Selamat Membaca Sahabatku..

Monday, July 18, 2011

.:: S.A.H.A.B.A.T::.


Saya teringat kata-kata pujangga.....

Seorang sahabat,
akan tahu apa yang ingin katakan,
meski kau tidak mengucapkannya....
Memahami perasaanmu,
meski kau sendiri tak bisa memahaminya....
Akan selalu memaafkanmu,
sebelum kau sendiri bisa m
emaafkan dirimu....
Seorang sahabat akan selalu percaya padamu,
saat orang-orang lain tidak mempercayaimu.....


Bila terbaca kata pujangga ni, hati berbisik, naluri bertanya.. Mampukah aku menjadi seorang sahabat seperti ini. Kadang-kadang ya, kada
ng-kadang tidak.. Eh, boleh ke macam tu??? Kenama mesti ada kadang-kadang?? sedangkan saya tahu kemampuan dan kebolehan diri kita..
Jadi, di sini saya menyedari bahawa tidak semua manusia itu sempurna dan boleh menjadi seperti mana yang kita inginkan.. setiap amnusia mempunyai kelemahan yang tak mampu kita ungkap dan dengan kata-kata...tetapi, kita perlu ingat bahawa, Islam itu menganjurkan kita kearah kesempurnaan... Jadi, bersama-samalah kita sempurnakan diri demi membahagiakan insan lain... Tidak ada ruginya jika kita berubah kearah kebaikan demi kepentingan bersama..
sebelum mengakhiri coretan saya pada kali ini, saya tinggalkan kata-kata yang menjadi penguat kepada diri saya...
anakandaku,
Semoga setiap langkahmu di hari ini
adalah langkah orang yang berjaya...

Semoga bicaramu,
adalah tuturkata insan cendekiawan....

dan seluruh kehidupanmu,
dilingkarai keberkatan dariNYA....


salam sayang untuk semua....

Sunday, July 17, 2011

....UMMI....



assalamualikum semua....

ape ye saya nak cerita harini...emmm ce bagi idea... tapikan, rasanya nak cerita tentang banyak perkara yang saya dah belajar dari seseorang... Sebenarnya, dah lama juga saya ada hubungan dengan individu ni. kehadirannya sangat bermakna dalam hidup saya... sebab individu ni sangat istimewa dalam hidup saya, jadi panggilannya juga turut berubah... UMMI!! itulah panggilan keramat yang saya panggil untuk individu ini...

Saya kehilangan ibu tersayang seawal usia 2 tahun. Jadi, saya tak banyak sangat penglaman dengan ibu. Banyak perkara yang saya perlu belajar untuk menjadi seorang anak yang solehah. Alahmadulillah, kehadiran ummi banyak membantu saya. ummi banyak sedarkan saya tentang erti kehidupan di dunia sebenar... setiap pagi, ummi akan berika kata-kata semangat untuk saya memulakan hari yang indah...

banyak kata-kata semangat yang telah di kongsikan. pertemuan kami, memang telah di tentukan Allah.. Ada hikmah kami di temukan. UMMi!! Memang seorang wanita yang tabah.. dalam tutur katanya, penuh nasihat... Mampukah fika jadi wanita yang tabah seperti Ummi??? Ummi adalah perantara Allah, untuk membantu saya mem
bina semula keyakinan diri saya.. ummi sangat berharga dalam hidup saya...

kata-kata istimewa untuk ummi...

as you are in my thought quite often,
you know how much I care,
however far you are away if needed- I'd be there
When I think of you,
my heart SMILE :-)
tapi ummi, fika minta maaf, sebab fika banyak kali telah kecewakan ummi.. Fika masih belum mampu menjadi seorang anak yang membanggakan ummi... kada
ng-kadang fika lupa akan tanggungjawab fika untuk bahagiakan
ummi... sedih sangat rasa hati yang lalai dan leka dalam menjalankan tugas harian... tapi, ummi masih tekun dan sabar mendoakan kejayaan anakmu ini...maafkan fika UMMi..

Semalam, dapat mesej dari ummi...mesej yang telah sedarkan fika... dan, ummi buat fika ceria kembali..terima kasih ummi...

bukan Fika tak nak kecewakan UMMI..
tapi paling penting,
Fika jangan kecewakan diri Fika...

Dalam hati, carilah jalan,
bagaimana ingin bahagiakan insan lain...
tak kiralah plan A, plan B atau lain-lain plan..

Kota Rome tidak dibina dalam masa
SEHARI!!

Alhamdulillah..terima kasih Tuhan!! Kau hadirkan Ummi dalam hidupku sebagai pohon rendang yang menjadi tempat untuk aku berteduh... menumpang kasih ummi walau seketika di dunia yang fana' ini... merasai nikmat menjadi seorang anak yang memegang tangan IBUnya..

Sejambak kasih,
Sekepal sayang,
Seulas rindu,
dan....
Segenggam kasih,
buat...
Seorang Ibu bernama,
UMMI!!!!

coretan ikhlas, dari anakmu...
Shafiqa Ahmad.. buatmu...HNS..

pidot dan erna~~


Assalamualaikum..

Dah lama juga jari berinai ni tak menaip cerita di blog ni. Sya menulis sekarang atas janji saya dengan rakan sy iaitu cik erna .. lately, saya agak rapat dengan cik erna ni. Banyak cerita yang kami kongsi bersama. Erna kawan masa sekolah dulu, tapi lain kelas. Tapiiiii kami sama-sama berjuang masa zaman menjadi pengawas sekolah dulu. Erna, ingat lagi x kenangan kita??? Banyak kan..Bila dah lepas spm, masing-masing bawa haluan masing-masing. Tapi, sekarang ni dah jumpa balik. Semuanya selepas majlis perkahwinan cik eda. Alhamdulillah… tp bukan erna saja, ada lagi sorang, encik mohd Fidaus hj mat. He is the one of my bestfriend!! Both of them la…hehe.. Pidot ni, seorang yang cool! Jarang nak nampak dia marah.. memang cool la…sebab…

Bila saya or erna melenting, dia buat tak taw..
Bila kena marah dgn sir subra dia senyum…
Bila budak-budak prefect buat hal, die cakap baik-baik je..
Bila ada geng exco prefect merungut, Dia akan tenagkan kami..

Kamu terbaik lah Bro!!!

Actually, masa berjumpa haritu, Erna ada ceritakan hal peribadinya. Saya pula mendengar dengan penuh sabar. Itula, macam-macam berlaku dalam hidup ni. Kadang-kadang yang kita tak jangka akan berlaku. Tapi siapa sangka, itu semua ujian dari Allah… erna, kamu sabar ya, sesungguhnya, itu semua ujian dari Allah.. jodoh pertemuan itu, di tangan Dia.. siapa tahu, orang

yang kita tak nampak,
yang kita tak perasan,
yang kita tak pernah hargai
itulah jodoh kita..

kadang-kadang kita kena juga reflek balik diri kita. Ada kekurangan yang membuatkan kita tiada pasangan. Dan, kekurangan itu datang dari dalam diri kita yang mana kita sebenarnya belum bersedia untuk berdua, atau berkomitmen. Banyak pula omelan kat sini ye.. orang ada psangan belum tentu bahagia. Kadang-kadang lebih derita.. ingat lagi lagu Linda Nanuwil.. lagu derita seorang kekasih bila dikongkong..lirik dia mcm ni la.. (kalau nak nyanyi pun xpe)

Lirik Jika Kau Kekasih :

tidakkah terasa beban yang aku pikul
menyiksa jiwaku kekasih
kenapa kau tak panah merasakan

dan jika kau kekasih yang menyayangi aku
harus kau mengerti hatiku
itu hanya apa yang ku impikan

bilakah kau mengerti...
kata hati merayu aku pergi
meninggalkan dirimu
tapi ku tak berdaya
mengapa kasih, harus ku alami..
setelah aku korban segala-galanya
sanggup ku harungi hidup
bersama dirimu meninggalkan
semua yang aku cintai...ho..ho...

jika kau kekasih senangkanlah hidupku
jangan biar ku begini
hidup di dalam kerungsingan kasih

jika kau kekasih yang menyayangi aku
harus kau mengerti hatiku..
itu hanya apa yang ku impikan

kasih….

Menyentuh tentang diri cik pika pula, rasanya tak ada apa yang boleh di kongsi. Apa yang terjadi hanya saya dan cik erna sahaja yang tahu… yang penting, entry saya kali ni, saya tujukan untuk cik erna dan encik pdot!! Maaf pidot, x byk story pasal hang…

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...