Selamat Membaca Sahabatku..

Thursday, June 28, 2012

Myfeeling~~


just be normal!
act like before!
u never know him!
he never know you!
you never talk with him!
same goes with him!
huhuhuhuhu

malu-malu-malu...ini ke perasaan aku sekarang? mungkin! baca quotes kat atas pun dah boleh taw perasaan saya sekarang kan? nak malu pada siapa? biar saya saja yang tahu.. itu la, dulu tak kenal, nak kenal. bila dah kenal kan masalah. plus post kat fb macam2. so, dah misunderstod! boleh ke dia cakap sy nak kahwin. im just surveying a few thing for wedding ceremony. not mine..JUSTSURVEY... is it wrong??just forget about it...huarghhhh!!!!




Tuesday, June 26, 2012

diriku dan pendidikan khas...

assalamualaikum sekali lagi...

entry ke 2 untuk malam ni. bagi semester ni, saya dan ahli kelas 21 souls kena tubuhkan satu kelab pendidikan khas. ok kelab ni tertutup kepada ahli kelas kami sahaja. so, kena la buat lagu, logo moto bagai... macam-macam la..memang seronok dan mencabar la kan. tapi itulah penglaman. tak ada ape sangat yang saya boleh ceritakan tentang persatuan ni. 

baiklah yang sebenarnya, saya nak ceritakan pengalaman saya semasa membuat lawatan di Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultanah Bahiyah. huyoooo!! memang best, dan tak semua orang dapat merasai pengalaman yang saya dan rakan terima. pada semeseter lepas, saya telah ke jabatan ini tetapi ke Unit Fisioterapi. ok, sebelum tu, Jabatan Rehabilitasi ni mempunyai dua unit iaitu unit Fisioterapi dan unit Carakerja. semeseter lepas dah ke unit fisioterapi dan saya dah tak ingat apa yang saya nak ceritakan sebab dah lama. so, all the readers kalau nk taw, boleh la tengok gambar kat FB saya ni.... silakan tengok ye...


kemudian, pada awal semester ni, saya sekali lagi ke jabatan ini. tetapi pada kali ini saya ke Unit cara kerja atau Occupational Therapy (OT). sangat seronok di sini. unit ini dibahagikan kepada bahagian kanak-kanak dan dewasa. tetapi bagi kumpulan saya, kami banyak tertumpu kepada bahagian kanak-kanak. di sini saya dapat melihat kemudahan yang disediakan bagi menjalankan terapi. sangat banyak kemudahan dan saya juga berpeluang melihat ahli terapi menjalankan sesi terapi kepada 3 orang pesakit. bermula dari teknik swing, brush dan blanket di bilik snoozeland. bertuah sangat saya rasakan pada diri saya.

bila melihat kekurangan murid ini timbul keinsafan dalam diri dan berazam untuk menjadi guru pendidikan khas yang terbaik dan bersedia memberikan khdimat yang cemerlang untuk mereka. guru pendidikan khas juga perlu menegakkan hak murid-murid pendidikan khas ini kepada masayarakat umu. maklumlah, bukan semua orang tahu cara melayan murid ini. dan penerimaan serta persepsi setiap individu tidak sama... som saya berbangga menjadi guru PENDIDIKAN KHAS. ...



praktikum fasa 2 di SK. Sungai Korok Jalan Pegawai... nantikan kedatangan ku....

keputusan peperiksaan semeseter 5

assalamualaikum...

dah seminggu saya di semester 6. Alhamdulillah, keputusan semester 5 pun dah dapat. rezeki Allah menyebelahi saya. pada awalnya, saya sendiri tak menyangka yang saya akan diberikan keputusan yang sebegitu, memandangkan persediaan saya tidaklah selengkap mana dan aktiviti yang bersusun, tetapi Allah masih memberikan ganjaran terhadap apa yang saya lakukan. janji Allah itu pasti. tetapi, sedikit mendukacitakan apabila keputusan yang saya dapat, saya tak dapat sampaikan kepada abah saya. walaupun sudah dua hari, dan berhari-hari juga saya cuba menghubungi abah, tetapi masih tak berjawab. dan agak sedih juga apabila, tiada siapa pun antara adik beradik saya yang mengucapkan kata tahniah kepada saya. tapi tak pe, POSITIF, deorang sibuk dengan keluarga dan kerjaya masing-masing.  :)

benar kata pujangga:

 mengharap pada yang sudi
meminta yang dapat memberi
memberi pada yang tahu menghargai


terima kasih Allah...

Tuesday, June 19, 2012

semester 6

assalamualaikum....

huwaa!!! lame juga x update ape-ape kat blog ni. rindu pulak rasenye.
ok la, tgk entry kat atas pun dah taw kan. 18.06.2012, maka bermulalah semester 6 bagi  pengajian saya peringkat Ijazah Sarjana Muda. masih berbaki 2 semeseter iaitu semester 7 dan 8. so, dah tak banayk sem ni kena la manfaatkan saat-saat akhir di sini.


ok, bagi semester 6 ni, saya hanya belajar 3 subjek yang akan ambik exam. specialised for Pendidikan kHas Bermasalah Pembelajaran. yang lain-lain boleh rujuk kat sini. panduan PISMP.

PKU  3111  Isu-isu dan trenda dalam pendidikan khas.
PKU  3112  Pemulihan dalam komuniti
BMM 3103  Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah

then ada subjek teras, WAJIB belajar iaitu:

WAJ 3113  Ko-kurikulum (Persatuan)
WAJ 3114  BIG Fasa IV
PRK 3102  Praktikum II (8minggu)

macam gempak je kan....tapi yang bestnye, exam 3 paper je ok... so, good luck untuk semua IPG Studen yg sem 6 2012.. 

untuk KRS exspecially (SKPL) jgn lupa program kita...

tq Sudi baca entry ni...

Melly Goeslaw feat Andhika - Butterfy

Tuesday, June 5, 2012

ekspedisi Berakit SKPL 2012

assalamualaikum....

pembuka bicara entry saya pada kali ini. lama juga tak menulis di blog ni. kekangan waktu yang menyebabkan saya jarang uploadkan entry di sini. dalam tempoh ni, banyak juga perkara yang saya lakukan. antaranya, pada 24 hingaa 26 april lalu, saya dan rakan lain telah menyertai satu ekspedisi berakit di Sungai Baling hingga ke Kupang. jom baca sedikit cerita tentang  ekspedisi berakit ni..okeh!!

************************************************************

       Program Ekspedisi Berakit Skim Kenaikan Pangkat Leftenan Institut Pendidikan Guru

Program disertai oleh 25 orang guru pelatih Skim Kenaikan Pangkat Letfenan (SKPL) IPG Kampus Darulaman bersama 5 orang pensyarah penasihat Kadet Remaja Sekolah (KRS) IPDA, serta 6 orang pegawai KRS Jabatan Pelajaran Negeri Kedah serta 2 orang pensyarah pemanatau daripada IPG Kampus Ipoh dan IPG Kampus Islam. Ekspedisi ini diadakan di Sungai Baling hingga Sungai Kuala Ketil. Ia merupakan aktiviti yang perlu kami jalankan bagi memenuhi proforma kurus lanjutan Skim Kenaikan Pangkat Leftenan dan dijalankan hasil kolaborasi bersama Jabatan Pelajaran Negeri Kedah. Memandangkan kumpulan kami adalah kumpulan pertama @ pioneer, maka segala aktiviti yang kami jalankan akan dijadikan bukti kurusus dan modul kursus ini pada waktu akan datang.

         Program selama 3 hari 2 malam (24 mei -  26 mei)  ini di mulakan pada hari khamis 24 mei di kampung Bawah Gunung Baling, Kedah. Oleh kerana, guru pelatih terlibat dengan peperiksaan semseter, maka perjalanan dari IPDA dimulakan pada jam 6.30 petang dan tiba di lokasi pertama pada jam 9.00 malam. Selepas berehat dan memeriksa alatan berakit, tepat jam 11.00 malam kami memulakan proses menyediakan rakit tersbut. Rakit di bina mengikut kreativiti kumpulan masing-masing. Terdapat 7 buah rakit yang dibina termasuklah 2 rakit pensayarah dan pegawai KRS JPN Kedah. Setelah hampir 2 jam membina rakit, hujan telah turun di kawasan tersebut dan kami terpaksa memberhentikan kerja-kerja membina rakit. Bagi kumpulan yang tidak sempat menyiapkan rakit tersebut, kerja membina perlu di sambung keesokan harinya.

         Oleh kerana, tiada khemah khas untuk tidur, maka kami terpaksa menumpang di rumah orang kampung bagi mendapatkan tempat berteduh kerana cuaca hujan dan keadaan yang sejuk. Terima kasih kepada penduduk kampung yang telah memberikan kerjasama kepada kami.
         Setelah berehat, keesokan paginya, pada jam 8 pagi kami telah bersedia dengan rakit masing-masing untuk memulakan ekspedisi tersebut. Pada awalnya, kami perlu turun ke dalam air, dan cuba merasakan kelajuan air tersebut. Ternayata air memang laju dan arus yang deras hampir menghanyutkan beberapa peserta. Mungkin kerana hujan pada malamnya, ia telah mempengaruhi arus air pada hari tersebut. Tepat jam 9.00 pagi, rakit mula bergerak dan meninggalkan ‘cekpoint’ pertama.

         Setelah melalui  perjalanan yang mencabar dengan batu yang besar dan tajam serta arus yang deras, akhirnya pada jam 1.30 tgh hari, kami behenti berehat di perhentian kedua iaitu gua kelambu berhampiran Pulai. Di sini, kami perlu menyediakan makanan tengah hari dengan mempraktikkan masakan survival yang telah kami pelajari. Menu yang sederhana hanya dengan nasi bersama sardin, menjadi enak dek keletihan berakit. Pada waktu ini, pensyarah dan pelajar sama-sama menikmati juadah yang disediakn mengikut kumpulan berakit. Tiada diskrimasi pangkat lagi, semuanya sama sahaja. Menikmati dan dan berada di tempat yang sama.

     Setelah berehat dan menunaikan solat, pada jam 3.30 petang, kami memulakan semula ekspedisi berakit. Jika sebelumnya ialah kawasan berbatu, tetapi kini kami menempuhi kawasan air tenang tetapi dalam serta banyak pohon buluh yang menghalang perjalanan. Dua trek perjalanan yang berbeza, tetapi memberi kesan yang sangat besar kepada kami yang baru belajar mendayung rakit. Di sini, kami dapat melihat kerjasama antara kumpulan yang sangat tinggi, serta mendengar arahan yang diberikan oleh ketua atau kemudi rakit. Perjalan kedua ini ditempuhi dalam tempoh yang lama iaitu hampir 5 jam apabila, ekspedisi berakhir pada jam 8.30 malam di Kupang.

    Mengikut perancangan awal, ekspedisi akan di sambung sehingga ke Kuala Pegang pada keesokan harinya. Tetapi atas nasihat pendudukan kampung dan mengambil kira faktor keselamatan, ekspedisi tersebut telah dihentikan. Keputusan ini telah dipersetujui oleh semua peserta. Setelah berehat, keeseoka paginya,  kami telah bekerjasama mengemaskan barang-barang untuk pulang ke IPG KDA.
   Pengalaman ekfspedisi berakit pada kali ini tidak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana ia adalah pengalaman yang sangat bernilai dan sukar untuk di perlolehi di lain waktu. Melalui kursus ini, peserta dikehendaki mentadbir, mengurus dan mengelola aktiviti tertentu dengan berkesan dan sistematik. Semua peserta yang terlibat untuk memperolehi Skim Kenaikan Pangkat Leftenan hendaklah melaksanakan aktiviti – aktiviti yang berbeza  


      Hal ini adalah untuk memberikan peluang kepada peserta mendalami dan mempelajari bagaimana untuk mengelola sesuatu aktiviti dengan menggunakan ilmu yang telah mereka pelajari. Justeru, aktiviti berakit merupakan salah satu aktiviti yang harus dijalankan oleh para peserta yang terdiri dari Leftenan Muda KRS IPG Kampus Darulaman. Di harapkan program seperti ini dapat diteruskan dalam usaha melahirkan guru yang bukan sahaja dapat mengajar tetapi mempunyai jatidiri yang unggul serta sifat kepimpinan tinggi. 



























   











- Skim Kenaikan Pangkat Leftenan IPG 2012-



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...