Malam ni rasa nak layan lagu ni..hehe lepas tengok cerita vanilla coklat...
bila hati rasa nak bercerita, pena menari, bait tertulis, segalanya kulahirkan di sini
Wednesday, February 15, 2012
Tuesday, February 14, 2012
Have I Told You..
Have I Told You Lately That I Love You??

with all the little problems..
that can sometimes fill our day,
it's often the important things
we just forget to say...
like the fact you
mean the world to me
and you're loved with all my heart,
for its true that in my life you pay
such a very special part...
the trivial things around us
are sometimes all we see..
when all that really matters
is to have you
HERE with me....

so, as we go about our lives,
as BUSY as they are,
its sharing MINE with YOU
that MEANS the MOST by the FAR...
apa yang telah saya coretkan pada malam ini hanyalah nukilan seseorang yang tidak saya kenali di atas sekeping kad lama yang baru saya temui..
bait-bait katanya, sangat menyentuh hati saya..
cinta atau sayang yang dimaksudkan,
bukan hanya kasih seorang wanita kepada seorang lelaki,
tetapi ia mungkin juga coretan rasa rindu seorang anak kepada ibunya,
seorang pejuang kepada bapanya,
seorang gadis manis kepada kakandanya malah mungkin
dari seorang adik yang rindukan usikan seorang abang..
apapun, kita manusia biasa tetap mempunyai hak untuk rasa di hargai
dan
dirindui juga merindui...
renung-renungkan dan selamat beramal...
Thursday, February 9, 2012
Task kedua Kenaikan pangkat-->Leftenan

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh...
tadi, jam 1.30 pagi, saya baru pulang dari Perkhemahan BIG dan KRS KPLI PPC Ambilan Ogos 2011..(di update semula ssebab penat sangat malam tadi). ia telah berlangsung dnegan jayanya di Kem Sri Banai IPG KDA. Perkhemahan ni menjadi perkara wajib untuk saya sertai bagi Skim Kenaikan Pangkat Leftenan KRS. bagi skim ini, saya perlu menyertai 4 aktiviti penting KRS. Pertamanya, setiap minggu saya akan melatih kumpulan DPLI-GSTT yang akan ditauliahkan menjadi Leftenan Muda. Saya berada di dalam kumpulan Alpha. tapi itu cuma untuk 3 minggu yang lepas. bagi minggu selepas ini, saya dan Tuan KRS akan bergilir turun padang mengikut minggu kumpulan masing-masing.
Seperti yang saya katakan, saya perlu menyertai kursus wajib iaitu sekurang-kurangnya 7 hari perkhemahan atau 2 kali perkhemahan. jadi, saya telah menyertai 1 perkhemahan. masih ada satu lagi perkhemahan iaitu perkhemahan PISM dan DPLI-GSTT. tapi, sebelum itu saya perlu menyertai satu program survival di sebuah pulau di negeri PERAK. Bila dengar tu agak takut juga la kan. tapi, percayalah, mesti boleh buat...
berbalik kepada perkhemahan PPC ni, sanagt banyak pengalaman yang saya dapat. kenangan yang ada, tak dapat saya ungkapkan dengan kata-kata. Pada hari pertama perkhemahan, saya telah melapor diri di kem pada jam 5.00 petang. Kemudian, pengagihan tugas telah di lakukan oleh pengerusi iaitu Kopezzz.. Saya telah ditugaskan untuk menguruskan 'Blind Trail'. memang sangat pemncabar kerana semua ahli kumpulan saya tidak mempunyai pengalaman membuat laluan blind trail. tp, alhamdulillah hasil dari usaha semua, kami berjaya membina satu laluan blind trail yg sangat adeventure..h0h0.. memang terbaekkk la kan... ade pengalaman menguruskan peserta ni, tapi tak perlu la saya ceritakan kerana ia akan mengaibkan sesetengah pihak.. semua kerja-kerja selesai pada jam 2.30 pagi. pulang kerumah sewa.. sangat mengantuk okeh. esok pergi kelas macam biasa. dan menjadi rutin, mengambil secawan NesCafe Classic..chill okeh!
Malam kedua, ada pula aktiviti orienteering. tapi, bukan saya'TOKE' aktiviti ni. bagi aktiviti ini, ia telah diuruskan oleh Hafizah bersama Tok a.k.a IZwan Rospi. saya cuma tolong pasang 'Blazer' je..hehehe.. pengalaman yang saya dapat bagi aktiviti ini ialah, kesabaran dan ketelitian dalam membuat bearing dan langkah. silap sikit je tersasar jauh. susah kan.. tp masih lagi boleh buat.. apa yang penting? kerjasama... oleh kerana fasilitator lagi ramai dari perserta iaitu seramai 18 orang dan fasi seramai 25 orang jadi oerienteering dijalankan secara individu dan diiukuti oleh fasilitator. ikut je, tak boleh tolong...hehe.. alhamdulillah, semuanya berjaya selesai dengan jayanya..
aktiviti seterusnya iaitu 'Night Walk'. aktiviti ini sebenarnya last minute planning oleh Tuan Man. Dan laluan bagi aktiviti ini telah di setup oleh dua individu ini iaitu Daneng a.k.a Danish dan Ismat. Good job Bro! lalun untuk night walk ni kat tepi pagar maktab je. or lebih tepat, kat tepi highway ni je ha..Dengan kerjasama dari pak cik guard, lampu di kawasan asrama di tutup. Kawasan agak gelap di situ.. jadi, kami dibahagikan kepada 2 kumpulan. iaitu yang pertama akan bertugas sebagai tenaga pengajar di Kem Sri Banai dan kumpulan kedua sebagai 'Hantu' yang akan mengganggu peserta.haha..**gelak jahat di situ**. Jadi, sapa yang jadi hantu akan bergerak pulang *konon-konon* je la.. untuk ke tempat night walk, kami berlari-lari sambil menyorok di dalam longkang merentasi padang untuk ke hujung pagar. sangat penat w00... kemudian mengambil posisi masing-masing. saya pada mulanya, bersembunyi di sebalik pokok bersama senior, atlast pergi meniarap di atas tanah. haha..memang tak nampak la.. gelap.. macam-macam aksi yang dapat tengok masa jadi hantu. ada yang bernasyid, jalan laju tak tengok kiri kanan, menjerit cari tali, jalan buat slamber. macam-macam la.. takk kurang juga yang terkejut then tanya plak, sape tu? hahaha..lawak o... selesai semua, jam 3.30 pagi.. seperti biasa, pulang ke rumah sewa dan bersedia untuk kelas keesokan harinya.
hari ketiga, tiada apa aktiviti berat. cuma selepas malam kebudayaan, kami perlu memantau permainan 'Road Relay' yang di lakukan oleh peserta. di sini dapat dilihat perbezaan antara kami PISMP dengan KPLI. kurang sikit semangat kesukanan or tak support satu sama lain. tapi, tak pela kan.. dah selesai pun. tapi, sebelum terlupa, masa malam kedua, sebenarnya kami para Lt Muda telah dinilai oleh penilai dari Pensyarah IPTI iaitu TN. Saniq dan lagi sorang. *Maaf tak kenal, tak sempat nak berkenalan*. mereka ialah orang kuar KRS IPGM. terima kasih tuan kerana sudi bersama kami di Kem Sri Banai IPG KDA.
Malam ketiga telah berakhir, bermakna tugas kami juga telah berakhir.. masih ada 3 lagi task untuk diselesaikan.. terima kasih semua geng-geng KRS kerana telah bekerjasama dengan baik.. semoga kita berjumpa lagi di lain sesi... assalamualaikum..
Sunday, February 5, 2012
Takziah
assalamualaikum...
Pertama sekali, ingin saya ucapkan takziah kepada seluruh keluarga abang ipar saya a.k.a abang hadi dia atas kematian tok wan a.k.a pak lang mat zain. Arwah meninggal pada usia 89 tahun di kampung seberang pekan Baling.
saya berada di sana, walaupun selepas mendapat berita kematian beliau. saya berada di sungai petani, bergegas pulang ke Baling. semasa tiba, sanak saudara telah berada di sana, kecuali teh yang berada di seremban dan Pak Nyan @ Danial yang bertugas di Putrajaya. tetapi dengan izin Allah, semua ahli keluarga selamat tiba di kampung.
walaupun, saya bukanlah cucu arwah, tetapi saya sering pulang ke kampung bersama kakak dan abg ipar saya. apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah rasa kagum saya melihat kaum keluarga arwah menguruskan jenazah ayahanda @ nenda mereka.
keluarga mereka memang mempunyai latar belakang pendidikan agama yang baik. ia kemudain diteruskan oleh cucu dan cicit. arwah meninggal pada jam 4.4.5 petang (kalau tak silap). pada malam tersenut, jenazah telah bermalam di rumah sebelum di kebumikan pada keesokan harinya.
apa yang menarik perhatian saya ialah, cucu-cucu arwah, lelaki dan perempuan, kecil dan besar telah membuat bulatan di ruang tamu dan sama-sama membacakan al-quran dan Yaasin untuk arwah. sama-sama tidur di ruang tamu. selain itu, bergilir-gilir membacakan al-quran. sangat teruja kerana ia kali pertama saya melihat suasana sebegini.
keesokan harinya, ramai sanak saudara yang datang ke rumah untuk memberikan penghormatan terakhir kepada arwah. di sini, sekali lagi menarik minat saya apabila, urusan memandikan jenzah, dilakukan oleh anak-anak dan cucu arwah, bersama-sama menyelesaikannya. seterusnya, urusan di perkuburan pula, masih lagi anak dan cucu yang menguruskan jenazah di kuburan. begitu juga dnegan bacaan talqin yang di dengar begitu syahdu.
itulah pengalaman yang tak mungkin saya lupakan, kebetulan pada waktu itu saya baru saja menonton video ustaz Don, anak aset ke syurga atau neraka.
Contengan Pertama Auni..
assalamualaikum...
Malam yang hening ni, saya nak berecrita tentang anak buah saya yang sorang ni... sebenarnya,sekarang ni rindu sangat kat dia. petang tadi saya tinggalkan dia sebab pulang ke tempat pengajian. semalam, (jumaat) saya bersama dia di rumah di sungai petani, bermain, melayan etc.. umminya tak ada.. tapi, asyik batuk-batuk saja. geram juga dengar auni batuk tu. bila malam, tidur golek-golek atas lantai sampai jadi pusingan lengkap 360 darjah..haha auni ni la...
ok, berbalik pada entry di atas, contengan pertama auni yang saya snap di buku IP EDU 3106 yang telah menjadi tempat contengan auni. contengan ni, auni buat masa cuti CNY tempoh hari. sejujurnya, saya seronok tengok perkembangan auni yang dah boleh pegang pensel. auni, memang tak boleh tengok buku. kalau tengok orang baca buku mesti dia nak baca juga. normal la bagi budak-budakkan? tapi, perubahan yang sedikit tu membawa seribu makna kepada sesiapa yang bersama si kecil tersayang...
ralat: petang tadi, auni lemah sangat. semoga cepat sembuh sayang...
Wednesday, February 1, 2012
Mawar putih di blog Orang..
assalamualaikum...
baru-baru ji, saya ada terbaca blog Azrai Qamarguys.. di blog dia ni, saya jumpa lagi satu post tentang Mawar Putih.. the title is very interesting... Mawar putih untukmu wanita..... sangat menarik, dan sangat menyentuh hati saya tatkala saya membacanya.. terasa sangat syahdu... selamat membaca ya semua.. seperti apa yang saya katakan, mawar putih membawa makna yang tersendiri buat saya.. hanya saya dan mawar putih..
" JODOH" renungkan sedalam-dalamnya...
Renungkanlah Sedalam-dalamnya. ..
Tidak, Jodoh tiada kaitan dengan keturunan.. Hanya belum sampai masanya.Ia bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang jambatannya jauhlah perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya singkat. Usia 25 tahun rasanya belumlah terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa² kalau sepanjang usia itu telah digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan keinginan anda itu dalam doa² lewat sembahyang. Allah mendengar.
Wanita baik untuk lelaki yang baik, sebaliknya wanita jahat untuk lelaki yang jahat. Biar lambat jodoh asalkan mendapat Mr Right dan biar seorang diri drpd menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman kemudian nanti.
Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu sangka, aku pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita benar² mendapat apa yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah..
Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di hati kita, bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah memiliki kereta mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org yang memandu kereta mewah (walaupun sebenarnya tak mewah)terpaksa membayar lebih tatkala berhenti untuk membeli durian di tepi jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa membayar berlipat ganda.
Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun mengeluh,alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang se! buah motosikal seperti itu dan cepat sampai ke tempat yang dituju. Padahal si penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan memandu kereta di tgh² bandar raya..
Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar² membahagiakan. Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua benda, pasti ada baik buruknya.
Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia dibenarkan oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk melepaskan shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak terurus.
Ramai orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam berumahtangga. Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan kelamin, tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak! ? Bukankah apabila anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya jambatan ke neraka?
Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing² padahal dahulunya mereka bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang sanggup berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?
Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin dulu. Jika merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah, belajarlah dulu. Jika rasa² belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak², carilah dulu kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai yang tidak bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh terjerumus dan tidak jumpa akar berpaut tatkala cuba mendaki naik.
Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar² mengerti tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus² bagi yang menjadikannya gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang mengetahui rahsia²nya.
Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong²nya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang. "
Seorang teman pernah berpesan..
"Kadang² Allah sembunyikan matahari..
Dia datangkan petir dan kilat..
kita menangis dan tertanya-tanya,
kemana hilangnya sinar..
Rupa²nya.. Allah nak hadiahkan kita pelangi.." "
"Cinta yang disemadi! kan tidak mungkin layu selagi adanya imbas kembali. Hati yang remuk kembali kukuh selagi ketenangan dikecapi. Jiwa yang pasrah bertukar haluan selagi esok masih ada.. Parut yang lama pastikan sembuh selagi iman terselit didada..."
Subscribe to:
Posts (Atom)