Selamat Membaca Sahabatku..

Wednesday, July 14, 2010

Berkahwin semasa belajar???


Berkahwin semasa belajar kini sering menjadi isu yang ada pasang dan surutnya. Ibubapa, penuntut dan masyarakat dewasa mempunyai pelbagai pandangan dan pendekatan dalam menghadapi permasalahan ini. Umumnya, masyarakat meletakkan urusan pernikahan adalah perkara yang amat penting untuk dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab dan kesedaran.
Saya sendiri sebagai pelajar merasakan sukar untuk berada di dalam situasi berkahwin semsa belajar. saya terfikir, adakah mampu untuk saya jalankan 4 tugas dalam satu masa?? sukar sekali untuk saya menjawabnya.... tugas yang saya maksudkan ini ialah:


ANAK

ISTERI

IBU

PELAJAR


memang susah, tambahan pula kita sentiasa sibuk dengan tugas seharian. baiklah, saya letakkan diri sebagai seorang pelajar. mana mungkin saya boleh mejalankan tugas sebagai isteri dengan sebaiknya, jika saya berjauhan dengan suami. kredit bagi saya jika mendapat suami yang memahami, tetapi jika suami tersebut sekadar "suami" bukan tulang belakang saya, boleh anda bayangkan bagaimana kesudahan perkahwinan kami??

Takut juga nak fikirkan kemungkinannya...apapun, semua ni, bergantung kepada kesediaan diri masing-masing untuk memikul tanggungjawab sebagai suami isteri....

Kalau nak berkahwin, semua orang mahu berkahwin. tetapi, bagaimanakah dengan persediaan diri masing-masing? adakah sudar benar-benar sedia? semuanya bermula dari niat kita sendiri. saya pernah terbaca di dalam majalah solusi bahagian tulisan ust Pahrol Mohd Juoi.

"Apakah perbezaan home dan house?"
"home adalah rumah yang dibina dengan kasih sayang dan house adalah rumah yang dibina dengan konkrit semata-mata"

Kita sendiri sudah jelas akan perbezannya bukan? persoalannya, banyak manakah pasangan yang mampu membina home? dan seramai mana yang telah membina house? Tepuk dada tanyalah hati, dimana kita berada sekarang.. adakah kita berusaha membina home, atau house sudah roboh?? saya doakan yang terbaik untuk para pembaca...Di harap cetusan rasa saya ini, dapat diterima oleh pembaca....

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...