Awak…boleh tak awak berikan penjelasan kepada saya?? Ok, awak cakap saya terlalu garang dengan awak?? Bukan saya garang tapi memang cara saya bercakap macam tu. Saya rasa tak de pulak saya tinggikan suara dengan awak. Mungkin awak tu lembut kot. Maaf la, awak mesti dambakan perempuan yang lemah-lembutkan…saya buakn perempuan yang macam tu. Tapi, kalau saya garang dengan awak, tak boleh ke awak jadi lembut untuk saya. Awak tenangkan saya, bila awak buat macam tu saya akan sedar yang awak terasa hati dengan saya.
Then lg 1, awak cakap saya tak pernah nak faham awak. Awak pernah tak bagi peluang untuk saya faham awak. Awak asyik salahkan saya and ble on call awak akan cakap tentang diri dan impian awak. Habistu saya?? Tak pe saya faham kalau awak taknak dengar cerita2 saya, tapi kenapa awak salahkan saya? Saya tak mencari awak, tapi awak yang mencari saya semula. Ramai yang mempersoalkan kenapa saya terima awak untuk kali kedua sedangkan awak pernah kecewakan saya. Tapi saya cakap xpe, saya kena bagi awak peluang, kalau saya tak bagi peluang sapa yang akan bg peluang kpd awak.untung2 awak berubah…
Tapi saya silap, awak tak berubah pun and masih sama macam dulu. Saya kecewa sangat. Awak tak hargai pun peluang yang saya bagi kat awak.. mesej yang terbaru, awak ckap sy kejam sebab bagi mesej yang kasar kpd awak. Saya sengaja buat macam tu supaya awak benci dengan saya dan kata pututs hubungan kita akan keluar dari mulut awak. Saya tak sampai hati nak ptuskan hbungan kita sbb saya tak nak kecewakan hati orang. Tapi, awak dah putuskan semua, saya redha dan awak pun dah pasrah dengan hubungan kita kan. Tak ada apa lagi yang boleh saya katakana. Saya doakan awak Berjaya mendapat master dan Ph.D yangs ekian lama menjadi impian awak… semoga awak berbahagia selalu…dan ketahuilah, saya tak de perasaan dendam pun dengan awak..let gone be by gone…
No comments:
Post a Comment