Selamat Membaca Sahabatku..

Showing posts with label IPG's Life. Show all posts
Showing posts with label IPG's Life. Show all posts

Sunday, September 22, 2013

pembentangan kajian tindakan...

assalamualaikum...

harini dalam sejarah..
22 september 2013, tepat jam 4.00 petang saya telah mula membentangkan kajian tindakan..
saya adalah peserta keempat dari 4 orang peserta..
pembentangan di jalankan di bilik K106 JSP IPG KDA..

alhamdulillah...
dinilai oleh dua orang panel yang sangat baik hati..
tidak kedekut memberi ilmu dan perkongsian iaitu
Dr. Azizah Sakhawi dan Encik Zulkifli...

alhamdulillah..
allah telah permudahkan segalanya...

Wednesday, May 29, 2013

Kerjaya @ guru

assalamualaikum...

bermula semalam 29 Mei 2013 adalah hari konvokesyen ke 3 IPGM di PICC Putrajaya. tahniah buat semua senior batch PISM Ambilan Januari 2009. million  congrates!! walaupun you all tak posting lagi, tapi semua nampak happy sangat kat sana. bergambar sebelum dan selepas konvo. hurmmm sangat menarik.. i wish i could be there next year! :) tapi, bangun je pgai tadi, terbaca keratan kosmo!!


ermmm terfikir-fikir pulak, kalau senior dah macam ni, lambat posting, macam mana pula dengan kami yang seterusnya. my father ada call, and dia tny keadaan sekarang ni, dan saya tak ada jawapan untuk diberikan. hanya mampu berdoa yang teraik. apa yang dapat saya pertahankan sekarang ni hanyalah Perjanjian Pendidikan Guru yang telah saya tandatangani 5 tahun dulu.. tapi, bila difikirkan semula, setelah saya di bayar elaun dan sebagainya dengan latihan Pra Perkhidmatan takkan lah kami tidak dipostingkan. yeah!! kami aset kerajaan yang menjadi pelaksanan kepada Program Transformasi Pendidikan yang telah di rencanakan oleh kerajaan... pagi2 pagi ni juga nak dengan lagu guru malaysia dan lagu rasmi IPGM..




pengalaman pertama menyanyikan lagu Guru Malaysia, rasa berderau darah. kali pertama menyanyi di dewan Ibnu Khaldun IPG KDA masa minggu orentasi. masa menyanyikan lagu tu, da mula faham akan bait2 di dalam lagu tu. Tanggunagjawab dan Amanah yang telah di beri yang mana saya sedia menggalasnya untuk anak bangsa. perasaan masa tu toksah cakap la macam mana kan. tiada apa lagi yang perlu saya cakap dan ulas untuk isu ni, tapi perjanjian antara saya dan Kerajaan Malaysia berwakilakn Kementerian Pelajaran masih dalam simpanan.. hehe.. so, pada adik2 yang nak sain ape-ape borang or gareement nanti, baca dan fahami betul-betul setiap butir perjanjian tersebut... ok!!! ~~mood rindu lagu IPDA~~




Monday, May 27, 2013

Task Cuti Sem

by
-Ammar Ahmad-

hoho.. sarcastik!! tak ada apa sangat task untuk cuti ni. actually, En Ammar berikan saya 3 buah buku kepada saya. nak tengok???!! nah!

Buku Pertama # s.a.t.u#
ermmm..buku ni, saya dah habis baca. and u know what, saya da boleh aplikasikan apa yang saya faham dari buku ni kepada anak2 buah saya.. wohooo!!! NLP sangat seronok, dan sangat enjoy baca buku ni. walaupun semua nya fakta, tapi berbaloi-baloi..hehe... i wish, one day i will have my own NLP certificate.. aduh!!!

ok, buku second!!! buku ni ada maksud dan memory..huhu.. memory la sangat.. tak ada apa sangat. tapi saya suka baca jugak. buku sejarah, tapi saya boleh baca macam buku cerita. menarik x? hehe.. nin diaaa

sejarah x???
hoho...not exactly same...tapi mcm nak sama...dulu suruh belajar sejarah malas... sekarang baru sibuk2 nak buka buku ni... hah rasakannn.... :)

buku ke tiga, fly from singapore to AS.. jauh wooo...
very inspiring me to become a great women.. great daughter, great auntie, great teacher, and great WIFE... huhu... kena faham betul2.... usaha bagi khatam jugak buku ni.... huhu.. thanks a lot ammar ahmad..

thank you so much!! really appreciate..



Friday, February 1, 2013

see you di IPT

assalamulaikum....

ha! sape pernah terbacan dengar atau tengok tajuk kat atas tu?? CUDIPT..tapi, untuk saya, CUDIPG la kan.. sebab saya student IPG, bukan IPT.. hehe.. actually, malam ni saya menonton PRIMADONA. tiba-tiba saya teringat lagu see you di IPT. satu masa dulu, lagu ni sering bermain di fikiran saya dan menjadi nyanyian harian saya.

ermmm mungkin tu zaman remaja di sekolah. berangan tu toksah cakap la kan... tapi reality nye, sekarang ni tak ada pun lagi. haha..lawak pulak rasa..tapi, lagu ni very inspired me to obtained what I have plan before.. ada aura kot no... tiba-tiba pulak malam ni dok feel lagu ni sorang-sorang..hehe..

bukan ape, saya terfikir juga taw.. see you di ipt..tapi, haritu lecture saya ada cakap, 'buat apa nak bercinta-cinta ni? semua tu cinta monyet je taw tak?" saya terfikir, habistu kalau x cuba cari jodoh masa di IPg ni, bila lagi nak cari psangan??hurmmmmm...

 See You di IPT-UNIC

Thursday, January 17, 2013

busy!! but work smart...

assalamualaikum....

sibuk--sibuk...sibukk..

wohaa!! entry ape la plak ni kan..since u all taw yang minggu ni last saya kat IPG KDA, so, minggu ni adalah minggu yang agak sibuk buat saya. untuk minggu ni, banyak masa di habiskan dengan kak cik yang dah nak fly balik Auckland. thanks kak cik sbb dok layan kami...hekhekhek.. ermm actually, dah ada planning untuk minggu ni. tapi we must be flexible. boleh je nak ubah plan tu kan... sbb tu la kena work smart.. cewaaahhh mentang2 la dok belajar kaunseling sekarang ni kan..

tapi, pada pandangan saya, kadang-kadang kita kena tegas dengan diri kita sendiri. ada kerja, selesaikan dulu kerja tu. walaupun ia menggangu esmosi juga, tapi cuba untuk kuat dan fikirkan sebab dan akibat dari perbuatan kita tu. saya dah cuba banyak kali cara ni, dan saya rasa saya yakin dengan diri saya. dan semsetinya orang sekeliling akan faham dengan apa yang kita buat! yeah..

untuk minggu ni, saya ada presentation esaimen carry 20% maaa... banyak tu... then, kena kemas barang nak ke perlis..lapor diri kat sana..basuh baju kurung nak pi mengajaq!! haha..tapi, itu la..work smart and be strict with ur planning..

ok la..sampai di sini saja..tq for readers..


work smart----->success

Sunday, January 13, 2013

minggu-minggu terakhir

assalamualaikum...

ni minggu ketiga di bumi Jitra bagi tahun 2013.. alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun kelas semakin padat. tapi untuk minggu ni sahaja la..minggu depan saya dah mula melaporkan diri di SK Putra, Kangar Perlis... urmmm jadi org Prlis la kite.. ok, di perlis saya akan berada selama tiga bulan bagi melengkapkan fasa praktiku, iaitu fasa III. pada awalnya, terdapat sedikit kesukaran contohnya nak cari rumah or bilik sewa.. tapi alhamdulillah semuanya selesai... thanks to Inapan Wardi..

dalam tempoh 3 minggu ni, banyak mass lecture..dalam tak sedar, sebenarnya, saya dan rakan sekelas makin rapat. rasa sayang macam famly sendiri..boleh gelak-gelak dan usik-usik mcama kanak-kanak. sesungguhnya perasaan tu sangat best. dalam kelas noleh makan-makan walaupun lecture ade di depan.. Mengantuk maa... tapi, still enjoy..yang penting hormat pensyarah di depan..

bagi semester ini juga, saya perlu sediakan satu proposal tentang kajian tindakan yang saya akan buat. rasa macam banyak, dan SUSAH..tapi, bila masing-masing salaing mebantu dan menyokong, saya percaya semuanya akan ok, dan saya berjaya selesaikan tugas ni.. saya berdoa ke arah tu. doa tu juga untuk semua rakan seperjuangan saya.. semoga semuanya berjaya :) hari-hari terakhir sebelum berangkat ke Perlis bersama Lily... doakan saya dan semua ye!!! 

thanks readers :)


Friday, January 4, 2013

Dinner KRS

assalamuallaikum....

aish lama sungguh saya tak menjenguk blog ni..anyway, bukan ramai sangat org yang tengok blog ni.. tapi, tak apalah, sekadar perkongsian hidup saya. siapa tahu, satu hari nanti anak-anak saya akan baca apa yang telah saya coretkan. mungkin tak semuanya saya boleh ceritakan kepada mereka. jadi, dengan blog ni mereka dapat tahu siapa saya..

baiklah, untuk entry ni, walaupun dah hari keempat di tahun 2013, saya masih ingin mengimbau kenangan apa yang berlaku pada tahun 2012 bersama KRS. sebelum ni, dah saya post saya dapat leftenan. sekarang ni pula adalah cerita semasa dinner KRS di hotel Holiday Villa Alor Setar.. for the dinner ceremony, my fren lily, and was entrusted to handle the program. so that, kami berdua ke sana sini la mencari hotel and sesuai dengan bajet yang diberikan. memang mencabar sangat la. tp alhamdulillah semuanya berjaya..

for that night, i become the emcee with amer kazuma and we have a good cooperation to handle the program.. here da picture:


ok, then majlis mula..bla..bla..bla..makan ..makan..dan makan... alhamdulillah the was very delicious!! nyummy..hehe...mai sini tengok gambaq ja noh...


pencuci mulut kot??


ni pembuka selera..hehe

ok....rasanya xde apa dah nk cerita ttg Diiner KRS..so tengok1 la gambar kenangan kami di sini... 
darah satria!!

hadiah yg ala kadar jee

king of the nite!
SKPL 2012


kawan semeja..

queen of the nite!! ila...




tq sbb sudi baca... :)



Monday, October 15, 2012

lame--lame

assalamualaikum...

dah hampir sebulan tak menulis di blog ni. ermmmm sibuk mungkin...sejujurnya sy memang sibuk dengan projek, praktikum, pameran, BIG ...lagi... report, refleksi, portfolio segala bagai..huuuu memang penat memikirkan semua ni. dan sememangnya penat dan mengambil masa yang lama untuk menyiapkan semua bende ni. alhamdulillah, berkat usaha dan sokonganrakan-rakan (especially rakan serumah) , saya berjaya juga menyelesaikan semua task yang diberikan.

dan....dah lama juga saya tak ke rumah ummi. sibuk sangat kan..plus xde trasnport skg ni. tapi xpela..harap ummi faham ye skg ni..and i know, ummi akan faham..and ummi ade ramai anak2, semoga umi bahagia dan ceria di samping anak-anak yang di sayangi semua..

soal hati dan perasaan tiada apa sangat yang baharu. semuanya sama..hahaha..merepak plak...just ignore ye semuanya...

and yang pasti, exam lg 2 minggu. selepas raya haji.. 29 hb 8.30 pagi, 1 hb 2.30 ptg and 5 hb 8.30 pagi.. alhamdulillah..jadual exam yang tak mengetatkan muka..hehe..insyaallah semoga semua rakan2 saya berjaya...saya sayang semua rakan-rakan saya..nak plak 21 souls! hehe..ok, nak siap2 pg dewan besar ipda. ada taklimat exam... bye2..assalamualaikum...

my classmate yg happening!! semua cikgu cikgi...

Wednesday, September 19, 2012

Leftenan Krs Norshafiqah Ahmad

assalamualikum...

dah lama rasanya tak menulis di sini.. sibuk mungkin.. sekarang saya sedang menghadapi hari-hari akhir di  Sekolah Kebangsaan Sungai Korok Lama Aloe Setar Kedah.  hari-hari terakhir praktikum fasa II di sini. sangat seronok dan banyak pengalaman yang dapat saya timba di sini.

baiklah, bukan itu yang sebenarnya ingin saya ceritakan, sebenarnya saya nak cerita yang sekarang saya sudah mendapat pangkat Leftenan KRS. tahun lepas, saya dah dapat pangkat leftenan muda, tahun ini naik satu pangkat lagi. emm bukan mudah, macam2 halangan yang dah saya tempuhi. tapi alhamdulillah, semuanya berjaya dan rakan-rakan saya juga dah berjaya!!!!!!!!!!!!

Thursday, July 5, 2012

khamis yang cuti~~

assalamualaikum...
baca tak tajuk entry? khamis yang cuti..yes! harini hari khamis, dan saya cuti. sebab harini tak ada kelas. waa!!! bestnya..tapi tak buat apa sangat harini, just basuh baju. dan paling penting, harini saya PUASA! semalam nisfu sya'ban. alhamdulillah, sekali lagi saya dapat bertemu dengan nisfu Sya'ban. terima kasih Allah..
so, semua housemate saya cuti. an saya rasakan harini macam bulan Ramadhan pulak kan? yela, dah nak masuk bulan ramadhan..dah tak lama dah. and paling penting sekali, harini saya akan ke rumah Ummi.. seperti yang saya janji. minggu lepas tak dapat pergi, si minggu ni saya akan spent time dengan ummi. layan ummi bersembang. masak-masak dengan ummi, pergi pasar..macam-macam boleh buat dengan ummi.. hai la ummi sorang ni..hurm... :) tapi saya bahagia bersama ummi...

dalam masa seminggu, macam-macam perkara yang terjadi pada saya. dan perkara tersebut bukan lah sebesar mana pun. tetapi tetap akan menjadi kenangan dan pastinya telah tertulis di dalam SKRIP drama hidup saya. berbagai-bagai nasihat yang saya terima dari orang yang lebih tua dan berpengalaman. terima kasih kalian kerana sudi melayan karenah saya!! sayang u olls...


Tuesday, June 26, 2012

diriku dan pendidikan khas...

assalamualaikum sekali lagi...

entry ke 2 untuk malam ni. bagi semester ni, saya dan ahli kelas 21 souls kena tubuhkan satu kelab pendidikan khas. ok kelab ni tertutup kepada ahli kelas kami sahaja. so, kena la buat lagu, logo moto bagai... macam-macam la..memang seronok dan mencabar la kan. tapi itulah penglaman. tak ada ape sangat yang saya boleh ceritakan tentang persatuan ni. 

baiklah yang sebenarnya, saya nak ceritakan pengalaman saya semasa membuat lawatan di Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultanah Bahiyah. huyoooo!! memang best, dan tak semua orang dapat merasai pengalaman yang saya dan rakan terima. pada semeseter lepas, saya telah ke jabatan ini tetapi ke Unit Fisioterapi. ok, sebelum tu, Jabatan Rehabilitasi ni mempunyai dua unit iaitu unit Fisioterapi dan unit Carakerja. semeseter lepas dah ke unit fisioterapi dan saya dah tak ingat apa yang saya nak ceritakan sebab dah lama. so, all the readers kalau nk taw, boleh la tengok gambar kat FB saya ni.... silakan tengok ye...


kemudian, pada awal semester ni, saya sekali lagi ke jabatan ini. tetapi pada kali ini saya ke Unit cara kerja atau Occupational Therapy (OT). sangat seronok di sini. unit ini dibahagikan kepada bahagian kanak-kanak dan dewasa. tetapi bagi kumpulan saya, kami banyak tertumpu kepada bahagian kanak-kanak. di sini saya dapat melihat kemudahan yang disediakan bagi menjalankan terapi. sangat banyak kemudahan dan saya juga berpeluang melihat ahli terapi menjalankan sesi terapi kepada 3 orang pesakit. bermula dari teknik swing, brush dan blanket di bilik snoozeland. bertuah sangat saya rasakan pada diri saya.

bila melihat kekurangan murid ini timbul keinsafan dalam diri dan berazam untuk menjadi guru pendidikan khas yang terbaik dan bersedia memberikan khdimat yang cemerlang untuk mereka. guru pendidikan khas juga perlu menegakkan hak murid-murid pendidikan khas ini kepada masayarakat umu. maklumlah, bukan semua orang tahu cara melayan murid ini. dan penerimaan serta persepsi setiap individu tidak sama... som saya berbangga menjadi guru PENDIDIKAN KHAS. ...



praktikum fasa 2 di SK. Sungai Korok Jalan Pegawai... nantikan kedatangan ku....

keputusan peperiksaan semeseter 5

assalamualaikum...

dah seminggu saya di semester 6. Alhamdulillah, keputusan semester 5 pun dah dapat. rezeki Allah menyebelahi saya. pada awalnya, saya sendiri tak menyangka yang saya akan diberikan keputusan yang sebegitu, memandangkan persediaan saya tidaklah selengkap mana dan aktiviti yang bersusun, tetapi Allah masih memberikan ganjaran terhadap apa yang saya lakukan. janji Allah itu pasti. tetapi, sedikit mendukacitakan apabila keputusan yang saya dapat, saya tak dapat sampaikan kepada abah saya. walaupun sudah dua hari, dan berhari-hari juga saya cuba menghubungi abah, tetapi masih tak berjawab. dan agak sedih juga apabila, tiada siapa pun antara adik beradik saya yang mengucapkan kata tahniah kepada saya. tapi tak pe, POSITIF, deorang sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing.  :)

benar kata pujangga:

 mengharap pada yang sudi
meminta yang dapat memberi
memberi pada yang tahu menghargai


terima kasih Allah...

Tuesday, June 19, 2012

semester 6

assalamualaikum....

huwaa!!! lame juga x update ape-ape kat blog ni. rindu pulak rasenye.
ok la, tgk entry kat atas pun dah taw kan. 18.06.2012, maka bermulalah semester 6 bagi  pengajian saya peringkat Ijazah Sarjana Muda. masih berbaki 2 semeseter iaitu semester 7 dan 8. so, dah tak banayk sem ni kena la manfaatkan saat-saat akhir di sini.


ok, bagi semester 6 ni, saya hanya belajar 3 subjek yang akan ambik exam. specialised for Pendidikan kHas Bermasalah Pembelajaran. yang lain-lain boleh rujuk kat sini. panduan PISMP.

PKU  3111  Isu-isu dan trenda dalam pendidikan khas.
PKU  3112  Pemulihan dalam komuniti
BMM 3103  Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

then ada subjek teras, WAJIB belajar iaitu:

WAJ 3113  Ko-kurikulum (Persatuan)
WAJ 3114  BIG Fasa IV
PRK 3102  Praktikum II (8minggu)

macam gempak je kan....tapi yang bestnye, exam 3 paper je ok... so, good luck untuk semua IPG Studen yg sem 6 2012.. 

untuk KRS exspecially (SKPL) jgn lupa program kita...

tq Sudi baca entry ni...

Tuesday, June 5, 2012

ekspedisi Berakit SKPL 2012

assalamualaikum....

pembuka bicara entry saya pada kali ini. lama juga tak menulis di blog ni. kekangan waktu yang menyebabkan saya jarang uploadkan entry di sini. dalam tempoh ni, banyak juga perkara yang saya lakukan. antaranya, pada 24 hingaa 26 april lalu, saya dan rakan lain telah menyertai satu ekspedisi berakit di Sungai Baling hingga ke Kupang. jom baca sedikit cerita tentang  ekspedisi berakit ni..okeh!!

************************************************************

       Program Ekspedisi Berakit Skim Kenaikan Pangkat Leftenan Institut Pendidikan Guru

Program disertai oleh 25 orang guru pelatih Skim Kenaikan Pangkat Letfenan (SKPL) IPG Kampus Darulaman bersama 5 orang pensyarah penasihat Kadet Remaja Sekolah (KRS) IPDA, serta 6 orang pegawai KRS Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta 2 orang pensyarah pemanatau daripada IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Islam. Ekspedisi ini diadakan di Sungai Baling hingga Sungai Kuala Ketil. Ia merupakan aktiviti yang perlu kami jalankan bagi memenuhi proforma kurus lanjutan Skim Kenaikan Pangkat Leftenan dan dijalankan hasil kolaborasi bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Memandangkan kumpulan kami adalah kumpulan pertama @ pioneer, maka segala aktiviti yang kami jalankan akan dijadikan bukti kurusus dan modul kursus ini pada waktu akan datang.

         Program selama 3 hari 2 malam (24 mei -  26 mei)  ini di mulakan pada hari khamis 24 mei di kampung Bawah Gunung Baling, Kedah. Oleh kerana, guru pelatih terlibat dengan peperiksaan semseter, maka perjalanan dari IPDA dimulakan pada jam 6.30 petang dan tiba di lokasi pertama pada jam 9.00 malam. Selepas berehat dan memeriksa alatan berakit, tepat jam 11.00 malam kami memulakan proses menyediakan rakit tersbut. Rakit di bina mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Terdapat 7 buah rakit yang dibina termasuklah 2 rakit pensayarah dan pegawai KRS JPN Kedah. Setelah hampir 2 jam membina rakit, hujan telah turun di kawasan tersebut dan kami terpaksa memberhentikan kerja-kerja membina rakit. Bagi kumpulan yang tidak sempat menyiapkan rakit tersebut, kerja membina perlu di sambung keesokan harinya.

         Oleh kerana, tiada khemah khas untuk tidur, maka kami terpaksa menumpang di rumah orang kampung bagi mendapatkan tempat berteduh kerana cuaca hujan dan keadaan yang sejuk. Terima kasih kepada penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama kepada kami.
         Setelah berehat, keesokan paginya, pada jam 8 pagi kami telah bersedia dengan rakit masing-masing untuk memulakan ekspedisi tersebut. Pada awalnya, kami perlu turun ke dalam air, dan cuba merasakan kelajuan air tersebut. Ternayata air memang laju dan arus yang deras hampir menghanyutkan beberapa peserta. Mungkin kerana hujan pada malamnya, ia telah mempengaruhi arus air pada hari tersebut. Tepat jam 9.00 pagi, rakit mula bergerak dan meninggalkan ‘cekpoint’ pertama.

         Setelah melalui  perjalanan yang mencabar dengan batu yang besar dan tajam serta arus yang deras, akhirnya pada jam 1.30 tgh hari, kami behenti berehat di perhentian kedua iaitu gua kelambu berhampiran Pulai. Di sini, kami perlu menyediakan makanan tengah hari dengan mempraktikkan masakan survival yang telah kami pelajari. Menu yang sederhana hanya dengan nasi bersama sardin, menjadi enak dek keletihan berakit. Pada waktu ini, pensyarah dan pelajar sama-sama menikmati juadah yang disediakn mengikut kumpulan berakit. Tiada diskrimasi pangkat lagi, semuanya sama sahaja. Menikmati dan dan berada di tempat yang sama.

     Setelah berehat dan menunaikan solat, pada jam 3.30 petang, kami memulakan semula ekspedisi berakit. Jika sebelumnya ialah kawasan berbatu, tetapi kini kami menempuhi kawasan air tenang tetapi dalam serta banyak pohon buluh yang menghalang perjalanan. Dua trek perjalanan yang berbeza, tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada kami yang baru belajar mendayung rakit. Di sini, kami dapat melihat kerjasama antara kumpulan yang sangat tinggi, serta mendengar arahan yang diberikan oleh ketua atau kemudi rakit. Perjalan kedua ini ditempuhi dalam tempoh yang lama iaitu hampir 5 jam apabila, ekspedisi berakhir pada jam 8.30 malam di Kupang.

    Mengikut perancangan awal, ekspedisi akan di sambung sehingga ke Kuala Pegang pada keesokan harinya. Tetapi atas nasihat pendudukan kampung dan mengambil kira faktor keselamatan, ekspedisi tersebut telah dihentikan. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua peserta. Setelah berehat, keeseoka paginya,  kami telah bekerjasama mengemaskan barang-barang untuk pulang ke IPG KDA.
   Pengalaman ekfspedisi berakit pada kali ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana ia adalah pengalaman yang sangat bernilai dan sukar untuk di perlolehi di lain waktu. Melalui kursus ini, peserta dikehendaki mentadbir, mengurus dan mengelola aktiviti tertentu dengan berkesan dan sistematik. Semua peserta yang terlibat untuk memperolehi Skim Kenaikan Pangkat Leftenan hendaklah melaksanakan aktiviti – aktiviti yang berbeza  


      Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada peserta mendalami dan mempelajari bagaimana untuk mengelola sesuatu aktiviti dengan menggunakan ilmu yang telah mereka pelajari. Justeru, aktiviti berakit merupakan salah satu aktiviti yang harus dijalankan oleh para peserta yang terdiri dari Leftenan Muda KRS IPG Kampus Darulaman. Di harapkan program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan guru yang bukan sahaja dapat mengajar tetapi mempunyai jatidiri yang unggul serta sifat kepimpinan tinggi. 



























   











- Skim Kenaikan Pangkat Leftenan IPG 2012-



Thursday, May 10, 2012

Saat-saat genting

assalamulaikum...

tak ada apa sangat yang saya nak update.. cuma apa yang boleh saya kayakan buat masa ni, keadaan saya sangat genting dan jiwa saya tak keruan memikirkan tugasan tanggunjawab dan tugasan yang diberikan.  minggu depan, saya akan menduduki peperiksaan bagi semester 5..


tapi, dalam tempoh itu saya perlu bersama-sama rakan lain untuk Aktiviti Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kota Setar & Kubang Pasu 2012.. memang sibuk,tapi ni semua pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan.. insyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami..



ok, untuk makluman juga, esok saya akan bergerak ke AIMST University untuk Lawatan WAJIB kursus PJM 3112. tiada apa yang dapat saya ucapkan, hanya berdoa kepada Allah, semoga saya diberi kekeuatan kepada saya dan juga teman seperjuangan...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...