Selamat Membaca Sahabatku..

Tuesday, May 22, 2012

my fren kahwin lagi...

assalamualaikum pembuka bicara....

kelmarin, 20 mei 2012 seorang lagi kawan saya telah menamatkan zaman bujangnya. gembiranya saya mendapat perkhabaran tersebut. tapi dalam gembira tu ada juga kecewanya apabila saya tidak dapat memenuhi permintaan rakan saya untuk saya jadi clamps  dia untuk hari bersejarah tersebut. tapi, saya dah berjanji dan akan cuba penuhi permintaan beliau untuk bersamanya pada hari persandingan pihak lelaki pada 10 Jun 2012 nanti.. InsyaAllah Ida, saya akan hadirkan diri.

seronok tengaok kawan yang dah kahwin dan akan berkahwin pun ada. Alhamdulillah.. rezeki masing-masing. semoa semuanya berkekalan sehingga ke syurga. untuk ida, saya di doakn semoga  berbahagia selalu.. di sini, fika ada selitkan sedikit pesanana buat ida dan suami untuk bekalan di hari muka.. nanti kalau fika kahwin, pulangkan semula pesanan ini...



  1. memberi peluang terhadap pasangan masing2 utk mempelajari, memperbaiki kelemahan diri..
  2. Sabar,saling mempercayai, bertolak ansur, saling Bantu membantu kepada pasangan anda.
  3. Sekiranya berhadapan dgn masalah yang melibatkan kedua belah pihak…cubalah cari penyelesaian yang terbaik dan menguntungkan kedua2nya…
  4. bersedia utk sama menghadapi susah dan senang hidup bersama…
  5. menerima pasangan anda seadanya.. 
  6. menerima keluarga pasangan anda seadanya…
  7. membetulkan niat utk mendirikan masjid…
  8. meninggalkan gaya hidup ketika bujang… mematang dan mendewasakan diri…
  9. mengenai aspek material dan ekonomi juga perlu bijak menguruskannya.
  10. berusahalah utk memenuhi ilmu didada terutamanya ilmu agama agar kita diperteguh kan iman dan diberi kekuatan jiwa dalam melayari kehidupan dalam alam rumah tangga.


tak ada hadiah istimewa yang dapat fika bagi untuk IDA, claim balik nanti..  cuma hadiahnya, 1 dunia dah tahu yang Ida dah kahwin. and lepas ni, kita dah tak boleh raya sama-sama...

untuk ida dan bain
-BAARAKALLAHULAKUMA WABARAKA ‘ALAIKUMA WAJAMAA BAINAKUMA FIKHOIR-

Thursday, May 10, 2012

Saat-saat genting

assalamulaikum...

tak ada apa sangat yang saya nak update.. cuma apa yang boleh saya kayakan buat masa ni, keadaan saya sangat genting dan jiwa saya tak keruan memikirkan tugasan tanggunjawab dan tugasan yang diberikan.  minggu depan, saya akan menduduki peperiksaan bagi semester 5..


tapi, dalam tempoh itu saya perlu bersama-sama rakan lain untuk Aktiviti Perkhemahan Tunas Kadet Remaja Sekolah Peringkat Kota Setar & Kubang Pasu 2012.. memang sibuk,tapi ni semua pengalaman yang tak mungkin dapat saya lupakan.. insyaAllah, semoga Allah permudahkan segala urusan kami..



ok, untuk makluman juga, esok saya akan bergerak ke AIMST University untuk Lawatan WAJIB kursus PJM 3112. tiada apa yang dapat saya ucapkan, hanya berdoa kepada Allah, semoga saya diberi kekeuatan kepada saya dan juga teman seperjuangan...

Tuesday, May 1, 2012

takziah

28 April 2012, 12.10 a.m tok wan saya meninggal..di rumah, di kampung pida tiga Tunjang...
saat mengetahui berita itu, saya terkedu dan terkelu seribu bahasa. semua kenangn saya bersama arwah, bermain di fikiran seperti wayang gambar yang sangat indah.

tetapi, saya sedikit terkesan dnegan kematian ini. sebelum ni, saya banyak kali bertangguh untuk menjenguk arwah. dengan alasan kerja yang banyak la... so, lepas ni, ambik pengajaran, walau sesibuk manapun kita, jangan lupa orang tersayang. FAMILY FIRST. bila ingat terus pergi jumpa. kalau nak tunggu kerja, sampai bila un kerja tu takkan habis...

so to the readers, ingat pesan saya ni. bila dah kehilangan baru kita terasa akan kesilapan kita..semua tu dah terlambat... selagi masih ada, sayangi dan hargailah mereka..


semoga rawah tenang dan bahagia di sana.. doa dari cucunda yangs entiasa memohon kemaafan dan mendoakan kesejahteraanmu..

K.O.T 2012

assalamualaikum...

ok, ape ye yang saya nak cerita malam ni.. 
rasanya, belum terlambat untuk saya ucapkan tahniah kepada kumpulan PISMP SEMESTER 5 AMBILAN JANUARI 2010 IPG KAMPUS DARULAMAN. di atas kejayaan dan kerjasama yang telah anda semua tunjukkan bagi kita sama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga Tahunan (K.O.T kali ke 20) hr khamis yang lalu.



seperti apa yang pernah saya katakan sebelum ni, saya memang sibuk, dan sibuk dan sibuk.. dan sedar-sedar dah nak habis semester ni kan. ok, bagi KOT ni saya telah menjadi pengerusi bagi Buku Program dan Buku Kejohanan. uiii, memang banyak kerja ynag kena buat. tp, alhamdulillah, hasil kerjasama dan rasa tanggungjawab anak-anak buah saya, kami telah berjaya menyiapkan kedua-dua buah buku ini dengan jayanya. uishhh!! nak kenal deorang x? meh sini saya link kan ye.. 1st naib pengerusi iaitu mursyi. second ni, saya link kan bahagian buku program dulu ye. nisa, fasha dan sarah... mereka bertiga di bawah buku program. manakala, di bawah bulu kejohanan, ahlinya lebih skit la, sebab buku kejohanan sangat banyak maklumat yang diperlukan. ahlinya ialah, lily, farah, kak ain, ainul dan asyah..


 tapi, selain meteka terdapat juga individu yang banyak membantu saya untuk siapkan buku ni. terutamanya semasa saya finalise kan buku sebelum di cetak. berbanyak-banyak ucapan terima kasih saya tujukan khas buat mentor tersayang iaitu ibu noorashikin yang banyak memberi tunjuk ajar dan bantuan supaya saya dan rakan dapat memberikan yang terbaik sepanjang KOT tersebut. selain itu, MR. pengerusi dan timbalan a.k.a daneng. mereka banyak membantu dan bertanyakan perkembangan buku tersebut.


selain itu, dua jawatankuasa yang sangat penting, dan kejayaan buku kejohanan banyak bergantung kepada dua jawatankuas ini. jawatankuasa pertama iaitu jawatankuasa pertandingan yang telah dipengerusikan oleh zack yang sangat sabar membantu saya memeriksa nama peserta, nombor peserta, lorong dan sebagainya. x dilupakan crewnya iaitu sarah dan atoi..thanx a lot fren!



seterusnya, jawatankuasa kedua iaitu jawtaankuasa kepegawaian. pengerusinya, selalu membuat saya tak stress   dengan lagu-lagu yang beliau nyanyikan. xkan lupa la, lagu2 tu..hehe... ok, pengerusinya ialah jack, yang sgt komited terhadap tugas and bersungguh-sungguh memastikan kejohanan berjalan lancar dan turut menjaga kebajikan anak buahnya..

ok, lupa pulak, lagi satu tahniah untuk kumpulan gimik perasmian..u are the best geng! walaupun ade yg ke KMC, tp u all did a very good job! tahniah semua..

pada sapa yg tak disebutkan, bukan sengaja, sebab kalau nk cerita dan tulis semua, tak mampu rsanya saya habiskan malam ni juga..hihih
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...