai pengerusi, zakiah sebagai setiausaha dan khairunnisa sebagai bendahari. Di bawah jawatankuasa kami, terdapat 5 lagi jawatankuasa yang akan bertindak untuk menjayakan carnival ini. Banyak suka duka yang telah saya lalui sepanjang menjayakan carnival ini.

Di samping menjadi pengelola, saya juga perlu menubuhkan satu kumpulan permainan tradisional dan kumpulan saya seramai 5 orang ahli telah memilih permainan ‘cabut Ekor’. Pada awalnya, ia dirancang dengan rapi, tetapi telah di tukar menjadi permainan ‘Rounders’ kerana cabut ekor tidak menepati apa yang diinginkan oleh pensyarah. Tak mengapalah, kita ikot saja yang mana terbaik untuk semua kan.

Berbalik semula kepada tugas saya sebagai naib pengerusi. Siapa cakap naib pengerusi tak ada kerja, sila angkat muka!!! Di sini saya membuat pengakuan bahawa tugas sebagai naib pengerusi terlalu mencabar *bagi sape yang betul2 jalankan tugas la kan.*hihihi.. tugas saya mungkin tak banayk sangat, tetapi setiap tugas memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Pada masa yang sama saya tidak boleh melakukan kerja yang sama bersama pengerusi. Bermaksud, tugas kami totally berbeza. Itu yang kena faham!! So, kerja-kerja yang saya buat memang banyak. Mula-mula, saya perlu compile semua bidang tugas untuk dijadikan CARTA GANTT keseluruhan. Banyak kena sabar sebab kena tunggu dari semua AJK. Biasa la, ada yang cepat dan ada yang lambat kan.

Kemudian, saya perlu membuat jadual perlawanan untuk carnival. Itu kerja mudah je. Tapi jadi susah bila ada yang pandai-pandai kacau kerja, means tukar maklumat tanpa inform apa-apa. Memang down la kalau orang buat macam tu. Memang ada yang buat macam tu dan menimbulkan kekalutan semasa hari carnival, tapi Alhamdulillah, ia dapat diselesaikan. Rasanya tak perlulah saya ceritakan apa yang berlaku sepanjang hari carnival tersebut.teruskan je dengan tugas saya sebagai naib pengerusi.

Seperti apa yang saya katakana, sebagai naib pengerusi saya perlu mengumpul semua laporan setiap jawatankuasa dan sediakan satu laporan penuh merangkumi kesemua jawatankuasa. Memang satu kerja yang memenatkan bila saya seorang melakukan kerja-kerja mengumpul bahan-bahan tersebut. Seminggu cuti bulan 3, saya hanya ambil cuti selama 3 hari sahaja. Selebihnya saya berada di Jitra untuk menyiapkan semua laporan tersebut. Kadang-kadang timbul rasa geram juga apabila laporan yang diminta tak mengikuti spec yang inginkan. Kena cal sana, call sini.. tp Alhamdulillah, berkat usaha semua saya Berjaya menyiapkan laporan yang dminta.

TETAPI, laporan tersebut tak dapat dihantar di Institut.. ada hikmah saya menjalani praktikum di Beseri kerana laporan tersebut saya perlu hantar ke Timah Tasoh, kerana pensyarah saya berada di sana.. Alhamdulillah, segalanya selesai, dan saya menjalankan tugas seperti biasa..

Sunday, April 1, 2012

semester yang sibuk :(


assalamualaikum...
hurmmm..lamanya fika tak update blog ni kan. bukan apa, sangat sibuk sekarang ni. sapat x cukup tangan. dan dalam tempoh masa ni, macam2 perkara yang jadi, sampaikan tak tahu nk cerita yang mana satu... jadi. di sini, saya nak listkan apa yang saya nak cerita.. tak banyak sangat kot..hehe..


1. ditugaskan menjadi naib pengerusi karnival permainan tradisional PISMP PK PJ 1
2. Jadi koordinator subjek PJ,(dah lame dah..)
3. compile kerja buat PJ
4. My lecture passed away. mendiang MR. Leong
4. my frieds passed away.
5. practikum fasa 1 di Perlis..

tapi..setakat ni, ini saja dulu yg bole sy postkan...nt sy akan v=ceritakan semua ini oke! now nk tdo, penat sgt harini... asslamualaikum


Saturday, September 10, 2011

musim assignment

assalamualaikum....

apa khabar semua??? maaf la, dah lama tak update entry. saya sangat sibuk sekarang ni. assignment, tutorial, OPEN HOUSE, kenduri.macam-macam la lagi... sebenarnya, sekarang ni saya tengah buat 'esaimen' Bahasa Melayu. Kaedah Pengajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. alahamdulillah, dari 3 sub topik, saya dah siapkan 2. dah nak masuk yang ketiga. boring-boring dok menaip tadi, ni nak taip kat bolg pula. harini, saya ada 2 Open House. sebelah pagi di rumah Pn. Hjh Mahani dan sebelah petang pula di rumah Ummi. penat juga la kan... di rumah ummi, macam biasa la, ambil tugas bahagian dapur...hehe..


balik je dari rumah ummi, mandi and tidur sekejap. sebab sangat penat plus kaki pun lenguh. tapi saya seronok. ermmmm..malam tadi, kakak call. bagitahu, buah hati saya 'auni' diserang asma. sama macam abang dia Khairuddin. akak cakap dia dah ok, cuma merengek sikit la. tak sabar nak balik weekend ni.. oh!!! rindunya... next week plak, kalau tak ada aral melintang, nak buat majlis makan-makan sikit famly sebelah abah di Sungai Petani. harap-harap jadi la kan, sebab abah pun dah setuju nak blaik kedah, walaupun sekejap.. semoga Allah permudahkan segalanya..

Kemarin, 8/9/2011 saya dapat 2 berita gembira. although it was not officially dedicated for me, but im happy for them!! 1st TAHNIAH buat kak Mawar yang dah dapat kerja. Alhamdulillah lepas ni, kak mawar dah boleh sara famly. semoga kak mawar kuat menempuhi hidup dengan 2 orang puetri yang comel.. NADAA dan MARWA... Marwa ni, sama tarikh lahir dengan Auni. body shape pun lebih kurang sama.haha...comel sangat dengn budak-budak ni.. (this time, i cant imagine hows auni condition rite now. asyik nangis, sbb dia tak boleh cakap kalau dia sakit).. 2nd, im happy for my friends. sebab dia dapat offer untuk buat PhD sponsored by MARA. alhamdulillah, rezeki masing-masingkan. dia yang saya kenal, memang sangat kuat dan gigih. bersungguh-sungguh mencari sponsor untuk dia buat double master di USM dan UTAR. tp siapa tahu, Allah nak bagi rezeki yang lebih buat dia, fast track trus dapat buat PhD.. ALHAMDULILLAH...saya tak pernah berhenti mendoakan kejayaan awak...

dok seronok menaip ni, jangan lupa, due date esaimen 15.9.2011 ok..jangan ralit sangat... Chaiyokk!! fika..you can do it!! lets go further typing ur esaeimne..hehe... ok la, assalamualikum...


Wednesday, June 22, 2011

tara!!! muncul kembali...

Assalamualikum…

Agak lama juga saya tak menjenguk blog saya ni..hampir 2 bulan.. sangat sibuk. Entry terakhir dari saya ialah esaigment. .lepas siap semua tugasan, saya pun bersedia untuk peperiksaan akhir. Untuk semester ni, saya mengambil lima kertas peperiksaan. Selalunya hany empat kertas. Semester ni juga, ada ‘paper killer’ iaitu anatomi dan fisiologi. Sangat susah pada saya sebab saya bukan dari pelajar aliran sains. Tapi, alhamdulillah, saya berjaya juga menjawab kertas AF..

Selepas selesai exam, terus balik ke rumah sebab banyak lagi kerja yang menanti. Sangat sibuk masa cuti tempoh hari sebab perlu layan dan ziarah banyak keluarga. tapi, saya minta maaf sebab tak boleh ziarah keluarga seseorang yang sangat saya sayang. Fika minta maaf. Alhamdulillah, cuti, abah pun balik ke Kedah, dan kami adik beradik dapat la enjoy dengan abah walaupun sekejap saja.. Abah!!

Diam tak diam, cuti dah habis. Saya pun balik semula ke rumah dan IPG tempat kesayangan tu. Tapi, kena tolong kakak buat esaimen beliau pula. Tapi tak pa lah..tolong mana yang patut kan.. ok!!


Saturday, April 2, 2011

.::assignment oh assignment::.


assalamualaikum...... fuhhhh!!!

lega rasanya, dah hampir seminggu bertngkus-lumus mneyiapkan esamien ni, atlas bole jgk siapkan esaimen ni... penat sangat buat, sampai minggu ni je, dah 2 kali muntah.... tu la yang orang kata buat esaimen sampai muntah!! hah ambik kau..rasakannnnn... masa awal-awal dpt esaimen tak nak buat. mcm2 alasan bagi..hahaha.... dah la esaimen kali ni, kena buat RPH yang susah tu..hhuuuiisshhh..xtaw la, tahun depan nak kena buat RPH stiap kali esaimne..adoiiii..tp xpe la, ade gak pnglaman, so dah reti buat RPH.. thanks to lecture yg best tu, sbb pandai ajar buat RPH..

itu baru cerita esaimen BM... then esaimen IP plak... IP xsusah sgt..sbb point dah ada, jus kena elaborate..biase je esaimen ni, x la senang sangat nk buat..hahaha..taw pun..hahahaha... gelak je banayk aku ni....
tp korang nk taw x, dsbbkan 2 esaimen ni, aku stress dan moody kot..nsb bek housem3 aku faham and x tegur ape2..alhamdulillah...now, im back to normal....hahaaha..thanks dear-dear I.. hihihi...

tapi, jgn ingat I dah rilek la.... ade 1 lagi esaimen yg x buat taw... Esaimen PKU3106. iasshhh..pentaksiran..apa yg nak digoreng pun aku xtaw..hahaha.... then bila dah siap esaimen, submit ari khamis, so, boleh balik SP..... riduuuuuu gile sicomel sy 2 org tu..huhuhuh.. adoiii da mula crita sedih la ni... ok2.. xmau cte dah sbb sicomel tu, nt sedih plak...huhuhu... ok,nt I cte lg ok, dah magrib ni..bye....

Tuesday, March 29, 2011

sibuk buat RPH~~

assalamualaikum..

hye...harini lambat sikit sy post kat sini..bukan lambat sikit,banyak kot ni.. dah 2.42am ni..haha... actually, baru siap buat RPH ni...uiii susah la nak buat RPH ni..nt praktikum mcm mane la..tiap2 hari kena buat..dah kerja nt lagi la..adoi.... 30 taun kne buat RPH.. huhu..kalau umur panjang la kan...
hmmm..sbnarnya, sy nak buat PNP karangan pendek. so cari la kat internet contoh karangan pendek. so, sy pun cari2 la bahan kat internet kan. nak taw x ape yg sy jumpa?

agak terkejut la baca karangan budak ni..++ gelak jugak..hahaha..masa mula2 tgk taw dah mmg lucu, tapi, bila dah baca sampai abis rasa kesian pulak kat dia... emm sapa studen ni ea... betul la kan, kanak-kanak tak reti menipu..and deorg xtaw jgk mcm mane nak luahkan perasaan kat orang.. so, bile dah baca karangan dia tu, i think ckgu yg taw kne btanggungjwb ke atas dia.. g motivasi spy dia boleh ubah hidup dia dan tak terus jd sampah masyrakat.. sanagt2 kesian kat budak ni...emmm besar kan tanggungjwab cikgu ni...aiii sedih la pulak.. emm ok la, nak tido. dah lewat esok kelas pack..ok bye..assalamualaikum...

Saturday, July 31, 2010

~~AbM oh bBm~~


Aissh tak tau la kenapa dengan pika ni...selalunya banyak je idea. untuk ABM kali ni, tak de pulak idea yang timbul..ni dah projek yang ke-3, kalau 2 projek sebelum ni melimpah-limpah idea yang datang. Untuk BBm yang ke tiga ni, my turn yang kena mengajar, mengajar tu tak susah pun tapi keberkesanan ABM kepada kelas dan lecture tu yang menjadi keutamaannya..dok fikir-fikir ni apa la yang nak buat. muka pun dah macam kartun dah ni. runsing teman...

Tapi alhamdulillah, dalam runsing dan sibuk dokbuat kerja ni, ada kawan yang datang membantu. cakap pasal kawan ni, sy sangat sayangkan kawan saya yang 3 org ni fasha, wana dan azie. Saya selesa denagn mereka, walaupun kadang-kadang tu ade gaduhnye, tapi gaduh-gaduh manje...hihihi...

Pika sebelum ni, tinggal sorang je. tinggal dengan abah sebenarnya, tapi jarang jumpa. biase la kan..tapi saya gembira dan tetap sayangkan abah saya..::)) Then, mmg banyak survive la hidup ni. Dpt ofer study kat UIA, mmg best sbb tu cita-cita saya. Then, rezki Allah nak bg lagi, dapat belajar di maktab pulak.Alhamdulillah...terima kasih ya illahi..

Bila belajar kat maktab ni, macam-macam perangai yang kita jumpa. tapi sabar je, cuba utk adaptasi dengan diri kita. memang susah untk sesuaikan semua tu, dan perubahan memerlukan masa. tapi saya tahu saya boleh. dan sekarang, saya boleh. disebabkan saya boleh, saya pelik kenapa ada orang yang mengatakan dia tidak boleh untuk sesuaikan diri. Bila berada di tempat baru, kita kena faham yang semua rakan-rakan datang dari latar belakang yang berbeza, jadi kita kena cuba faham dan menerima mereka seadanya.

Dalam berkawan ni sebenarnya, kita kena berlapang dada. terima rakan-rakan kita sebaiknya. jangan sesekali menyimpan dendam. Iklas dalam persahabtan itulah yang akan menjamin perhubungan kita. bila kita iklas, orang akan rasa keikhlasan kita. tak perlu meminta balasan. Setia, kesetiaan juga penting. kalau kita tak setia, bila-bila masa je kita akan tinggalkan kita. kepercayaan juga salah satu simbol dalam persahabatan percaya bukan bermaksud percaya 100%, tetapi jangan melakukan perkara yang rakan-rakan kita tak suka... saya sayang kawan-kawan saya...

Ingat, dalam berkawan:

BERLAPANG DADA

IKHLAS

SETIA

PERCAYA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...