Malam ni rasa sunyi sangat...diri saya memang suka melayan perasaan. tetapi jangan salah sangka pula. saya selalu memikirkan tentang masa depan saya. kadang-kadang terkenang kembali semasa zaman sekolah menengah dahulu. Memang seronok sangat bersama rakan-rakan. sekarang semua telah pergi membawa haluan masing-masing...
Teringat kembali seorang rakan yang telah meminta saya terus menulis cerpen. Memang itu minat saya, dan saya juga terasa seperti ingin kembali menulis tetapi mungkin masa saya sebagai seorang pelajar maktab sangat terhad. Saya sangat menghargai permintaan rakan saya ini. Menulis cerpen membuatkan kita puas, kerana watak yang kita hasilkan tu adalah khayalan dan tdak mungkin kita dapat. cukup sekadar di dalam cerita sahaja..
Dari cerpen sebenarnya saya ingin menulis novel. idea dah ada. plotnya pun dah ada, cuma saya perlukan pengalaman lagi untuk menggarap sebuah cerita yang mantap... saya harap semua orang terus menyokong saya... terima kasih..
No comments:
Post a Comment