Selamat Membaca Sahabatku..

Sunday, February 5, 2012

Takziah

assalamualaikum...

Pertama sekali, ingin saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga abang ipar saya a.k.a abang hadi dia atas kematian tok wan a.k.a pak lang mat zain. Arwah meninggal pada usia 89 tahun di kampung seberang pekan Baling.

saya berada di sana, walaupun selepas mendapat berita kematian beliau. saya berada di sungai petani, bergegas pulang ke Baling. semasa tiba, sanak saudara telah berada di sana, kecuali teh yang berada di seremban dan Pak Nyan @ Danial yang bertugas di Putrajaya. tetapi dengan izin Allah, semua ahli keluarga selamat tiba di kampung.

walaupun, saya bukanlah cucu arwah, tetapi saya sering pulang ke kampung bersama kakak dan abg ipar saya. apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah rasa kagum saya melihat kaum keluarga arwah menguruskan jenazah ayahanda @ nenda mereka.

keluarga mereka memang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik. ia kemudain diteruskan oleh cucu dan cicit. arwah meninggal pada jam 4.4.5 petang (kalau tak silap). pada malam tersenut, jenazah telah bermalam di rumah sebelum di kebumikan pada keesokan harinya.

apa yang menarik perhatian saya ialah, cucu-cucu arwah, lelaki dan perempuan, kecil dan besar telah membuat bulatan di ruang tamu dan sama-sama membacakan al-quran dan Yaasin untuk arwah. sama-sama tidur di ruang tamu. selain itu, bergilir-gilir membacakan al-quran. sangat teruja kerana ia kali pertama saya melihat suasana sebegini.

keesokan harinya, ramai sanak saudara yang datang ke rumah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. di sini, sekali lagi menarik minat saya apabila, urusan memandikan jenzah, dilakukan oleh anak-anak dan cucu arwah, bersama-sama menyelesaikannya. seterusnya, urusan di perkuburan pula, masih lagi anak dan cucu yang menguruskan jenazah di kuburan. begitu juga dnegan bacaan talqin yang di dengar begitu syahdu.

itulah pengalaman yang tak mungkin saya lupakan, kebetulan pada waktu itu saya baru saja menonton video ustaz Don, anak aset ke syurga atau neraka.


1 comment:

Anonymous said...

takziah jugakk

done follow.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...