Selamat Membaca Sahabatku..

Tuesday, June 26, 2012

diriku dan pendidikan khas...

assalamualaikum sekali lagi...

entry ke 2 untuk malam ni. bagi semester ni, saya dan ahli kelas 21 souls kena tubuhkan satu kelab pendidikan khas. ok kelab ni tertutup kepada ahli kelas kami sahaja. so, kena la buat lagu, logo moto bagai... macam-macam la..memang seronok dan mencabar la kan. tapi itulah penglaman. tak ada ape sangat yang saya boleh ceritakan tentang persatuan ni. 

baiklah yang sebenarnya, saya nak ceritakan pengalaman saya semasa membuat lawatan di Jabatan Rehabilitasi Hospital Sultanah Bahiyah. huyoooo!! memang best, dan tak semua orang dapat merasai pengalaman yang saya dan rakan terima. pada semeseter lepas, saya telah ke jabatan ini tetapi ke Unit Fisioterapi. ok, sebelum tu, Jabatan Rehabilitasi ni mempunyai dua unit iaitu unit Fisioterapi dan unit Carakerja. semeseter lepas dah ke unit fisioterapi dan saya dah tak ingat apa yang saya nak ceritakan sebab dah lama. so, all the readers kalau nk taw, boleh la tengok gambar kat FB saya ni.... silakan tengok ye...


kemudian, pada awal semester ni, saya sekali lagi ke jabatan ini. tetapi pada kali ini saya ke Unit cara kerja atau Occupational Therapy (OT). sangat seronok di sini. unit ini dibahagikan kepada bahagian kanak-kanak dan dewasa. tetapi bagi kumpulan saya, kami banyak tertumpu kepada bahagian kanak-kanak. di sini saya dapat melihat kemudahan yang disediakan bagi menjalankan terapi. sangat banyak kemudahan dan saya juga berpeluang melihat ahli terapi menjalankan sesi terapi kepada 3 orang pesakit. bermula dari teknik swing, brush dan blanket di bilik snoozeland. bertuah sangat saya rasakan pada diri saya.

bila melihat kekurangan murid ini timbul keinsafan dalam diri dan berazam untuk menjadi guru pendidikan khas yang terbaik dan bersedia memberikan khdimat yang cemerlang untuk mereka. guru pendidikan khas juga perlu menegakkan hak murid-murid pendidikan khas ini kepada masayarakat umu. maklumlah, bukan semua orang tahu cara melayan murid ini. dan penerimaan serta persepsi setiap individu tidak sama... som saya berbangga menjadi guru PENDIDIKAN KHAS. ...



praktikum fasa 2 di SK. Sungai Korok Jalan Pegawai... nantikan kedatangan ku....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...