Selamat Membaca Sahabatku..

Thursday, February 9, 2012

Task kedua Kenaikan pangkat-->Leftenan


Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...

tadi, jam 1.30 pagi, saya baru pulang dari Perkhemahan BIG dan KRS KPLI PPC Ambilan Ogos 2011..(di update semula ssebab penat sangat malam tadi). ia telah berlangsung dnegan jayanya di Kem Sri Banai IPG KDA. Perkhemahan ni menjadi perkara wajib untuk saya sertai bagi Skim Kenaikan Pangkat Leftenan KRS. bagi skim ini, saya perlu menyertai 4 aktiviti penting KRS. Pertamanya, setiap minggu saya akan melatih kumpulan DPLI-GSTT yang akan ditauliahkan menjadi Leftenan Muda. Saya berada di dalam kumpulan Alpha. tapi itu cuma untuk 3 minggu yang lepas. bagi minggu selepas ini, saya dan Tuan KRS akan bergilir turun padang mengikut minggu kumpulan masing-masing.

Seperti yang saya katakan, saya perlu menyertai kursus wajib iaitu sekurang-kurangnya 7 hari perkhemahan atau 2 kali perkhemahan. jadi, saya telah menyertai 1 perkhemahan. masih ada satu lagi perkhemahan iaitu perkhemahan PISM dan DPLI-GSTT. tapi, sebelum itu saya perlu menyertai satu program survival di sebuah pulau di negeri PERAK. Bila dengar tu agak takut juga la kan. tapi, percayalah, mesti boleh buat...

berbalik kepada perkhemahan PPC ni, sanagt banyak pengalaman yang saya dapat. kenangan yang ada, tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Pada hari pertama perkhemahan, saya telah melapor diri di kem pada jam 5.00 petang. Kemudian, pengagihan tugas telah di lakukan oleh pengerusi iaitu Kopezzz.. Saya telah ditugaskan untuk menguruskan 'Blind Trail'. memang sangat pemncabar kerana semua ahli kumpulan saya tidak mempunyai pengalaman membuat laluan blind trail. tp, alhamdulillah hasil dari usaha semua, kami berjaya membina satu laluan blind trail yg sangat adeventure..h0h0.. memang terbaekkk la kan... ade pengalaman menguruskan peserta ni, tapi tak perlu la saya ceritakan kerana ia akan mengaibkan sesetengah pihak.. semua kerja-kerja selesai pada jam 2.30 pagi. pulang kerumah sewa.. sangat mengantuk okeh. esok pergi kelas macam biasa. dan menjadi rutin, mengambil secawan NesCafe Classic..chill okeh!

Malam kedua, ada pula aktiviti orienteering. tapi, bukan saya'TOKE' aktiviti ni. bagi aktiviti ini, ia telah diuruskan oleh Hafizah bersama Tok a.k.a IZwan Rospi. saya cuma tolong pasang 'Blazer' je..hehehe.. pengalaman yang saya dapat bagi aktiviti ini ialah, kesabaran dan ketelitian dalam membuat bearing dan langkah. silap sikit je tersasar jauh. susah kan.. tp masih lagi boleh buat.. apa yang penting? kerjasama... oleh kerana fasilitator lagi ramai dari perserta iaitu seramai 18 orang dan fasi seramai 25 orang jadi oerienteering dijalankan secara individu dan diiukuti oleh fasilitator. ikut je, tak boleh tolong...hehe.. alhamdulillah, semuanya berjaya selesai dengan jayanya..

aktiviti seterusnya iaitu 'Night Walk'. aktiviti ini sebenarnya last minute planning oleh Tuan Man. Dan laluan bagi aktiviti ini telah di setup oleh dua individu ini iaitu Daneng a.k.a Danish dan Ismat. Good job Bro! lalun untuk night walk ni kat tepi pagar maktab je. or lebih tepat, kat tepi highway ni je ha..Dengan kerjasama dari pak cik guard, lampu di kawasan asrama di tutup. Kawasan agak gelap di situ.. jadi, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. iaitu yang pertama akan bertugas sebagai tenaga pengajar di Kem Sri Banai dan kumpulan kedua sebagai 'Hantu' yang akan mengganggu peserta.haha..**gelak jahat di situ**. Jadi, sapa yang jadi hantu akan bergerak pulang *konon-konon* je la.. untuk ke tempat night walk, kami berlari-lari sambil menyorok di dalam longkang merentasi padang untuk ke hujung pagar. sangat penat w00... kemudian mengambil posisi masing-masing. saya pada mulanya, bersembunyi di sebalik pokok bersama senior, atlast pergi meniarap di atas tanah. haha..memang tak nampak la.. gelap.. macam-macam aksi yang dapat tengok masa jadi hantu. ada yang bernasyid, jalan laju tak tengok kiri kanan, menjerit cari tali, jalan buat slamber. macam-macam la.. takk kurang juga yang terkejut then tanya plak, sape tu? hahaha..lawak o... selesai semua, jam 3.30 pagi.. seperti biasa, pulang ke rumah sewa dan bersedia untuk kelas keesokan harinya.

hari ketiga, tiada apa aktiviti berat. cuma selepas malam kebudayaan, kami perlu memantau permainan 'Road Relay' yang di lakukan oleh peserta. di sini dapat dilihat perbezaan antara kami PISMP dengan KPLI. kurang sikit semangat kesukanan or tak support satu sama lain. tapi, tak pela kan.. dah selesai pun. tapi, sebelum terlupa, masa malam kedua, sebenarnya kami para Lt Muda telah dinilai oleh penilai dari Pensyarah IPTI iaitu TN. Saniq dan lagi sorang. *Maaf tak kenal, tak sempat nak berkenalan*. mereka ialah orang kuar KRS IPGM. terima kasih tuan kerana sudi bersama kami di Kem Sri Banai IPG KDA.

Malam ketiga telah berakhir, bermakna tugas kami juga telah berakhir.. masih ada 3 lagi task untuk diselesaikan.. terima kasih semua geng-geng KRS kerana telah bekerjasama dengan baik.. semoga kita berjumpa lagi di lain sesi... assalamualaikum..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...