bila hati rasa nak bercerita, pena menari, bait tertulis, segalanya kulahirkan di sini
Thursday, April 19, 2012
Naqib Irfan
...DIA..
kita cinta kepada manusia
tidak semestinya manusia cinta kepada kita
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
nescaya cinta Allah tiada penghujungnya
Sekiranya
kita cinta kepada manusia
kita akan cemburu kepada orang yang
mencintai orang yang kita cintai
Tetapi sekiranya
kita cinta kepada Allah
kita akan turut mencintai orang yang
melabuhkan cintanya kepada Allah juga
Ya Allah
andainya dia adalah jodoh
yang ditetapkan oleh-Mu kepadaku
Maka
campakkanlah ke dalam hatiku
cinta kepadanya adalah kerana-Mu
dan campakkanlah ke dalam hatinya
cinta kepadaku adalah kerana-Mu jua
Namun
andainya dia bukanlah jodoh yang
ditetapkan olehMu kepadaku
berikanlah aku kekuatan
agar pasrah
dalam mengharungi ujian
yang Dikau berikan kepadaku..
Karnival & Naib Pengerusi
Assalamualikum…
Apa khabar ye semua readers.. sy Alhamdulillah sihat dan masih boleh meneruskan aktiviti harian seperti biasa. Dlm entry yang lepas sy dah jani untuk menceritakan aktiviti sy sepanjang 2 bulan yang sibuk ni. Untuk semester ni, sy ditugaskan untuk menjadi coordinator bagi matapelajaran pendidikan Jasmani iaitu PJM 3112. Memang mencabar kerana saya perlu sentiasa bersedia dengan sebarang request dari lecture.
Ok, bagi tugasan amali PJM 3112, saya perlu menubuhkan jawatankuasa bagi menganjurkan satu carnival. Kerana ia adalah paper pengurusan dan pengelolaan pendidikan jasmani. Jadi, semesetinya perlu mengelola carnival tersebut. Saya telah di lantik untuk menjadi naib pengerusi dan bersama saya di jawatankuasa induk ialah, asran sebagai pengerusi, zakiah sebagai setiausaha dan khairunnisa sebagai bendahari. Di bawah jawatankuasa kami, terdapat 5 lagi jawatankuasa yang akan bertindak untuk menjayakan carnival ini. Banyak suka duka yang telah saya lalui sepanjang menjayakan carnival ini.
Di samping menjadi pengelola, saya juga perlu menubuhkan satu kumpulan permainan tradisional dan kumpulan saya seramai 5 orang ahli telah memilih permainan ‘cabut Ekor’. Pada awalnya, ia dirancang dengan rapi, tetapi telah di tukar menjadi permainan ‘Rounders’ kerana cabut ekor tidak menepati apa yang diinginkan oleh pensyarah. Tak mengapalah, kita ikot saja yang mana terbaik untuk semua kan.
Berbalik semula kepada tugas saya sebagai naib pengerusi. Siapa cakap naib pengerusi tak ada kerja, sila angkat muka!!! Di sini saya membuat pengakuan bahawa tugas sebagai naib pengerusi terlalu mencabar *bagi sape yang betul2 jalankan tugas la kan.*hihihi.. tugas saya mungkin tak banayk sangat, tetapi setiap tugas memerlukan masa yang panjang untuk diselesaikan. Pada masa yang sama saya tidak boleh melakukan kerja yang sama bersama pengerusi. Bermaksud, tugas kami totally berbeza. Itu yang kena faham!! So, kerja-kerja yang saya buat memang banyak. Mula-mula, saya perlu compile semua bidang tugas untuk dijadikan CARTA GANTT keseluruhan. Banyak kena sabar sebab kena tunggu dari semua AJK. Biasa la, ada yang cepat dan ada yang lambat kan.
Kemudian, saya perlu membuat jadual perlawanan untuk carnival. Itu kerja mudah je. Tapi jadi susah bila ada yang pandai-pandai kacau kerja, means tukar maklumat tanpa inform apa-apa. Memang down la kalau orang buat macam tu. Memang ada yang buat macam tu dan menimbulkan kekalutan semasa hari carnival, tapi Alhamdulillah, ia dapat diselesaikan. Rasanya tak perlulah saya ceritakan apa yang berlaku sepanjang hari carnival tersebut.teruskan je dengan tugas saya sebagai naib pengerusi.
Seperti apa yang saya katakana, sebagai naib pengerusi saya perlu mengumpul semua laporan setiap jawatankuasa dan sediakan satu laporan penuh merangkumi kesemua jawatankuasa. Memang satu kerja yang memenatkan bila saya seorang melakukan kerja-kerja mengumpul bahan-bahan tersebut. Seminggu cuti bulan 3, saya hanya ambil cuti selama 3 hari sahaja. Selebihnya saya berada di Jitra untuk menyiapkan semua laporan tersebut. Kadang-kadang timbul rasa geram juga apabila laporan yang diminta tak mengikuti spec yang inginkan. Kena cal sana, call sini.. tp Alhamdulillah, berkat usaha semua saya Berjaya menyiapkan laporan yang dminta.
TETAPI, laporan tersebut tak dapat dihantar di Institut.. ada hikmah saya menjalani praktikum di Beseri kerana laporan tersebut saya perlu hantar ke Timah Tasoh, kerana pensyarah saya berada di sana.. Alhamdulillah, segalanya selesai, dan saya menjalankan tugas seperti biasa..